Mawar Putih IV

228 24 9
                                    

   Pemandangan indah lautan yang terbentang luas dipandang dengan hati yang sedikit rusuh. Fikirannya melayang mengingatkan peristiwa sebulan yang lalu. Sentuhan tangan kecil Dani mengganggu lamunannya.

   "Papa tengok apa? " Masih dengan pelatnya, terkial-kial Dani menyusun kata. Anak kecil itu memanjat naik ke atas riba papanya dengan tangan dan kaki kecilnya.

   "Papa tengok laut. Cantik. " Tubuh kecil itu dibetulkan duduknya di atas ribaan. Rambut lembut Dani yang agak keperangan itu dihidu. Wangi. Dikucup kepala anak tunggalnya itu penuh sayang.

   "Cantik. " Dani menggagaukan tangannya cuba menyentuh laut dari sebalik tingkap kaca itu. Wildan tersenyum nipis. Alangkah bahagianya jika wanita itu juga ada di sisi mereka.

   Pertemuan semula mereka setelah hampir 4 tahun berlalu sememangnya langsung tidak pernah terlintas di fikiran. Memikirkan apa yang terjadi 4 tahun yang lalu, dia terasa seperti ingin menampar diri sendiri.

   Fikirnya wanita itu sudah benae-benar pergi meninggalkannya. Dia menganggap wanita itu sudah mati. Namun pusara siapakah yang dikunjungi selama ini? Hatinya merintih.

   Wanita kesayangannya sudah banyak berubah. Menutup aurat sebaiknya. Dengan wajah tenangnya membuatkan Wildan jatuh cinta untuk kesekian kalinya. Tanpa sedar airmatanya jatuh ke pipi.

   "Papa? " Dani yang mendongak untuk memandangnya mengangkat tangan kecilnya. Airmata Wildan dikesat dengan tangan kecilnya. Senyuman riangnya tadi hilang. Turut bersedih melihat kesedihan papanya.

   "Papa okay sayang. " Wildan cepat-cepat mengesat airmata dan tersenyum melihat keprihatinan Dani. Anaknya itu walaupun masih kecil, sudah peka  dengan keadaan orang sekelilingnya.

   "Abang. Mama dah sampai. " Zaidan yang baru masuk memberitahu. Wildan bangun dari duduknya. Tubuh kecil Dani dihulurkan kepada Zaidan.

  "Jaga Dani. Abang ada hal penting nak bincang dengan mama. " Nada serius dalam suara mamanya membuatkan Zaidan hanya mengangguk. Semenjak peristiwa Dani dihantar ke hospital, abangnya jadi lebih tegas dengannya.

   Wildan keluar dari ruangan itu, bersedia untuk menghadapi ibunya, Datin Nafiah. Kelihatan ibunya sedang mencicip teh di ruang tamu. Wildan duduk di sofa berhadapan dengan wanita yang kelihatan elegan itu.

   Datin Nafiah tersenyum senang melihat kehadiran anak sulungnya. Namun yang hairannya, tiada pula senyuman di wajah itu seperti biasa. Hanya riak serius yang terpamer.

   "Ma, kita perlu bincangkan satu hal yang penting. " Wildan tarikh nafas panjang sebelum memulakan bicara. Kata-kata Wildan membuatkan Datin Nafiah tersenyum lebar. Sudah bersediakah dia?

   "Wildan sudah fikirkan? Setuju hendak memperisterikan Dayani? " Nama wanita yang diidamkan menjadi menantu itu meniti di bibir. Nama yang langsung tidak terlintas di fikiran Wildan.

   "Bukan dia mama. " Wildan urut pelipis. Tidak mahu menyinggung perasaan ibunya. Namun dalam masa yang sama, dia ingin juga menyinggung wanita itu akan satu hal.

   "Berapa lama mama nak tipu Wildan ma? " Akhirnya bicara itu keluar juga setelah lama dia membisu. senyuman Datin Nafiah memudar mendengarkan kata-katanya.

   "Apa yang Wildan cakapkan ni? " Seakan tidak faham dengan apa yang dimaksudkan Wildan, teh di atas meja dicapai dan dihirup lagi. Wildan tidak mampu memandang wajah itu.

   Dia tidak mahu memandang wajah itu dengan kekecewaan. Dia tunduk memandang meja. Walau apapun yang telah wanita itu lakukan, wanita itu ibunya. Ibu yang mengandung, melahirkan dan membesarkannya.

   "Empat tahun ma. Empat tahun Wildan hidup, dengan anggapan isteri Wildan sudah tiada. Kenapa mama buat Wildan macam ni? " Nada kesalnya jelas kedengaran apabila dia mengatakan itu. 

   Datin Nafiah mulai gugup. Hampir terjatuh cawan di tangannya. Dia hanya mampu diam. Nampaknya apa yang dia sembunyikan selama ini sudah terbongkar.

