29 : 2049 news

104 32 225
                                    

"Buku tu pun aku dah baca tapi ending dia buat aku depress." kata Areum manakala Kiara pula geli hati dengan riak wajah Areum itu.

"Kau tahu, buku puisi ni aku yang beri pada Astrid sebenarnya. Aku cabar dia untuk cari maksud tersembunyi dan sampai sekarang tiada jawapan dari dia." kata Kiara lalu ketawa.

"Patutlah dia beri pada aku." Areum juga ikut ketawa bersama.

"Kalau kau mahu komik genre horror, kau boleh ambil di almari hujung sana." kata Kiara sambil jari telunjuknya menunjukkan ruangan almari yang agak jauh daripada mereka. Kini, Areum dan Kiara berada di mini library Kiara. Dalam bilik ini sahaja penuh dengan buku-buku yang Kiara kumpul sejak mereka wujudkan Glade.

Areum berlari anak mendekati almari yang terdapat buku-buku yang tersusun rapi itu. Areum teruja yang amat, ditilik satu per satu buku yang ada manakala Kiara pula sibuk mengemas buku yang mereka baca tadi. Tak cukup dengan almari, Areum melutut lalu buku yang ada pada kotak besar itu diambil dan dibelek olehnya.

"Areum aku pergi buat air sekejap tau." kata Kiara sambil berjalan keluar dari mini library nya. Areum memandang Kiara sekilas lalu mengangguk.

Areum tersenyum lebar sambil menatap buku-buku yang ada di dalam kotak itu sehinggalah matanya tertancap pada surat khabar yang berwarna kekuningan dan sedikit terkoyak itu. Areum mengambil surat khabar tersebut lalu dibuka helaian surat khabar itu perlahan-lahan.

SEPTEMBER 2049

Dahi Areum berkerut seribu. September 2049?

Itu 16 tahun yang lalu.

Areum membaca isi kandungan surat khabar tersebut.

Penularan wabak berbahaya..

Virus yang tiada ubat..

Kiamat dunia..

Jantung Areum berdegup kencang apabila membaca surat khabar yang penuh dengan berita tentang kejadian yang menimpa bumi pada tahun 2049 itu. Dia tahu tentang sejarah ini namun membacanya pada surat khabar membuatkan dia rasa gementar, seakan-akan dia sedang lalui saat menakutkan itu.

"Areum aku buat air teh, kau min—" Kiara terdiam apabila Areum memandangnya dengan pandangan gementar. Mata kiara jatuh pada surat khabar yang dipegang oleh Areum.

"Areum, kenapa?" soal Kiara sambil mendekati Areum.

"Kau tahu tentang hal ini?" soal Areum, terkedip-kedip mata gadis itu memandang Kiara.

"Tentang apa?" Kiara duduk melutut di sebelah Areum lalu surat khabar yang dipegang Areum Kiara rampas. Kiara membaca setiap berita yang ditulis di dalam surat khabar itu dan kini, Kiara juga turut tergamam.

"Aku tak pernah tahu.." Kiara mengetap rahang sambil memejamkan matanya. Mengapa dia tidak pernah tahu akan kewujudan surat khabar ini selama ini. Kalau dia tahu tentang surat khabar ini dengan lebih awal mungkin keadaan sudah berubah.

"Apa yang kita mahu lakukan sekarang?" soal Areum yang nampak resah itu. Mana tidaknya, surat khabar itu terang-terang memberitahu bahawa virus ini tersebar di seluruh dunia namun masih ada negara yang terselamat. Selain itu, banyak info yang Kiara dan Areum dapat daripada surat khabar itu. Banyak teori yang terdapat dalam surat khabar itu dan hal ini benar-benar buat mereka gelisah.

"Kita perlu beritahu yang lain." kata Kiara.

