Cik Bunga I

462 23 3
                                    

   Seorang jejaka bersut hitam melangkah penuh yakin memasuki kedai bunga bernama Moonlight Florist yang terletak bersebelahan bangunan pejabatnya.

  Kelihatan seorang gadis bertudung corak bunga-bunga biru muda sedang sibuk mengurus sesuatu di kaunter.

  "Cik bunga, macam biasa." dengan gaya kasanovanya yang memang tidak asing lagi pada gadis di hadapannya, dia menegur.

  "Awal datang hari ini," tenang saja cik bunga melayan pelanggan yang satu itu. Pelanggan tetap sejak dia mula membuka kedai bunganya setahun yang lalu.

  "Ya. Hari ni hari yang istimewa." Jejaka itu duduk di atas sofa yang dikhaskan untuk tetamu sambil menanti cik bunga menyiapkan tempahannya.

  "Teman wanita baru?" Masih fokus menyiapkan bunga yang ditempah, soalan ditanya bagi memecahkan kesunyian.

  "Bulan lalu," dua patah kata itu dan cik bunga mengangguk faham. Suasana kembali sunyi.

  Selesai melakukan kemasan terakhir, jambangan bunga ros merah yang berbentuk hati itu bertukar tangan.

  "Cantik macam biasa." Senyuman si jejaka memekar. Dipandang wajah cik bunga yang sentiasa menunduk itu.

  Walaupun sudah hampir setahun dia menjadi pelanggan tetap di situ, belum pernah sekalipun dia bertentang mata dengan pemilik perniagaan tersebut.

  Wanita yang dia gelar sebagai cik bunga itu sepertinya seorang yang sukar didekati. Hanya akan melakukan hal yang sepatutnya sahaja dan hanya akan bertanya jika ada keperluan.

  "Terima kasih," setelah membayar harga bunga tersebut, dia melangkah keluar. Sempat dia menoleh ke arah cik bunga yang masih lagi menunduk. Sibuk membuat kira-kira.

   Di dalam hatinya, terdetik rasa ingin tahu tentang cik bunga namun cepat perasaan itu dibuang pergi. Cik bunga bukanlah jenis wanita yang sesuai menjadi pendamping sementaranya.

   Dia wanita yang lain daripada mereka. Wanita yang tidak akan pernah terfikir pun di benaknya untuk menjadi penghibur hati.

   "Cantiknya," senyuman manis si gadis bergaun ungu paras betis mekar menerima jambangan bunga daripada sang kekasih.

   "Macam biasa," Darren Lee seperti biasa, masih dengan wajah manisnya. Makan malam mereka berjalan seperti biasa. Pasangan yang sangat serasi digandingkan bersama. Keduanya persis pasangan sempurna yang selalu ada di drama-drama Korea.

   "Darren, it's been two month we date. Tapi you tak pernah pun ucapkan ayat tu kat I," Julia bersandar pada bahu Darren sambil merenung ke langit kelam.

   Ketika itu mereka berada di Taman Tasik Baiduri. Menikmati keindahan malam sambil bersandar di bangku panjang berhadapan dengan tasik yang luas. Suasana taman masih lagi tidak terlalu sunyi oleh kunjungan beberapa tetamu.

   Darren kerut dahi. "Ayat apa?" Tidak memahami apa yang diperkatakan Julia. Tangannya digenggam kuat. Sejujurnya tidak selesa dengan keadaan mereka yang rapat begitu.

   "You know... All the couple say it to their lover," Julia terus bermain teka-teki. Dia mengangkat kepalanya dan memandang wajah Darren. Wajah kacak Darren terpamer indah dari pandangan sisi.

   Darren hanya diam. Di dalam hati sudah mengeluh. Salah satu sebab mengapa dia tidak betah berada di dalam perhubungan, apabila mereka bertanya tentang ayat itu.

   Ayat keramat yang sememangnya sudah menjadi kebiasaan di dalam kehidupan. Luahan cinta para kekasih. "Oh," hanya itu yang mampu dia ucapkan. Rasa tawar mulai timbul di dalam hati.

My Stories [ Himpunan Cerpen ]Where stories live. Discover now