   "Explain to me ma. Why did you do this to us? " Hampir saja Dani menaikkan nada suaranya namun ditahan sebaik mungkin. Jelas getaran pada nada suaranya bertanyakan hal itu. Suasana di ruang tamu itu jadi sunyi. 

   Jelas sekali betapa Dani cuba menahan amarahnya demi menghormati wanita itu. Datin Nafiah menarik nafas panjang.

   "Bagaimana Wildan tahu? " Tenang saja dia berbicara. Bagaikan tiada apa yang salah di atas perbuatannya. Wildan meraup wajahnya kasar. Betapa hancur hatinya menerima kenyataan itu.

   "Hanya itu saja yang boleh pisahkan kamu dan dia. What should I do? Palsukan kematiannya dan Wildan takkan pernah cuba untuk mencarinya lagi. " Datin Nafiah mengakui perbuatannya membuatkan Wildan hanya mampu diam.

   Dia kecewa. Sungguh kecewa. Betapa sanggupnya mama memperlakukan anaknya sebegitu rupa. Dia rasa ingin marah dan menangis dalam masa yang sama. Namun apapun yang terjadi, dia ibu.

   "Wildan akan cuba untuk tidak bencikan mama. Sebab Wildan tak boleh bencikan mama. You are my mum and that will never change. Tapi mama kena ingat, thing will never be the same anymore. " Setelah mengatakan itu, dia terus bangun dan melangkah pergi tanpa memandang wajah itu lagi.

    Datin Nafiah pula masih terlihat tenang. Bagaikan langsing tidak terkesan dengan amarah Wildan. Namun jauh di sudut hatinya, hanya dia yang tahu apa yang dia rasakan. Tersembunyi di balik wajah tidak berperasaannya.

    Wildan tidak mahu memandang wajah wanita pertama di dalam hidupnya itu dengan amarah dan rasa kecewa. Setelah memastikan kebenaran itu, dia duduk termenung di tepi pantai.

   Kenangan lalu kembali ke dalam ingatan. Betapa indahnya kehidupan bersama mawar putih kesayangannya. Tenang dan sederhana dan cukup bahagia.

   Pepasir putih diambil segenggam lalu dibiarkan ditiup angin. Kerinduannya memuncak buat Mawar Farhana. Rasa sayu dan pilu kembali menyapa ruangan hati, seperti saat kali pertama menerima berita kematian isterinya.

   "Kau dah mati untuk dia Wildan." Sebaris kata-kata yang diungkapkan Zana pada hari itu masih segar di ingatan. Jiwanya luluh. Sejujurnya dia ingin bertanya lebih banyak kepada ibunya, namun dia tidak mahu nanti amarahnya tidak terkawal.

   Lama dia duduk menenangkan fikiran, barulah dia bangun dan kembali ke rumahnya. Sejak peristiwa empat tahun yang lalu, dia banyak meluangkan masanya di resort itu. Di situlah dia membesarkan Dani.

   Berharap kenangan indah antara dia dan mawarnya tetap segar di ingatan, waktunya banyak dihabiskan di tempat itu. Tambahan pula, pusara yang disangkakan pusara Mawar Farhana ada di situ.

   Entah milik siapa pusara itu, dia juga tidak tahu. Namun airmatanya banyak ditumpahkan di situ. Betapa dia kecewa namun bahagia dalam masa yang sama. Mawarnya masih belum layu. Namun semakin mekar dengan ketenangan.

   Memikirkan sudah lama dia menyendiri, akhirnya dia meninggalkan kawasan pantai. Sudah
tiba masanya untuk pergi. Dia perlu membetulkan segalanya.

  
   Angin yang bertiup menyapa wajah Farha yang sedang menikmati pemandangan senja di beranda rumah. Bayangan wajah yang dirindui terpapar di ingatan. Wajah Wildan yang terlihat dingin itu masih jelas di ingatannya.

   "Cik ni siapa? " Hatinya terjerut dengan kesedihan memikirkan pertanyaan lelaki itu. Walaupun mereka mengatakan dia sudah tiada, sejujurnya jauh di dasar hatinya, Farha masih menyimpan keyakinan bahawa lelaki itu masih hidup.

    Keyakinannya menjadi nyata. Namun terselit satu rasa yang tidak mahu dia terlalu yakin. Dia tidak mahu terlalu berharap. Bingkai kecil dengan foto pernikahan mereka dibawa ke dalan pelukan.

   Biarlah waktu yang menentukan nasib mereka. Jika mereka ditakdirkan bersama, mereka pasti akan bertemu lagi. Itu pasti.


.



Part ni actually agak hm. spicles

Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh ajukan saja ya. ☺
  

My Stories [ Himpunan Cerpen ]Where stories live. Discover now