34 : suprising hologram

126 38 280
                                    


Astrid membuka perlahan matanya , dipejam semula kerana pandangannya kabur. Apabila dia kembali memperolehi penglihatannya , Astrid memandang sekelilingnya lalu menatap wajah Haera yang nyenyak tidur disebelahnya itu.

Dan ketika itu Astrid sedar yang dia tidak bermimpi dan ia benar-benar terjadi. Astrid bangun dari pembaringan lalu dipandang semua yang ada di dalam bilik yang agak besar itu. Joanne , Arin bersama Janice dan Hazel turut nyenyak dalam bilik ini.

Astrid bangun lalu melangkah keluar dari bilik yang terdapat di dalam jet tersebut. Astrid pandang Julian , Hoseok dan Jungkook yang tertidur sambil bersandar di dinding jet tersebut lalu pandangannya dialihkan pada Areum dan Kiara yang fokus merawat rakan mereka yang tercedera.

Yoongi masih lagi tidak sedarkan diri manakala Taehyung pula masih lagi menahan kesakitan akibat dijahit tanpa bius. Luka Jimin pula dirawat oleh J-ae manakala Seokjin dan Namjoon pula masing-masing sudah termenung jauh memikirkan masa depan.

"Astrid?" Kiara memanggil Astrid.

"Kau ada rasa sakit kat mana-mana ke?" soal Kiara sambil menuju ke Astrid.

"Aku okay." Astrid membalas. Astrid mendekati Yoongi yang masih tidak sedarkan diri itu. Ditatap wajah Yoongi yang lebam serta terdapat kesan luka yang sudah dicuci oleh Areum tadi.

" Jaga abang aku , Astrid ! "

Astrid mengenggam erat tapak tangan Yoongi. Astrid merehatkan dahinya pada tangan Yoongi lalu dicium tangan lelaki itu sambil air matanya menitis.

"Maafkan aku , aku tak dapat selamatkan adik kau."  kata Astrid walaupun dia tahu yang lelaki itu tidak dapat mendengar kata-katanya pada ketika itu.

Kiara duduk di kerusi pilot lalu diperhatikan sekeliling. Entah kenapa , otaknya langsung tidak membenarkan dirinya untuk tidur dan sering membuatkan dia tertanya-tanya kenapa Yena dan rakan-rakannya yang lain bermati-matian untuk cuba menolong mereka? Mesti mereka ada tinggalkan sesuatu bukan dalam jet yang besar ini? Tak akanlah mereka mahu biarkan mereka bertindak tanpa hala tuju?

"Apa yang kau mahu buat?" Kiara pandang Jimin yang duduk di kerusi co-pilot sekilas lalu kembali fokus mencari punca yang buatkan dia tertanya-tanya itu.

"Aku pasti mereka ada tinggalkan sesuatu pada kita." balas Kiara.

"Maksud kau?" Kiara berhenti mencari lalu memandang wajah Jimin yang berada di sebelahnya itu.

"Yena ada beritahu aku yang aku akan faham tujuan mereka selamatkan kita bila aku berada di dalam jet ini. Tapi , sampai sekarang aku tak jumpa sebarang jawapan lagi." balas Kiara lalu bangun untuk mencari di tempat yang lain pula.

"Hey Kiara." Kiara kembali menoleh memandang Jimin yang masih duduk di kerusi co-pilot itu.

"Kau tak mahu cuba tekan benda ini ke?" Jimin menyoal Kiara sambil jari dihalakan tempat ke arah skrin bulat yang berada di tempat kawalan. Kiara kembali mendekati Jimin lalu mula menganalisis skrin bulat yang membuatkan kedua-dua mereka itu ingin tahu.

Tiada alat kawalan mahupun punat untuk mengaktifkannya. Kiara dan Jimin diam memikirkan cara untuk mengaktifkan skrin bulat tersebut. Sedang Jimin masih lagi memikir , Kiara bertindak meletakkan tapak tangannya pada permukaan skrin tersebut , perbuatan Kiara itu mengundang rasa pelik pada Jimin namun rasa pelik tersebut hilang setelah lelaki itu terkejut.

Cahaya kehijauan yang terserlah dari skrin tersebut setelah Kiara berjaya mengaktifkannya membuatkan mereka berdua teruja. Jimin dan Kiara seperti tidak percaya yang mereka berjaya mengaktifkan skrin tersebut.

[C] 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 : 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐆𝐈𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆. btsWhere stories live. Discover now