BAB 20

4.2K 136 1
                                    

Seperti biasa Laura sedang menyiapkan sarapan buat dirinya dan Zach. Zach turun bersama tie yang masih belum diikat. Laura yang nampaknya mengambil tie tersebut dari tangan Zach.

Laura mula perlahan-lahan memakaikan Zach tie. Setelah selesai. Mereka mengambil tempat duduk di meja makan.

Beberapa minit selepas itu, Zach mula bangkit dari duduk, bersedia hendak ke pejabat.

"Keluar dengan Damia pukul berapa?" Zach berjalan menuju ke pintu dan diikuti oleh Laura.

"Erm, lepas Zuhur." Laura memberikan brief case kepada Zach.

"Nak aku hantar?" Zach sudah pun memakai kasutnya.

"Tak payah, nanti Damia datang jemput." Tangan Zach dicapai dan disalam dan dicium tangan itu lama.

"Okay then. Nah." Kad kredit dihulurkan kepada Laura.

"Apa ni?"

"Credit card dear."

"Eh! Takpe lah saya boleh guna duit sendiri." Laura menolak kad kredit itu.

"Dear, aku tak kejam lagi tau nak suruh isteri aku belanja guna duit sendiri. Ambil lah. Bukan habis pun duit aku kalau kau guna untuk shopping. Take it. No excuse." Kad kredit itu diletakkan di atas tapak tangan Laura.

"Erm kalau macam tu terima kasih awak." Laura memberikan Zach senyuman yang paling manis sekali sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"Not a big deal. Benda biasa je. Okay aku gerak dulu. Take care." Dahi Laura dicium sekilas dan Zach bergerak ke arah kereta miliknya.

Setelah kereta Zach pergi, Laura menutup pintu dan menuju ke arah sofa. Sebelum keluar bersama Damia, Laura mengemas rumah dulu walaupun rumahnya takde lah bersepah mana pun.

Jam ditilik, sudah masuk waktu Zuhur dan Laura segera menutup televisyen dan segera bersiap. Kalau lambat karang, mak cik Damia tu membebel pula.

+++

Setelah setengah jam Laura menunggu akhirnya Damia sampai. Buka sahaja pintu, Laura dan Damia peluk sesama sendiri dengan erat.

"Hanna lamanya tak jumpa kau! Kau tahu tak kau takde dekat rumah, rumah tu rasa sunyi gila!" Damia segera mengheret tangan Laura untuk naik kereta.

"Hey! Sabarlah, bagi aku kunci pintu dulu. Kau ni." Setelah mengunci pintu, Laura dan Damia segera bergerak ke shopping mall.

"Hanna kau ingat tak Daniel?" Damia memulakan bicaranya.

"Daniel ex crush kau senior aku tu ke?"

"Ha! Daniel tu lah!"

"Ingat sangat. Kenapa dengan dia?" Laura yang tadi memandang ke luar terus memandang ke arah Damia yang fokus memandu itu.

"Dia dipindahkan dekat hospital aku! Jadi maknanya dia doktor dekat hospital aku juga!" Damia sedikit merengek.

"Habistu kenapa?" Biarlah je lah orang tu kerja dekat mana-mana pun.

"Kau tahu kan aku ambil masa 3 tahun nak lupakan mamat tu."

"Ha okay. Kejap kau jangan cakap dengan aku yang kau-" Laura sepertinya sudah dapat mengagak.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now