BAB 21

4.1K 154 2
                                    

"Dear, buat apa?" Zach yang baru sahaja lepas menonton televisyen di bawah naik masuk ke dalam bilik apabila Laura dah tak turun-turun lepas makan malam.

"Kemas baju lah. Kan awak cakap esok flight kita pagi. Takut esok tak sempat pula nak kemas." Laura melipat baju-baju Zach masuk ke dalam bagasi.

"Esok lepas Subuh kita terus gerak tau. Sarapan dekat airport je." Zach baringkan tubuhnya menghadap Laura yang sedang mengemas baju.

"Oh esok mama hantar ke?" Laura memandang Zach.

"Mama dengan papa ada sekali, nak ambil Zayn. Kebetulan dia balik dari Italy esok. Mama cakap sekali je lah."

Laura hanya menganggukkan kepalanya. Makin lama, pandangan Zach makin hanyut memandang Laura.

Laura yang terasa seperti dirinya di tenung itu memandang Zach.

"Kenapa ha? Pandang saya macam tu? Segan lah saya. Buka tv kalau awak bosan." Namun apa yang dikatakan oleh Laura hanya sia-sia.

Zach masih setia memamdang Laura tanpa mengalihkan pandangannya walaupun sedikit.

"Pandang lah tempat lain! Awak saya malu lah!" Dan sekali lagi Zach hanya mengabaikan apa yang dikatakan oleh Laura.

Laura pandang Zach dan lelaki itu masih lagi memandang dirinya.

"Zach!" Sehelai baju Zach diambil dan dicampak tepat mengena wajah lelaki itu.

Zach mengambil bajunya dan tertawa dengan reaksi yang diberikan oleh Laura. Baju itu dihulur kepada gadis itu.

"Asal nak malu pula? Biar lah aku nak pandang muka isteri aku lama-lama. Bukan perempuan lain pun." Setelah berkata begitu, Zach mengenyitkan matanya lalu tersenyum.

"Tengok tu, suka tau sakat saya. Buat saya malu." Bibir Laura dimuncungkan. Setelah kerjanya selesai, bagasi itu diturunkan dari katil dan dia mengambil tempat di sebelah Zach.

Kaki Laura diluruskan dan dengan selambanya Zach meletakkan kepalanya di atas peha gadis itu.

"Dear, suka hati aku lah nak buat kau malu ke, nak goda kau ke, aku berhak buat apa-apa je ke atas kau. Sebab kau milik aku. Get it?" Zach mencuit lembut hidung Laura yang menunduk memandang dirinya.

"Ada-ada je lah awak ni. Awak tidur lah. Saya nak layan drama sekejap." Remote tv yang berada di atas night stand dicapai dan Laura membuka tv.

"Kalau kau nak tidur nanti kejut aku tau. Kalau kau tak selesa atau kaki kau kebas, kejut je aku. Okay?" Zach memandang Laura.

Mata miliknya terasa amat berat sekarang ni. Yalah, semalam dia tidur pukul 3 pagi sebab nak siapkan kerja.

Dia kan nak pergi bercuti, kenalah selesaikan mana yang belum selesai.

"Okay awak. Good night." Dahi Zach dicium lembut. Rambut Zach diusap sebelum matanya kembali fokus pada televisyen.

"Night." Zach memalingkan mukanya menghadap perut Laura. Mukanya dilekapkan di bahagian perut Laura, tangan Laura dicapai dan tangan gadis itu digenggam erat sebelum dia memejamkan matanya. Dan akhirnya, Zach hanyut dibuai mimpi.

+++

Laura yang masih lena itu ditenung. Perlahan-lahan rambut gadis itu diusap. Entah pukul berapa lah Laura tidur semalam.

Laura yang terasa seperti kepalanya diusap itu membuka matanya perlahan. Apabila Laura nampak Zach betul-betul berada di depan mukanya, dia kembali memejamkan mata.

"Morning dear." Zach tersenyum. Tangannya masih lagi mengusap lembut rambut Laura.

"Morning." Laura berkata dengan suara yang agak serak, matanya masih terpejam. Malu nak pandang wajah Zach, buatnya ada tahi mata, naya dia.

"Open your eyes, get up, go to shower and take the wudhu. Hurry up." Zach berkata dengan lembut. Tangan Zach kini berada di pipi milik Laura, pipi Laura pula diusap lembut sehingga membuatkan gadis itu terbuai dan hendak menyambung kembali tidurnya.

"Awak dah mandi?" Laura mula membuka matanya. Tangannya naik menggosok matanya. Comel!

"Dah. Pergi lah mandi, lepastu aku nak ambil wudhu pula." Zach berdiri dari duduk dan mengambil tempat di sofa. Telefonnya dicapai.

Beberapa minit kemudia Laura pun keluar dari bilik air.

"Erm awak." Laura memanggil Zach perlahan.

"Yes?" Zach meletakkan telefonnya dan memandang Laura.

"Saya dah sudah. Pergi lah ambil wudhu." Laura mencapai telekungnya dan disarungkan di kepala.

Zach hanya mengangguk dan terus masuk ke dalam bilik air.

+++

Tepat jam 7 pagi, Laura dan Zach sampai di lapangan terbang. Penerbangan mereka pada jam 9 pagi. Jadi masih ada masa untuk mereka bersarapan di situ.

"Nak makan apa?" Mereka sedang berjalan-jalan mencari tempat untuk bersarapan. Zach tidak lepaskan langsung tangan Laura dari mula sampai lagi.

"Saya tak kisah. Ikut lah awak nak makan apa." Laura memeluk lengan sasa milik Zach. Mereka hanya membawa satu bagasi. Dan bagasi itu ditarik oleh Zach.

Almaklumlah bagasi besar, Zach pula cakap tak nak bawa bagasi banyak-banyak.

"Kita makan dekat situ lah." Dan mereka pun menuju ke sebuah kedai makan yang terdapat di situ.

+++

Mereka telah pun mengambil tempat di dalam kapal terbang. Laura memilih untuk duduk di tepi tingkap. Katanya nak tengok pemandangan.

To: miyaausyuk🍂💛

-miaa aku gerak dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-miaa aku gerak dulu. bubyee. jaga abg mikha utk aku😝

Setelah menghantar pesanan buat Damia, Laura menyimpan telefonnya dan memandang Zach.

Zach yang perasan dirinya seperti ditenung, terus memandang wajah Laura yang nampak takut.

"Are you nervous?"

"Haah. Sikit." Laura tersengih menampakkan giginya yang tersusun cantik.

Zach mencapai tangan Laura dan digenggam tangan kecil itu erat.

"Don't worry. Aku ada." Setelah berkata begitu, Zach terus menyandarkan kepalanya di kerusi dan matanya terpejam bersedia untuk melelapkan mata.

Laura pula sudah tersenyum sorang-sorang. Seronok!

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now