Masa Remaja

253 27 3
                                    

   Langkahnya yang ciput tidak mampu menyaingi langkah Farha yang sudah jauh ke depan. Semput dia dibuatnya hendak mengejar Farha yang bertubuh lampai dan kurus itu.

   Keadaan tubuhnya yang agak berisi menyebabkan langkahnya terkedek-kedek di belakang Farha. Farha berhenti melangkah dan memusingkan tubuh menghadap Zana.

   "Cepatlah gemok! " Dia memekik. Tidak mahu ketinggalan oleh rakan-rakan yang lain. Zana ketap bibir geram. Sampai hati Farha. Namun dia tidak terasa apabila dipanggil gemuk oleh Farha, sudah terbiasa.

   "Tunggulah aku. Penat nak mengangkat lemak ni. " Zana melajukan langkah. Geram dengan pergerakan Zana yang lambat, Farha melangkah menghampirinya dan menarik beg si gemok.

   "Aku dah kurangkan berat kau. Hah jalan cepat sikit. " Ditolak tubuh Zana perlahan. Kini dia yang berjalan di belakang Zana. Tidak mahu membuatkan mereka berdua terlambat, Zana melajukan langkah.

   "Hei korang cepatlah! " Mendengarkan pekikan Harun, ketua kelas mereka, Farha terus berlari meninggalkan Zana. Sempat dia melambai ke muka Zana sebelum masuk ke dalam bas.

   Masuk saja ke dalam perut bas, tempat duduk di sebelah Syikin diambil apabila tinggal hanya dua tempat duduk kosong. Salah satunya ialah di sebelah Firdaus. Farha taha  gelak. Tidak sabar mahu melihat reaksi Zana.

   Zana yang masuk ke dalam bas beberapa minit kemudian terus menjeling ke arah Farha yang sudah menahan gelak. Ada saja modal gadis itu mahu mengenakannya.

   "Zana duduklah. " Harun menyuruh Zana duduk dalam nada perlahan. Mahu tak mahu akhirnya Zana duduk juga sebelah Firdaus.

   "Maaf. " Sempat dia meminta maaf jika Firdaus tidak selesa. Nasib baik dia sempat pakai deodoran pagi tadi. Kalau tidak, pasti ketiaknya sudah berpeluh hebat.

   Firdaus hanya diam. Perjalanan mereka ke bukit yang dirancang itu memakan masa hampir sejam dari sekolah. Zana yang takut tubuh berisinya menghimpit Firdaus mengengsot sedikit ke tepi.

   "Duduk elok-elok." Kata-kata Firdaus membuatkan dia membetulkan duduknya. Firdaus meletakkan begnya di antara mereka bagi mengelakkan bersentuhan. Zana pandang Farha yang duduk di sebelahnya. Hanya dipisahkan oleh laluan di tengah bas.

   Farha tayang sengih gatal membuatkan Zana ketap bibir. Dia tak kongsi coklat dia nanti baru Farha tau. Setibanya di tempat yang dituju, Zana orang pertama yang turun dari bas, tidak tahan duduk di sebelah Firdaus.

   "Gemok ambil beg kau. " Farha menghampiri Zana sambil tersengih bagai kerang busuk. "Apa macam? Best tak duduk sebelah Firdaus? " Farha berbisik di telinganya. Zana tolak wajah Farha. Geli telinganya walaupun bertutup dengan kain tudung.

   "Aku telan tangan kau kejap lagi. " Mendengarkan itu Farha terus sorokkan tangan ke belakang. Dia ukir senyuman manis menampakkan lesung pipit di pipi kirinya.

   "Jomlah. Harun dah panggil tu. " Lengan Zana ditarik menujur ke tempat berkumpul. Setelah mendengar taklimat daripada ketua ekspedisi, mereka memulakan pendakian mereka.

   Hampir setengah jam mendaki, Zana dan Farha sudah ketinggalan jauh di belakang. Farha setia menolak tubuh Zana untuk meneruskan perjalanan. "You can do it Zana! " Zana yang sudah semput hampir putus asa.

   "Kita rehat kejaplah. Aku penat. " Zana akhirnya berhenti. Farha hanya menurut. Sambil duduk di tepi laluan pendakian, Zana menggigit coklat bersaiz besarnya. Farha memandang dari tepi. Bibir dimuncungkan.

   "Bagilah aku sikit. " Dia cuba meminta namun Zana jauhkan coklat daripadanya. Membalas dendam di atas perbuatan Farha di dalam bas. Farha senyum jahat.

My Stories [ Himpunan Cerpen ]Where stories live. Discover now