Crush

503 23 7
                                    

After a long time... A mentol explode on my head. For the first time after a while ...

Tajuk : Crush

Bagaikan ada satu cahaya yang menyilau tatkala insan itu masuk ke dalam kelas. Dia memerhati dalam diam langkah demi langkah yang diatur oleh jejaka idaman semalaya itu. Kelekaannya terganggu tatkala pinggangnya terasa disiku seseorang.

"Apa?"Dia bertanya perlahan kepada gerangan manusia yang mengganggu lekanya itu.

"Mata tu, jaga!" Dia hanya sengih mendengarkan nasihat itu.

"Alah... Bukannya luak pun. Aku tengok kaki je kot..." Dia mencipta alasan.

"Kaki pun kaki dia juga." Sawra mengeluh perlahan. Terasa juga dia dengan teguran Raiha itu.

"Yalah. Aku tak tengok dah." Buku teks matematik tambahan dikeluarkan dari laci meja.

"Kau nak buat apa buku teks tu?" Raiha bertanya hairan.

"Bacalah. Aku dah serik gagal subjek ni." Dengan semangat yang tinggi, buku teks itu diselak. Raiha menepuk dahi.

"Hei cik adik, orang study addmath dengan buat latihan. Bukan baca buku addmath. Baca dapat apa?" Sawra tersengih. Terasa bebal juga dia.

"Rehat ni kau pergi mana?" Diha bertanya kepada Sawra di sebelah. Sawra yang khusyuk menelaah memandang Diha.

"Rehat ni aku stay kelas. Malaslah nak jalan. Lagipun baru kelmarin aku pokai. Tinggal kupu-kupu lagi dalam dompet ni." Sawra menjawab jujur.

Kekosongan kelas yang pada waktu rehat memudahkan Diha menyelesaikan tugasnya.

Sawra hanya memandang pelik ke arah Diha yang sedang menyelongkar beg sekolah Harith, jejaka idaman semalaya itu.

"Kau buat apa tu?" Sawra bertanya hairan.

Diha diam. Seketika kemudian, dia mengeluarkan sesuatu dari poket baju sekolahnya dan memasukkannya ke dalam beg Harith.

"Kau jangan bagitahu sesiapa tau. Kalau kau bagitahu siap kau." Sempat Diha berpesan sebelum keluar dari kelas dengan wajah penuh kemenangan.

Sawra terkelip-kelip memandang kepergian Diha. Takut-takut dia memandang sekeliling. Setelah memastikan tiada sesiapa di situ, dia menghampiri meja Harith yang terletak di hadapan sekali.

Dengan tangan yang menggeletar, beg itu disentuh. Serta- merta rasa terujanya muncul. Dapat sentuh beg pun jadilah. Hatinya sudah mula menggatal.

Memikirkan niat asalnya yang suci murni, dia membuang rasa itu jauh-jauh. Zip beg dibuka dan objek yang dimasukkan oleh Diha tadi diambil.

Sekeping sampul surat berwarna merah jambu yang berbau harum. Pelik. Itu yang terdetik di hatinya. Di dalam beg itu juga didapati ada satu buku nota berukuran A5 berwarna ungu.

Tertarik dengan buku itu, Sawra menyorokkannya di sebalik ketiak bersama sampul surat tadi dan kembali ke tempat duduknya.
"Kau sorang je?" Tepat-tepat waktu dia duduk, Harith muncul di hadapan pintu.

"Err.. Ya. Sorang." Tanpa memandang Harith, dia menjawab. Terasa sejuk wajahnya.

Rasa cuak pun ada. Bagaimana kalau Harith nampak perbuatannya tadi?
"Kau ada nampak Nazri tak?" Harith bertanya sambil duduk di kerusinya. Sawra mahu menggeleng, namun melihatkan Harith yang membelakang dia mengeluarkan suara.

"Tak." Sepatah dia menjawab. Buku dan surat di ketiak dia sumbat dalam begnya. Di dalam satu ruangan rahsiah yang hanya dia yang tahu kewujudannya.

Melihatkan Harith yang mula sibuk dengan bukunya, dia mengatur langkah keluar dari kelas. Tidak mahu jantungnya buat hal.

"Kau nak ke mana?" Belum sempat dia menjejakkan kaki ke luar kelas, Harith bertanya.

My Stories [ Himpunan Cerpen ]Where stories live. Discover now