26 : trust issues.

126 34 288
                                    


"Ada apa-apa yang kau mahu jelaskan, Arin?" soal Kiara. Arin memandang seorang demi seorang yang berada di dalam bilik mesyuarat itu. Kini, kesemua anak mata memandang tajam ke arah Arin. Hoseok memandang Kiara yang kelihatan serius itu sekilas lalu kembali memandang Arin.

"Bukan aku yang cederakan mereka!" suara Arin naik seoktaf. Arin rasa tertekan apabila semua mengesanya untuk mengaku sesuatu yang dia tidak lakukan.

"Kau yang tolak aku Arin pada malam itu. Kau yang bawa aku ke dalam hutan tu. Kau kata kau mahu tunjuk sesuatu pada aku, rupanya kau mahu bunuh aku Arin." kata Haera dengan nada yang lembut. Arin memandang tepat wajah Haera.

"Itu bukan aku Haera, percayalah! Tak akan aku mahu bunuh sahabat aku sendiri?" Arin meminta balas kasihan dari Haera.

"Well...Kau dah buktikan yang kau mampu bunuh sahabat kau." kata Kiara lalu mencampakkan gelang milik Arin di atas meja. Arin tersentak, mengeletar hebat tangannya saat dia mencapai gelang miliknya yang berada di atas meja itu.

"Tak aku tak buat.." menitis air mata Arin dari tubir matanya. Arin memandang Taehyung yang berada di sudut bilik tersebut. Taehyung hanya memandang Arin dengan pandangan yang sayu bercampur kecewa. Kiara yang perasan akan situasi tersebut menghalang Taehyung dari terus di tatap oleh Arin.

"Pandang aku, jangan pandang dia. Kenapa pandang dia? Kau mahu dia tolong kau?" soal Kiara kepada Arin.

"Mungkin betul aku yang lakukan semua ni tapi percayalah, aku tak sedar pun yang aku dah cederakan mereka." sekali lagi Arin merayu untuk terus dipercayai.

"Mungkin betul dia tak sedar masa tu." Astrid yang dari tadi mendiamkan diri kini mula bersuara. Kiara memandang Astrid yang muncul di tepinya.

"Aku pernah rasa, Kiara. Kau lakukan benda tu tanpa kau sedar, seakan-akan kau sedang dikawal oleh seseorang." jelas Astrid.

"Jadi, cubalah percaya Arin seperti mana kau percayakan aku." sambung Astrid. Arin pula menunduk sahaja, tidak mahu melihat wajah yang memaparkan riak benci padanya.

"Bukan aku tak mahu percaya, Astrid..." kata Kiara. Kini semua memandang Kiara pula.

"Aku cuma takut orang sia-sia kepercayaan aku." sambung Kiara. Dalam hati yang lain, mereka turut setuju dengan kata kata Kiara.

"Kalau kami percayakan kau Arin, tolonglah jangan khianati kami." kini suara Kiara bertukar sayu.

"Aku janji aku tak akan khianati kamu semua. Percayakanlah aku, aku pun tak sedar apa yang aku lakukan. Aku minta maaf." ucap Arin.

"Aku rasa kita perlu lebih berhati-hati lagi selepas ini. Aku tahu mesti ada orang yang cuba sabotaj kita semua." kata Seokjin sambil menyilangkan tangannya.

"Aku setuju." tambah Hoseok.

"Tapi macam mana kalau salah seorang dari kita tak sedarkan diri lagi?"  soalan yang dilontarkan oleh  Jimin itu menyebabkan semua terdiam.

Mungkin sama ada mereka berfikir cara penyelesaian ataupun takut mereka mangsa seterusnya.

"As long as kita percayakan satu sama lain, ianya tak akan jadi satu masalah." kata Areum lalu tersenyum kekok. Iyalah semua mata memandangnya sekali gus, takut dia dibuatnya.

〔⚛〕

Astrid berjalan menuju ke rumahnya bersama Kiara berseorangan. Kiara dan yang lain sibuk dengan aktiviti masing-masing jadi dia hanya pulang ke rumahnya berseorangan kerana dia mahu mandi.