〔⚛〕

Taehyung ketawa apabila Jimin membebel sambil membuat gaya ingin melempang seseorang itu. Buah epal pemberian Jungkook tadi digigitnya lalu dikunyah. Sedang mereka seronok bersembang, Mingyu datang menghampiri mereka dengan perlahan seperti zombie. Taehyung bangun lalu tersenyum pada Mingyu yang nampak seperti sedang menghampirinya. Astrid, Haera dan J-ae pula hanya memandang Mingyu dengan riak pelik.

"Gyu, kau dah sedar!" kata Taehyung dengan gembira lalu berjalan mendekati Mingyu.

"Kau tak guna!" Mingyu menjerit sekuat hatinya sehinggakan suara garaunya berubah menjadi nyaring. Tidak sempat Taehyung menggelak, Mingyu terlebih dahulu menerkam tubuh sasa Taehyung. Astrid, J-ae dan Haera terjerit kecil akibat tekejut manakala Jungkook dan Jimin cuba membantu.

"Kau tak guna Taehyung!" kata Mingyu sambil menumbuk wajah Taehyung. Jimin dan Jungkook pula cuba menarik tubuh sasa Mingyu namun hampa, mereka pula yang jatuh terseret akibat tepisan Mingyu.

Kenapa semua yang tak sedarkan diri akan jadi lebih kuat dari manusia biasa? Jungkook menyoal dirinya sendiri. Sudah semestinya dia masih ingat bagaimana dia diserang oleh Astrid dan sekarang Mingyu pula yang bertindak diluar kawalan.

"Apa masalah kau!" Taehyung menendang perut Mingyu lalu menumbuk lelaki itu pula. Taehyung naik menghempap Mingyu lalu dicengkam kolar baju Mingyu. Dipandang kepala Mingyu yang masih berbalut.

Kalaulah lelaki ini tak cedera di kepala sudah lama dia hentak kepala Mingyu pada permukaan tanah agar lelaki itu pengsan.

"Haha." pada mulanya perlahan, semakin lama semakin kuat tawa Mingyu.

"Aden..." membulat mata Taehyung manakala Mingyu tersenyum sinis.

"K-kau.. Kau tahu?" Taehyung menyoal Mingyu yang semakin tenang itu.

"Kenapa kau pura-pura tak tahu pula?" Mingyu membalas soalan tadi dengan soalan.

"Aden?" Namjoon dan Areum menatap tajam wajah Taehyung. Berkerut dahi mereka saat nama Aden di sebut oleh Mingyu. Namjoon mengeluh taktala dia nampak mata Taehyung menjadi cemas.

"Tae..." Namjoon memanggil nama Taehyung dengan lembut. J-ae yang berada tidak jauh dari mereka juga melepaskan keluhan yang berat. J-ae mengenggam rambutnya dengan kuat. Taehyung.. Aden kah?

Sudah semestinya nama Aden tidak asing pada Namjoon dan Areum, seseorang yang bergelar Erudite automatik akan tahu tentang kewujudan anak lelaki president mereka itu. Aden... ya, itu nama anak lelaki Arthur.

J-ae pula dia tahu yang Arthur mempunyai seorang anak lelaki apabila dia dan Akeira selongkar maklumat sulit kerajaan.

Taehyung memandang sekeliling. Kini semua orang sedang memerhatikannya. Mingyu pula sudah lama pengsan, mungkin setan yang merasuk Mingyu sudah keluar dari badan lelaki itu.

"Aku bukan Aden..." kata Taehyung perlahan. J-ae mengeluh. Lepas satu, satu lagi masalah datang menguji kepercayaan mereka.

"Apa sudah jadi?" soal Seokjin kepada Hoseok.

"Hyung." Seokjin memandang wajah Hoseok, Kiara juga walaupun bukan dia yang Hoseok panggil.

"Aku rasa tuhan mahu kita bertindak" kata Hoseok lalu surat khabar yang diberi oleh Kiara tadi digenggam kuat.

"Kita perlu bertindak sebelum terlambat."

〔⚛〕

[C] 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 : 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐆𝐈𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆. btsWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu