38 : should we go?

115 28 185
                                    


"Hyung kau okay tak?" Jungkook menyoal Namjoon yang sedang termenung jauh itu.

"Padah ngorat bini orang." kata Areum lalu duduk di kerusi yang berhadapan dengan Jungkook.

Kesemua mereka mengambil tempat yang selesa dan menghadap projektor yang dipasang  oleh Taufiq sebentar tadi.

"Mana Arin?" soal Astrid pada J-ae sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi berdekatan.

"Bukan sepatutnya dia dah sampai ke?" J-ae memandang wajah Astrid dengan kerutan di dahi.

"Aku pasti yang dia pergi melawat Taehyung di khemah rehat dan rawat." balas Haera.

"Aku harap korang semua pay attention dengan apa yang aku bakal terangkan. Aku tak akan ulang apa yang aku kata dan jangan buang masa dengan tanya soalan bodoh. Faham?"  soal Taufiq sebelum memulakan penerangan.

— ⚛ —

"Taehyung..." Arin sedar akan renungan mata Taehyung yang penuh dengan kebencian itu. Mata yang memerah akibat tidak cukup tidur itu menitiskan air mata hingga menyebabkan mata cantik itu mula lebam.

"Tae- umphhhh." Taehyung melompat turun dari katil lalu menolak tubuh kecil Arin sehingga tubuh gadis itu terlanggar almari yang ada dibelakangnya. Tangan kanan Taehyung menekup mulut Arin manakala tangan kirinya pula terlebih dahulu telah mengacukan pisau di leher putih gadis malang itu.

Mujurlah cuma mereka berdua sahaja yang ada di dalam khemah tersebut. Jika tidak, mahunya Taehyung telah dibawa ke kem tahanan.

"Kau fikir aku bodoh? Kau fikir aku tak tahu yang kau sebenarnya sudah dapat semula memori kau? Huh?" Taehyung mendekatkan lagi wajahnya ke wajah Arin sehinggakan Arin benar-benar tidak cukup nafas.

"Mulai sekarang, anggap sahaja kita berdua tak pernah kenal." Taehyung menjarakkan tubuhnya dari Arin lalu mencampak pisau tadi ke lantai. Taehyung berjalan mendekati pintu khemah namun langkahnya terhenti saat tangannya ingin menolak kain khemah tersebut. Taehyung memusingkan kepalanya ke sebelah kanan dan matanya cuba mengintai Arin yang sudah terkaku dibelakangnya.

"Lagi bagus kalau kau anggap yang aku dah mati, Kim Arin." meremang bulu roma Arin saat Taehyung menyebut nama penuhnya. Arin hanya mampu melihat Taehyung melangkah keluar meninggalkannya berseorangan di dalam khemah tersebut.

Sungguh kata, hatinya remuk sehinggakan dia terkilan dan tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang.

— ⚛ —

"Jadi kau tahulah sebenarnya Akira yang hantar kami ke sini?" soal Namjoon pada Taufiq. Taufiq hanya mengangguk.

"Orang tua tu memang betul-betul gila." Gibran bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Jadi kalau kami dapat penawar yang seluruh dunia cari selama ini, semuanya akan kembali normal kan?" Jimin menyoal dengan penuh harapan. Semua memandang Taufiq dengan harapan yang semuanya akan baik baik sahaja seperti yang mereka harapkan.

Mata Namjoon dan Areum bertemu. Kedua-dua mereka mula rasa bersalah. Gibran, Taufiq dan Mikayla juga masih mendiamkan diri, cuba mencari ayat yang sesuai.

"Ya, semuanya akan kembali normal." balas Namjoon.

"Aku pasti, semua akan kembali normal dan kita dapat selamatkan ramai orang." Namjoon tersenyum sambil berdiri.

"Tapi—" Gibran memegang erat tangan Mikayla lalu menggeleng perlahan. Mikayla berdecit perlahan. Nasib sahaja mereka berdua duduk di kerusi paling belakang.

"Baguslah kalau begitu. Aku harap kita tak perlu berjuang lagi selepas ini." kata Astrid perlahan.

"Kalau seluruh Eropah telah jadi milik Arthur, sesetengah negara Asia pula hidup dalam kesusahan... Apa jadi pada benua lain?" Kiara pula yang menyoal.

"Musnah." balas Gibran. Areum dan beberapa yang lain tertunduk. Areum mula rasa sebersalah.

"Hey."

"Ermm, aku ada terjumpa jam canggih ni dalam jet kita." Areum mengeluarkan jam milik kedua ibu bapanya dari poket bajunya.

"Boleh aku tengok?" Areum mengangguk lalu diberikan jam tadi pada Gibran.

"Bagaimana nak aktifkan jam ni?" soal Taufiq.

"Kau pernah pakai?" Astrid menyoal Areum.

"Tak. Buat apa nak pakai." balas Areum.

"Betul juga."

"Boleh aku tanya tentang peta yang kita bincangkan tadi tak?" soal Yoongi secara tiba-tiba.

"Oh ya. Aku lupa tentang perkara itu. Tentang peta tu, kalau kita mahu dapatkan dia.." Taufiq terdiam lalu memandang ke arah Gibran.

"Kita kena cari peta tu dalam hospital terbiar berdekatan kem tahanan sana." sambung Gibran.

"Senang sahajalah kalau macam tu. Kenapa tak pergi ambil dulu lagi je?" soal Hoseok dengan polosnya.

"Hospital tu penuh dengan cranks."

"Shit."

— ⚛ —

SPECIAL THANKS TO crushleus 😍♥️ FOR MAKING THIS MASTERPIECE POSTER !

Srs gempak gila ! Aaaa tengokla dah macam poster movie and nama nama appliers yang ada kat bawah tu I— 😭😭

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Srs gempak gila ! Aaaa tengokla dah macam poster movie and nama nama appliers yang ada kat bawah tu I— 😭😭

Sorrylah disebabkan hanya tiga hero je ha yang ada dekat cover atas tu and korang boleh kira yang watak watak kat atas tu as spoiler 😳 Boleh kot kira yang Tae, Namjoon and Jungkook watak penting dalam af ni. And dua heroin tu... berangan jela tu korang.. Taknak mention siapa nanti terspoil.

And guys I have a bad news 😔
af ni akan jadi more srs and strict disebabkan ramai yang menyepi. Yes I know yang kita semua busy but tak adil la kalau sesetengah orang tu boleh read and spam comment but part diorang still sikit or tak sama banyak dengan usaha diorang spam comment bagai tu hanya disebabkan aku nak bagi part sama rata dekat appliers yang menang tak on and tak ikut rules.

Akan ada characters yang mati and ditinggalkan and tak semua characters akan survive sampai akhir. And memang dari awal af ni lagi sebenarnya, aku dah rancang slot mana yang akan mati.

TAPIII

Nampak macam takdir slot akan diubah dan kalau ikut logic pun takkan nak buat semua survive kan nampak cliche teruk 😔 and pls jangan complain yang aku berat sebelah atau pilih kasih, ada yang kena tibai nanti.

okay tu je bye.

[C] 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 : 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐆𝐈𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆. btsWhere stories live. Discover now