╰1 ╮

6.6K 261 58
                                    

Dhia Aryana langut merenung langit mendung itu. Seketika bibirnya mengeluh perlahan. Perjalanan dari rumah ke sekolah memakan masa 15 minit jika berjalan kaki. Kalau hujan turun, mahu lencun dia nanti.

Payung yang berada ditepi pintu dilihat geram. Sudah terkoyak dek perbuatan kakak tirinya itu. Entah apalah yang dia benci sangat dengan Dhia Aryana.

Tidak membuang masa, Dhia Aryana bergegas keluar dari rumah. Laluan pejalan kaki dilihat sunyi. Mungkin masih terlalu awal untuk segala umat manusia memulakan aktiviti harian mereka.

Langkah diatur satu persatu. Sesekali rambutnya diselit kebelakang telinga. Dhia Aryana memeluk tubuh menahan dingin pagi. Dah macam kat Korea tahap kesejukan dia.

"Shit." Dhia Aryana menyumpah perlahan apabila setitik air hujan jatuh mengenai kepalanya.

Tidak menunggu lama, laju sahaja kaki panjangnya membuka larian.

Air hujan yang sepertinya dengki dengan gadis itu mula menurunkan tentera-tenteranya. Kilat yang sambung menyambung membantutkan larian Dhia Aryana.

Kini gadis itu berteduh di satu kedai runcit yang belum dibuka. Dilihat air hujan yang turun satu persatu. Semakin lama, semakin lebat.

"Kau pon nak benci aku jugak ke?" Dhia Aryana bersuara. Tangan dihulur mengenai titisan air hujan itu.

Entah lah apa yang telah terjadi pada gadis malang ini, sampai alam pon disalahkannya.

"Hmm..." bibirnya melepaskan keluhan berat. Jam sudah menunjukkan pukul 7.10 pagi. Tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum pintu pagar ditutup.

Namun hujan seperti tidak menunjukkan belas kasihannya pada Dhia Aryana.

Hampir 5 minit menunggu hujan reda , akhirnya Dhia Aryana mengalah.

Diredah hujan yang lebat itu tanpa sebarang payung ataupun baju hujan. Habis comot kain sekolahnya dek percikan air lopak.

Dhia Aryana merenung jam ditangan.

7.25

Lima minit sudah berlalu sebelum pintu pagar itu ditutup rapat. Gadis itu menelan liur kasar apabila melihat dua orang pengawas sudah bersiap siaga untuk menulis nama pelajar yang lewat.

"Kenapa lambat?" salah seorang dari pengawas itu bersuara. Adam, Ketua pengawas tingkatan enam.

Dhia Aryana menunjukkan jarinya ke atas langit menandakan hujan. Kadang rasa nak tampar pon ada muka pengawas ni. Dah tahu hujan, tanya lagi.

"Saya tahu laa hujan. Tapi pelajar lain boleh je datang awal. Diorang pon redah hujan jugak, tapi takde laa basah kuyup macam awak." Adam menundingkan jarinya ke arah baju gadis itu.

Dhia Aryana hanya diam dan menunduk ke bawah. Hujan yang masih renyai-renyai itu menambahkan lagi basah pada bajunya.

Adam mendekatkan dirinya dengan Dhia Aryana. Jacket dibuka dan disarungkan pada tubuh gadis itu.

"Saya boleh nampak bra pink awak dengan jelas, so pakai ni." Adam menzipkan jacket itu sehingga ke atas.

Dhia Aryana membulatkan matanya. Wajah sudah memerah dek diserbu rasa malu. Sudahlah dia tidak pernah bercakap dengan Adam. Bukan sahaja Adam, malah sesiapa sahaja dari tingkatan enam tidak dikenalinya.

Belum sempat Dhia Aryana membuka langkah ingin lari, Adam terlebih dahulu memegang erat beg galasnya dari belakang.

"Kalau ye pon nak marathon, bagitahu nama dulu ye cik adik. Salah tetap salah. No excuse."

TAKDIR DHIAWhere stories live. Discover now