32 : launch attack

112 35 353
                                    

Capitol Citta

"Hara..sakit." Yena mencengkam kain bajunya apabila Hara mengeluarkan cip yang ada pada lehernya itu.

"Sikit lagi." Hara menarik cip yang dikotori darah itu. Begini rupanya bentuk cip canggih yang berjaya mengawal rakan-rakannya itu.

Hara membuang cip tadi dalam tong sampah lalu digam semula leher Yena dengan gam hospital yang seonghwa curi semalam. Kenapa gam? Gam tersebut berfungsi untuk mencantumkan kulit dengan cepat.

Yena bangun lalu berjalan mendekati Laura yang sedang mengunyah burger itu. Selamba sahaja Laura makan selepas dibedah hidup-hidup di leher untuk mendapatkan cip itu.

Ya, Yena orang terakhir yang menggeluarkan cip canggih yang ditanam pada lehernya itu.

Hara orang pertama dan Dowoon yang membantunya. Cip pada leher Seonghwa, Hoshi dan Dowoon sendiri juga sudah dikeluarkan.

Bagi Dowoon dan Seonghwa, mereka lakukan kerana mereka mempercayai gadis yang mereka suka itu namun bagi Hoshi pula, dia terpaksa menurut perintah tuannya.

Pada mulanya Hoshi hendak melawan kerana dia lebih takut pada Arthur, namun bila dia lihat bagaimana peacekeeper yang selalu mengawasi Hara mati dibunuh itu dia terus sedar...

Yang dia lebih takut pada mereka.

"Ingat apa yang kita rancang. Kalau aku tahu ada yang jadi pengkhianat, aku tak teragak-agak untuk bunuh korang." kata Hara dengan tegas.

"Seonghwa, kau sudah sediakan semua peralatan atau belum? " soal Akeira.

"Dah." Seonghwa membalas sambil mengangguk.

"Laura, kau mahu kemana?" soal Yena.

"Arthur mahu jumpa aku untuk berbincang tentang malam ini." balas Laura lalu mengemaskan pakaiannya.

"Hati-hati." pesan Yena kepada Laura.

"I will." Laura melangkah keluar dari rumahnya. Sampai sahaja di pejabat Arthur, Laura terus masuk tanpa ketuk.

"Laura sweetie." geli tengkuk Laura apabila Arthur memanggilnya begitu. Mahu sahaja dia ludah pada wajah orang tua itu.

"Apa yang kau mahu lagi?" soal Laura yang sudah malas dengan orang tua itu.

"Kau sudah sediakan semuanya untuk malam itu kan?" soal Arthur.

"Semua sudah lengkap, cuma tunggu arahan kau sahaja." kata Laura.

"Kalau begitu arahkan semua untuk bersedia." arah Arthur sambil kakinya melangkah menuju je cermin besar yang terletak di sudut biliknya

"Untuk apa?" soal Laura.

"Mulakan perjalanan kita sekarang." mata Laura membulat mendengarkan arahan Arthur.

〔⚛〕

Glade

"Mingyu." Taehyung memanggil nama lelaki yang sedang termenung jauh itu. Mingyu mendonggak memandang Taehyung yang berdiri di hadapannya lalu tersenyum.

"Rindu Hara ke?" soal Taehyung, Mingyu hanya mengangguk.

"Maafkan aku ya." Mingyu memandang wajah Taehyung. "Kenapa pula?" Mingyu menyoal.

"Sebab kita tak dapat bawa Hara ke sini sekali." balas Taehyung. Mingyu hanya tersenyum.

"Aku pasti aku akan jumpa dia suatu hari nanti." kata Mingyu, cuba untuk menyedapkan hatinya sendiri.

[C] 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 : 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐆𝐈𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆. btsWhere stories live. Discover now