43 : julian's nightmare

77 20 181
                                    

"Capper!" kanak-kanak lelaki yang bernama Capper tersebut berlari di ladang ternakan lembu yang luas itu dengan penuh gembira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Capper!" kanak-kanak lelaki yang bernama Capper tersebut berlari di ladang ternakan lembu yang luas itu dengan penuh gembira.

"Hey, Capper! Capper!" seorang wanita yang berumur dalam 30-an itu menangkap tubuh kecil Capper lalu dipegang kedua belah lengan si kecil itu sekuat yang mungkin.

"Kalau ayah dan atok tahu kamu lari habislah aunty, kalau kamu jatuh dan luka nanti bagaimana aunty mahu jawab pada ayah dan atok kamu?" wanita yang menggelarkan dirinya sebagai makcik itu memandang capper yang mencebik itu.

"I'm sorry, aunty.." Capper memohon maaf lalu menundukkan pandangannya.

•••

"Capper, jom balik! Adik awak sudah lahir!" Marie iaitu makcik kepada Capper itu memegang tangan anak lelaki itu lalu mereka berdua lari pulang ke rumah.

"Adik dah lahir! Adik dah lahir!" Capper bersorak keseronokkan. Marie juga ikut bergembira.

•••

Marie mendakap Capper yang menggigil ketakutan akibat amukan ayahnya itu.

"Tidak kiralah apa sekali jantina dia, dia tetap anak kita berdua!" Ibu Capper menangis sambil memeluk erat bayi perempuan yang baru sahaja dilahirkan itu seerat yang mungkin.

"Aku tak mahu anak perempuan! Menyusahkan aku betul, aku hanya mahukan anak lelaki sahaja!" Ayah Capper memukul isterinya tanpa balas kasihan. Capper memandang atok dan neneknya yang membiarkan anak perempuan mereka dibantai teruk oleh menantu mereka itu. Marie yang ketakutan itu masih memeluk erat tubuh kecil Capper yang baru berumur 5 tahun itu.

Tangisan bayi perempuan yang baru lahir itu hanya diabaikan. Capper pula hanya mampu memandang adik kandungnya dari jauh.

•••

"Celeste!" Capper memeluk erat Celeste yang sudah menggigil ketakutan itu.

"Don't worry, I'm here.." kata Capper lalu mencium dahi adik perempuannya.

"Tolonglah jangan apa-apakan dia, saya merayu sangat-sangat. Pukul sahaja saya, jangan pukul Celeste dia tak bersalah." Rayuan isterinya diabaikan, ayah Capper menendang dada ibunya sehinggakan wanita itu jatuh dari tangga rumah.

•••

"Mama, apa salah Celeste?" Capper menyoal ibunya yang sedang menyapu ubat ke luka yang ada di tangan dan juga kaki adik perempuannya itu.

[C] 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 : 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐆𝐈𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆. btsWhere stories live. Discover now