Sedang Astrid berjalan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, dia merasakan seperti tangannya disentuh oleh seseorang. Astrid menoleh ke sebelah kirinya.

Yoongi mengenggam erat jari jemari Astrid sambil tersenyum suka. Yoongi hanya memandang ke hadapan, tidak mahu memandang Astrid yang sudah serupa tomato itu.

"Bahayalah jalan sorang-sorang." kata Yoongi sambil menghayunkan tangannya dan tangan Astrid. Astrid tersenyum malu yang sebenarnya lebih kepada suka.

Astrid juga turut mengeratkan genggaman tangannya. Yoongi pandang tangan mereka lalu memandang wajah Astrid. Kedua-dua mereka saling membalas senyuman.

"Aku suka kau, Astrid." luah Yoongi tanpa rasa segan. Mereka berhenti berjalan lalu saling menatap antara satu sama lain. Astrid terpana.

Akhirnya impian dia untuk bercinta sudah tercapai.

Astrid dan Yoongi saling bertatapan sehingga tidak perasan akan Kiara, Hoseok dan Namjoom yang berada tidak jauh dari belakang mereka.

"Aku rasa aku tertinggal barang dekat bilik tadi." kata Namjoon lalu membuat u-turn meninggalkan pasangan pasangan tersebut.

Kiara dan Hoseok pula hanya membatu. Tidak percaya mereka yang Astrid bersama dengan Yoongi. Terkedip-kedip mata Kiara melihat aksi di hadapannya manakala Hoseok mengaru tengkuknya yang tidak gatal itu.

Hoseok memdapat idea. Dia memegang tangan kecil Kiara lalu digenggam erat tangan itu seperti mana yang dilakukan oleh Yoongi terhadap Astrid. Kiara terkejut saat tangannya digenggam Hoseok lalu terus dia memandang wajah Hoseok hang tersenyum malu itu.

"Aku rasa kita pun ada tertinggal barang di bilik tadi." Kiara tersenyum suka. Hoseok menarik tangan Kiara membawanya pergi dari situ, meninggalkan Astrid yang Yoongi.

〔⚛〕

"Areum tolong ambilkan kain buruk disebelah kau itu. Terima kasih." Areum mengambil kain yang dikatakan Seokjin itu lalu membawanya bersama.

"Yang ini eh?" soal Areum, Seokjin hanya mengangguk. Areum berjalan mendekati Seokjin yang sedang mengemas dapur itu.

"Nah" Seokjin memusingkan tubuhnya menghadap Areum. Areum menghulurkan kain buruk tadi kepada Seokjin namun tanpa Areum sedar terdapat kuali dan periuk yang perlu dibasuh di lantai berdekatan dengannya.

"Ahh!" Areum tersepak periuk yang berada di hujung kakinya itu lalu tersadung sehinggakan terpelanting kain buruk tadi. Seokjin pula tergamam. Areum menutup matanya

"Eh?" Areum membuka matanya apabila dia tidak berasa sakit. Rupanya dia terpeluk Seokjin akibat Seokjin berada dekat dengan kawasan yang dia tersadung.

Kepala Areum disandarkan ke dada bidang Seokjin manakala tangannya merangkul leher jinjang Seokjin. Lama sungguh Areum kekal dalan posisi tersebut sehinggakan terbit satu senyuman dari bibir Seokjin

Seokjin mengangkat tangan kanannya mengusap rambut Areum. " Kau dah selamat Areum." kata Seokjin. Areum benar-benar malu sehinggakan dia tidak dapat bergerak.

Seokjin tersenyum lalu memeluk tubuh genit Areum. Seokjin tersengih lalu dagunya dibenamkan ke bahu Areum sambil menepuk belakang Areum.

Areum kini berdiri tegak semula selepas beberapa minit dalam pelukan Seokjin.

"Sorry.." kata Areum lalu berlari keluar dari kawasan dapur.

Seokjin hanya menggeleng tanda tidak faham dengan perangai gadis itu. Dia yang peluk kita dia pula yang malu.

〔⚛〕

[C] 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 : 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐆𝐈𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆. btsNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