17 : new life , new love

122 33 392
                                    

Glade

Astrid membawa air kosong yang di ambilnya tadi menuju ke meja yang dia duduki tadi. Kanak-kanak yang berlari-lari di sekelilingnya membuatkan dia berhati-hati membawa cawan yang di tangan kanannya itu.

"Hey budak-budak! Jangan main kejar-kejar dekat kawasan ni lah!" laung Astrid sambil kepalanya ditelengkan kebelakang. Kakinya pula melangkah seperti biasa tanpa melihat ke depan.

"Sorry!" ujar salah seorang budak lelaki yang turut berlari tadi. Astrid tersenyum lalu memandang kehadapan.

Sesungguhnya, malang itu tidak berbau.

Sebaik sahaja Astrid memandang semula ke hadapan tubuhnya berlanggar dengan tubuh seseorang sehinggakan air yang dipegangnya tumpah.

"Ouch!" terlepas cawan yang dipegang oleh Astrid tadi. Dadanya terasa sejuk akibat air tadi tertumpah di dadanya. Sudahlah angin malam ini tiba-tiba sahaja dingin.

"Ma-maaf." suara garau kepunyaan lelaki yang melanggarnya tadi membuatkan Astrid mendongak memandang tuan badan.

"Eh tak apa." Astrid senyum sebaik sahaja melihat wajah kacak lelaki tersebut.

"Aku tahu kau tak apa tapi..." Yoongi memandang sekilas ke arah dada Astrid lalu cepat-cepat dialihkan pandangannya. Astrid yang hairan dengan tindakan lelaki tersebut turut memandang dadanya.

Oh God..

Dengan pantas kedua belah tangan Astrid bergerak menutupi dadanya.

Itulah siapa suruh pakai baju putih lagi. Memang nampak habis baju dalamnya yang berwarna hitam itu. Habis merona merah wajah Astrid dibuatnya.

Yoongi membuka baju kemeja yang dipakainya lalu disarungkan kemeja miliknya itu pada tubuh Astrid. Dibetulkan t-shirt hitam yang dipakainya lalu dia terus beredar meninggalkan Astrid.

Astrid menoleh kebelakang memandang lelaki tadi.

"Thank you..." ucap Astrid perlahan.

"Baby you okay tak?" soal Kiara yang tiba-tiba muncul di sebelah Astrid.

"Aku rasa aku dah jatuh cinta, Kiara." balas Astrid.

"Dengan manisan Seokjin?" tanya Kiara.

"Dengan kawan baru Seokjin." balas Astrid lalu mereka berdua memandang Yoongi yang sedang bergelak ketawa bersama Seokjin dan yang lain.

- ⚛ -

"Engkau ke yang masak semua makanan ini?" soal Areum kepada Seokjin.

"Ada yang bantu." balas Seokjin lalu dihirup kopi yang baru dibuatnya.

"Kenapa tak sedap ke, Cik Areum?" soal Seokjin kepada Areum pula.

"Kalau boleh setiap masa saya nak makan masakan awak." balas Areum lalu disuapnya manisan ke dalam mulutnya. Seokjin tersenyum mendengarkan pujian tadi.

"Tengah dating ke?" sapa Hoseok.

"Haah." selamba Areum menjawab manakala Seokjin hanya tersenyum sambil memandang Areum.

[C] 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 : 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐆𝐈𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆. btsWhere stories live. Discover now