BAB 15

4.3K 192 3
                                    

"Mia! Olaf aku mana?!" Laura yang sedang mengeluarkan barang yang telah di kemas oleh Damia di dalam kotak tiba-tiba menjerit. Terkejut Zach yang sedang melihat telefon di sofa itu.

"Ada dalam bilik kau lah. Takkan olaf tu pun kau nak bawa." Damia yang tadinya sedang meminum air di dapur kini berdiri di hadapan Laura.

"Mana boleh aku tinggal olaf. Nanti siapa nak peluk dia." Zach terus memandang ke arah Laura yang berlari anak masuk ke dalam biliknya.

Damia sudah menggelengkan kepalanya. "Tengok lah isteri you tu Zach, perangai mengalahkan budak-budak. But I harap you dapat bertahan lah dengan perangai manja dia tu. You kena faham yang dia tu anak tunggal, plus mama dia tinggalkan dia masa dia masih remaja, dia tak tahu apa-apa dan perlukan kasih sayang yang lebih."

Damia mengaku yang Laura tersangatlah manja. Lagi-lagi dengan orang yang dia rapat. Nampak je Laura tu selalu gaduh dengan Damia, tapi setiap malam, mesti berkepit dulu dengan Damia. Memang dah jadi rutin dia.

"I faham. I janji I akan jaga dia, sayang dia dengan sepenuh hati I." Zach memandang Laura yang turun bersama anak patung di tangannya.

"Awak, saya dah siap, jom lah kita gerak. Awak cakap nak beli barang dapur." Laura kembali memakai topinya yang diletak di atas mwja sebentar tadi.

Laura memeluk tubuh Damia erat.  "Jaga diri kau elok-elok, jadi isteri yang selalu dengar cakap suami kau. Jangan pernah tinggikan suara kau dekat Zach. Berdosa tahu. Kalau bergaduh, bincang elok-elok. Faham?"  Damia mengesat air mata Laura yang mengalir itu.

"Mia~ Aku sayang kau tahu. Nanti kalau kau dengan Zayn nak kahwin jangan lupa ajak aku pula." Kepala Laura dipukul oleh Damia.

"Ha kan. Kau jangan nak merepek eh. Takde siapa yang akan kahwin dengan si mamat Zayn tu." Zach hanya memerhatikan dua orang gadis itu, tak sangka adik kembarnya boleh menjadi topik untuk mereka.

"Dah lah. Aku gerak dulu. Bye bye. Me loving you every single day." Tubuh Damia dipeluk buat kali terakhir. Susah buat Laura nak tinggalkan Damia. Yalah, dah lama mereka tinggal bersama.

"Me too. Jangan lupa buka hadiah yang aku bagi tu tahu! Kalau kau dah guna kau bagitahu lah aku eh!" Setelah Laura dan Zach bergerak, Damia pun masuk ke dalam rumah.

Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Radio tidak dipasang. Zach mendiamkan diri. Laura pula hanya melihat pemandangan di luar.

"Kalau kita pergi beli barang dapur dulu, kau okay tak?" Zach memandang sekilas ke arah Laura.

"Saya tak kisah. Ikut awak lah." Dan suasana kembali sunyi.

Setelah membeli barang dapur, mereka terus pulang ke rumah milik Zach. Melopong mulut Laura melihat betapa besarnya rumah milik Zach. Masuk sahaja ke dalam rumah itu, lagilah Laura tercengang.

"Wah! Ada kolam lah." Laura berlari ke tempat kolam diletakkan. Zach pula meletakkan barang Laura di tepi sofa dan menuju ke arah Laura.

"Kau pandai berenang ke?" Zach berdiri di sebelah Laura yang masih jakun itu.

"Tak." Laura memandang ke arah Zach yang sangat rapat dengan dirinya itu.

"Lepastu yang kau seronok sangat nampak kolam dah kenapa?" Zach menarik tangan Laura untuk duduk di kerusi yang disediakan. Laura didudukkan di atas ribanya, dan tangan Zach pula memeluk erat pinggang Laura.

Sudah menjadi kebiasaan untuk mereka berdua berada di dalam posisi begitu.

"Saja je. Erm, awak~" Laura mula memanjakan suaranya.

"Hm?" Zach memandang wajah Laura.

"Tadikan saya nampak ada piano, saya nak main boleh?" Laura mengedip-ngedipkan matanya meminta izin.

"Pandai main piano?" Zach sudah bangun dan menarik tangan Laura. Laura didudukkan di atas kerusi di hadapan piano.

"Mestilah pandai! Papa selalu ajar saya main piano." Jari Laura mula menekan-nekan papan piano itu.

Lagu 'Someone You Loved' mula didengari apabila jari Laura mula menari di atas papan kekunci piano itu. Zach fokus memandang wajah Laura.

Laura memainkan lagu itu sehingga not yang terakhir. Setelah selesai bermain dia memandang wajah Zach.

"Ni lagu favourite saya. Lama saya belajar main lagu ni tau!" Laura tersengih apabila teringat kembali zaman sekolahnya.

Papanya menghantarnya ke kelas piano, dia akan dimarahi oleh gurunya kerana tidak menghafal not kerana sudah lebih setahun dia belajar.

"Awak pandai main piano?" Laura mula mengesot ketepi apabila Zach duduk di sebelahnya.

"Function aku beli piano tapi aku tak pandai main?" Kini giliran Zach pula yang bermain piano.

"Kau tahu lagu ni?" Zach memandang Laura.

"Tahu. Ni lagu boyband Korea yang famous tu kan. Apa nama diaorang? Ha! BTS! Kan?" Laura menjawab dengan penuh semangat.

"Iyup, kau betul. Dan ni, lagu favourite Bella. Dia minat sangat dengan boyband tu. Dulu aku selalu check website sama ada diaorang ada buat konsert ke tak, kalau ada, aku akan beli tiket and hadiahkan dekat dia. Aku selalu pergi sama-sama dengan dia walaupun aku tak suka suasana yang ramai orang. Terlompat lagi, terjerit lagi. Tapi, aku happy sebab aku dapat tengok Bella happy." Zach bercerita panjang. Laura hanya mendengar. Cemburu memang cemburu. Tapi nak buat macam mana, itukan kisah silam Zach.

"Dah, dah. Saya nak awak lupakan semua tu. Sekarang ni, awak tak payah ingat dah lagu yang awak main tadi, awak kena ingat lagu kegemaran saya pula. Okay?" Laura memegang tangan Zach dan menggenggamnya.

"Tapi susah untuk aku. Kau tak faham." Zach seakan ingin berputus asa. Kenapa dia susah sangat untuk menerima kenyataan!

"Awak memang lah saya tak faham. Tapi apa tujuan saya kahwin dengan awak. Tujuannya adalah untuk tolong awak melupakan seorang hamba Allah yang bernama Putri Bella. Memang saya tak tahu saya mampu atau tidak, tapi kita sama-sama boleh usahakan. Betul tak? Awak, Bella adalah kisah silam awak. Saya ni, masa depan awak. Saya yang akan bersama dengan awak sampai bila-bila. Takde apa yang boleh pisahkan kita kecuali maut. Awak kena ingat tu. Okay? Saya ada untuk awak." Laura memeluk erat tubuh Zach.

Zach membalas pelukan Laura dan mengeratkan pelukan mereka.
'Terima kasih kerana engkau telah menghantar seorang insan seperti Laura kepadaKu ya Allah. Aku berjanji akan menjaga dan mencintai seorang Laura Hannaniah.'

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now