28 : I will help you , I promise.

144 32 557
                                    

Capitol, Cittá

Yena duduk di bangku yang berdekatan dengan tasik Capitol sambil dirinya fokus membaca buku yang dia pinjam dari Laura itu tadi. Yena berasa sedikit senang dengan kehidupan yang dia jalani sekarang. Tiada lagi ugutan atau deraan daripada Arthur dan mereka hidup normal seperti manusia lain.

Namun jauh dalam sudut hati Yena, gadis itu berasa kesal dan kecewa dengan pekerjaannya sekarang. Dia, Laura, Akeira dan Hara bekerja sebagai orang kanan Arthur. Mereka tahu setiap apa yang dirancang oleh Arthur, cuma mereka tidak boleh melawan mahupun bertindak secara melulu untuk menumpaskan lelaki tua itu.

Sedang jauh Yena menggelamun, sebotol air mineral dicampak ke atas pehanya. Yena memandang lelaki yang muncul secara tiba-tiba di sebelahnya itu. Selamba badak sahaja lelaki itu duduk di sebelahnya tanpa meminta izin. "Nah." kali ini lelaki itu memberikan Yena chocolate bar yang disukai gadis itu pula.

"Biadap." bidas Yena sekali. Yena kenal gerangan yang duduk disebelahnya itu. Yena selalu juga berselisih dengannya ketika bertugas namun tidak pernah pula mereka bertegur sapa antara satu sama lain dan hari ini, selamba sahaja lelaki itu mendekatinya.

"Garang." balas lelaki itu sepatah lalu tersenyum suka. Yena menjeling sambil chocolate tadi diserahkan semula kepada tuan badan lalu sambung membaca bukunya.

"Ambil lah, aku beli untuk kau." lelaki itu kembali menyerahkan chocolate tadi kepada Yena.

"Aku tak mahu la Dowoon." Yena menolak. Dowoon mencebik kesedihan. Dowoon merupakan pembantu makmal Arthur. Dia jugalah yang mengawal seluruh manusia di Cittá dari hologram canggih yang terdapat di makmal tersebut.

"Aku minta maaf kalau tindakan aku buat kau rasa tidak selesa. Tapi aku betul-betul ikhlas mahu berkawan dengan kau, Yena." jelas Dowoon sambil memandang Yena. Yena hanya diam membisu di sebelah Dowoon.

"Aku harap kita dapat berkawan dan kalau kau mahu, aku boleh bantu kau." kata Dowoon lalu bangkit dari bangku, Dowoon meletakkan chocolate tadi di tepi Yena lalu pergi meninggalkan gadis itu terpingga-pingga.

〔⚛〕

Akeira kini berada di rooftop bangunan utama Dauntless. Sudah lama dia tidak kemari sejak dia dan yang lain dikurung di penjara sebulan yang lalu. Akeira memejamkan matanya, mengamati angin senja yang menampar lembut wajahnya. Rambut panjangnya pula beralun berterbangan mengikut tiupan angin.

 Rambut panjangnya pula beralun berterbangan mengikut tiupan angin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba-tiba hatinya sedih apabila teringatkan J-ae. J-ae juga sahabat baiknya dari kecil lagi, jadi tidak salahkan dia risaukan J-ae? Akeira masih ingat bagaimana kali pertama mereka bertemu di Cittá. Bagaimana dia dan J-ae mula rapat dan bagaimana mereka end up selalu bersama.

Akeira tertekan, Akeira rasa yang dia gagal. Gagal menjadi manusia yang baik.

Akeira mengenggam palang yang menghadangnya dari jatuh kebawah itu. Kalau dia mati, mungkin segala penderitaannya akan berakhir dan mungkin bilangan orang yang akan tercedara akan berkurang.

[C] 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 : 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐆𝐈𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆. btsWhere stories live. Discover now