02 : unknown

212 46 359
                                    

Capitol
Cittá

" Areum! Woi Areum! " Areum yang baru sahaja keluar dari biblioteca menutup wajahnya menggunakan buku yang dipinjamnya tadi sambil kakinya kelam-kabut mengatur langkah.

God,why perempuan ni ada kat sini?

"Eh, Areum!" Areum menoleh sedikit kebelakang dan apa yang dilihatnya betul-betul dapat buat jantungnya tercabut. Gadis yang dia cuba elakkan daripada berjumpa itu, kini sedang mengejarnya dari belakang.

" shit! " Areum yang rasa dirinya dalam bahaya itu memecut meninggalkan gadis yang mengejarnya tadi. Orang sekeliling mereka memandang mereka pelik kerana berlari berkejaran. Pakaian mereka sudah terang menunjukkan yang mereka berdua bukan dari faction Dauntless. Jadi, kenapa mereka begitu aktif berlari?

" Arin! Tangkap dia! "

" Ha?" Areum terkejut dengan ayat yang ditutur oleh gadi yang mengejarnya tadi. Arin?

" Ha, dapat! "

" Arghhhhhh!" kuat Areum menjerit apabila tubuh badannya terasa seolah-olah dipeluk oleh seseorang manakala dua lagi manusia yang berjaya mendapatkan Areum bersorak gembira, tak ubah seperti kanak-kanak ribena. Areum berdecit perlahan apabila melihat gerangan yang sedang memegang erat kedua belah tangannya itu. Dia sekarang ini tak ubah seperti banduan yang baru terlepas tetapi sudah dapat diberkas oleh polis. Haihlah hidup.

" Eh, Arin... Anne.." tegur Areum dengan serba salah. Ah! Dia tidak kisah lagi. Kalau dia hendak lepaskan diri dari dua manusia ini, dia perlulah aktifkan mood berlakonnya.

" Kenapa kau pulun lari dari aku,ha?" soal Joanne diselangi dengan nafas yang tidak teratur. Joanne menunduk sambil memegang kedua belah lututnya kerana penat mengejar. Arin pula terkelip-kelip matanya memandang dua rakan baiknya itu. Sebenarnya dia tidak tahu pun apa yang dua manusia itu sedang lakukan, dengar sahaja Joanne menjerit meminta dia menangkap Areum, terus tangannya bergerak seperti yang diminta.

" Kenapa korang berdua berlari macam ada cranks attack ni? " soal Arin sambil tangannya masih setia memegang kedua belah tangan Areum.

" Aku panggil Areum tadi tapi dia larikan diri dari aku pula." balas Joanne yang baru selesai menyusun nafasnya semula. Areum diam.

" Eh, bukanlah. Aku sakit perut sangat masa tengah baca buku dalam Biblioteca. Maklumlah tandas dalam biblioteca sedang dibaik pulih, kau tahu bukan? Sumpah, aku tak dengar pun kau panggil aku, Anne!" jelas Areum panjang lebar sambil memandang tepat ke dalam anak mata Joanne.

" Ouh.." Arin mengangguk sepertinya dia percaya bulat-bulat dengan kata-kata Areum itu. Tangan Areum dilepaskan.

" Tipu." Joanne berkata sepatah. Arin memandang Joanne dengan tanda tanya manakala Areum pula berdecit sekali lagi. Punyalah baik lakonan Areum sehinggakan Arin mempercayainya. Tapi, Joanne... Ergh!

" Dah member sakit perut, apa yang dia tipu? " soal Arin. Areum mengangguk laju.

" Kenapa kau nak lari dari aku? Apa yang kau sorokkan." tanya Joanne dengan wajah polos.

" Anne! Boleh tak jangan baca aku! " kata Areum dengan nada yang tinggi namun kedengaran manja.

" Wah! Kau cuba tipu kami dan berjaya tipu aku, Areum? Cis, dasar bangsa Erudite! " kata Arin lalu tangannya disilangkan di dada.

[C] 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 : 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐆𝐈𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆. btsWhere stories live. Discover now