00 : Saviours

695 73 479
                                    

P/s : Dengar lah lagu atas sambil baca profile korang.

" Tuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Tuan." seorang lelaki yang berbadan sasa memanggil lelaki tua yang sedang berdiri sambil memandang pekerja-pekerja bawahannya itu melakukan tugas masing-masing dari tingkat atas bilik rahsia tersebut.

" Dia sudah sampai. " Dengar sahaja perkataan 'dia' meluncur keluar dari mulut pembantunya itu terus kepalanya menoleh ke kiri, dimana pembantunya berada. Namun,pandangannya tertumpu pada suatu tempat lain dan bukanlah pembantunya. Lelaki tua itu memandang pintu masuk utama yang terbuka luas, figura lelaki berbadan sasa dan tinggi lampai itu mula diperhatikan olehnya.

Lelaki muda yang baru sahaja tiba itu tidak langsung menunjukkan riak bersalah walaupun dia sudah lambat. Malahan lelaki muda itu melangkah dengan penuh keangkuhan dan berkeyakinan. Lelaki tua tadi pula mengetap giginya kerana mula rasa tercabar dengan sikap yang ditunjukkan lelaki muda itu tadi.

Arthur Frederick Lee, nama yang tidak asing lagi di telinga penduduk Cittá itu membuka langkah menuju ke meja yang luas tersedia buatnya itu. Dia yang masih menahan amarahnya itu menarik nafas sedalam-dalam yang mampu dan cuba untuk bertenang.

" You're late, Aden." kata Arthur sebelum dia duduk di kerusi yang selesa miliknya itu. Dari tadi Arthur memaparkan riak wajah yang tegang, menunjukkan dia sedang berang dengan sikap lelaki muda yang dipanggil Aden itu. Aden pula sudah lama duduk di kerusi bilik yang mempunyai peralatan canggih itu.

" Am I ? " balas Aden diikuti dengan senyum sinis. Arthur pula memandang tajam kearah Aden. Membuak-buak rasa marah dan bencinya pada lelaki muda itu. Kalaulah lelaki muda ini tidak memberikan dia apa-apa manfaat, sudah lama dia bunuh lelaki muda yang angkuh itu.

" Jadi, kau dapat atau tidak apa yang aku mahukan? " soal Arthur. Aden hanya tersenyum menang.

" Of course. Aku sudah dapat hampir semua maklumat penting tentang mereka. " kata Aden dengan bangganya. Posisi duduknya dibetulkan lalu badannya dibawa menghadap ke meja canggih dihadapannya itu. Jari jemarinya pula laju menyentuh permukan meja yang canggih tersebut.

 Jari jemarinya pula laju menyentuh permukan meja yang canggih tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 : 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐆𝐈𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆. btsWhere stories live. Discover now