"Sayang," tanganku diraih.

"Jangan pegang Aisya, Aisya kotor. Jijik." lirihku. Pegangan Hamidi cuba dilepaskan.

"Sayang, pandang sini." daguku diangkat memandangnya. Tepat kedalam matanya.

"Habib tak suka sayang cakap macam tu. Sayang tak kotor, sayang tak jijik. Ingat tu." airmataku diusap. Hamidi senyum.

"Sini, peluk Habib. Sayang kata nak peluk Habib, kan?" Hamidi mendepakan tangannya. Aku menggeleng.

"Taknak peluk Habib?"

"Sampai bila-bila Aisya tak pernah sesuai untuk Habib. Tak layak pun untuk berdamping dengan Habib."

"Sayang,"

"Dari dulu Aisya bagitahu, Aisya tak layak. Tapi Habib tetap nafikan, sekarang..."

"Sayang, sudahlah tu..." aku melarikan tanganku dari digenggamnya.

"Sekarang jelas, memang Aisya tak layak. Mak pun tak suka Aisya. Aisya bukan perempuan yang mak harapkan."

"Aisya, berhenti mengarut!" tegas Hamidi. Aku memandangnya.

"Apa? Semua yang Aisya cakap tu betul, Aisya tak layak! Aisya kotor, jijik! Murahan! Aisya tak layak langsung!" entah apa yang merasuk, dada Hamidi dipukul bertalu-talu. Mengogoi menangis. Hamidi hanya membiarkan seketika, kemudian barulah dia menahan tanganku.

Serentak itu pintu bilik diketuk dari luar. Aku masih lagi menangis.

"Id!" laungan Arifi kedengaran dari luar, memanggil Hamidi. Hamidi hela nafas seketika.

"Pakai tudung." ujar Hamidi perlahan sebelum bangkit, membuka pintu. Terpancul wajah tegang Arifi. Aku palingkan wajahku kearah bertentangan apabila Arifi memandang sekilas kearahku.

"Aku dah kata jangan tambah stress dia, dia pregnant tu." ujar Arifi tegas. Aku ketap bibir. Langsung tidak memandang mereka. Bunyi kaki menapak menjauhi kedengaran.

"Ecca," panggil Arifi. Aku ketap bibir. Maknanya Hamidi yang pergi tadi.

"Dah lewat ni, zohor pun dah nak habis. Pergi solat dulu." sambung Arifi. Kemudian bunyi pintu bilik ditutup. Seketika, kedengaran bunyi enjin kereta milik Hamidi meninggalkan halaman. Airmata yang semakin kering, jatuh kembali.

************
Azan asar baru sahaja berkumandang dari surau. Tiada tanda-tanda Hamidi akan balik. Aku pula masih berkurung sendirian didalam bilik sejak tadi. Langsung tidak berniat untuk keluar bertemu isi rumah.

Aku berpaling kearah pintu apabila pintu diketuk dari luar. Aku hela nafas berat. Kalau sebentar tadi, Arifi yang mengetuk pintu. Tapi aku tidak menyahut.

"Kak. Kak Ecca, buka pintu ni." kali ini suara Alia pula.

Aku hanya mendiamkan diri. Sejadah dibentangkan, lebih baik aku tunaikan solat asar sementara wudhu' masih belum terbatal. Hamidi? Aku tidak tahu kemana dia pergi. Marahkah dia dengan aku?

Takbir diangkat. Menyahut seruan Illahi. Satu perasaan meresap kedalam hati. Perasaan yang sudah lama tidak aku rasakan. Perasaan yang membuatkan hati aku rapuh. Rapuh. Perasaan yang akan buatkan aku menitiskan air mata dikala solat.

Sujudku menjadi lama. Meluah rasa hati yang masih tersisa. Salahkah aku meluah isi hati pada waktu ini? Jika hamba lain 'bertapa' dihadapan Rabb pada sepertiga malam, salahkah aku bersendirian dengan Rabbku di waktu asar.

Bagiku, biarlah aku sendirian dengan tuhanku. Tidak kira waktu mana. Salam pertama diberi kearah kanan, diikuti sebelah kiri sebelum muka diraup sekaligus menghilangkan jejak airmata dipipi.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now