23 : god, please protect her.

127 35 446
                                    

Chapter yang lepas ramai tanya pasal first house en.

Tu ha first house. First house ni boleh dikatakan dorm Hoseok, Seokjin, Jungkook dengan Julian sebab diorang berempat macam ketua en. And dekat first house tu la ada banyak kemudahan. Rumah tu rumah paling besar dekat kawasan Glade sebab tu aku namakan first house hohoho.

Btw chap ni takde gif, so lek bossku

〔⚛〕

"Hi sayang!" Janice berlari anak sebelum dia melutut lalu mendepakan tangannya. Seorang anak kecil yang baru sahaja pandai berjalan itu menuju ke arah Janice sambil tersengih sehingga menampakkan empat batang giginya.

Julian yang berjalan di belakang Janice iu tersenyum pada ibu anak kecil tadi. Janice mendakap tubuh bayi tadi lalu digomol sepuas hati. Dicium-cium pipi yang tembam itu.

"Mummy Janice rindu sangat ke dekat Hazel?" soal Anna iaitu ibu kepada Hazel.

"Mestilah rindu baby kita ni!" balas Janice lalu kembali mencium pipi Hazel. Terkekeh-kekeh bayi itu ketawa.

"Tolong jagakan Hazel sekejap boleh? Ramai sangat orang yang hantar baju untuk di jahit. Tahu-tahu sahaja lah kalau Hazel ni ada, habis semua barang bersepah." jelas Anna sambil memberikan beg bayi kepunyaan Hazel kepada Julian.

"Boleh je jaga budak nakal ni. Sekali sekala kan? Lagi pun kami memang rindu nak jaga Hazel." kata Julian lalu tersenyum.

"Terima kasih ya Janice, Julian.. Malam nanti aku ambil dia semula." ucap Anna lalu pergi meninggalkan pasangan tersebut.

"Hai Hazel." Julian bermain dengan tangan kecil Hazel. Makin lebar senyuman Hazel apabila diusik oleh Julian.

"Amboi sukanya Hazel." kata Janice lalu mencubit pipi tembam Hazel. Bukan apa, geram!

"Eh baby!" Astrid dan Joanne menjerit teruja. Terkebelakang Julian akibat dua gadis tadi menolaknya ke tepi semata-mata untuk bermain dengan Hazel.

"Hazel.. Lama Hazel tak jumpa mummy Astrid kan?" Astrid mencium wajah Hazel yang berada di bahu Janice.

"Hey Astrid, Joanne! Boleh tolong aku angkat barang tak?" Haera menjerit memanggil Astrid dan Joanne. Joanne mencebik. Baru sahaja dia mahu bermain dengan baby Hazel.

"Kejap!" Astrid membalas.

"Bye Hazel nanti kita sambung main sama-sama eh?" kata Astrid sambil menggoyang-goyangkan tangan kecil Hazel mengenggam jari telunjuknya.

"Bye bye baby!" kata Joanne sebelum ditarik oleh Astrid.

"Kenapa Haera?" soal Astrid setelah tiba di hadapan Haera.

"Hoseok minta tolong kita semua untuk angkat barang-barang tajam yang bahaya ni dan letak dalam first house." jelas Haera. Joanne dan Astrid hanya mengangguk lalu mengangkat kotak yang berisikan perlatan bahaya seperti pistol, dagger dan sebagainya itu.

[C] 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 : 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐆𝐈𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆. btsWhere stories live. Discover now