BAB 54

5.1K 218 46
                                    

"Zayn, Laura tak angkat call kau lagi ke?" Zayn yang sedang duduk di meja makan menikmati makanannya itu dipandang, kerusi di hadapan adiknya ditarik lalu Zach duduk di atas kerusi itu. Seharian ini dia hanya duduk di rumah Zayn, langsung tak pergi semula rumah ibu mertuanya. Panggilan dari Bella juga diabaikan. Fikirannya sekarang hanya pada isteri tersayang, Laura Hannaniah.

"Dia tak angkat lah Zach, tapi tadi aku ada call Damia--"

"Lepas tu dia cakap apa?" Tanpa sempat Zayn menghabiskan ayat, Zach memotong. "Sabar lah kau ni pun. Damia kata cuba cari dekat kampung sebelah mama dia."

"Esok aku pergi." Zach berkata dengan tekad. "Zach, Damia suruh bagi Laura masa untuk tenang kan fikiran dia, mesti ada sebab kenapa dia lari, dia nakkan ketenangan." Zayn memujuk abangnya untuk memberikan kakak iparnya itu masa.

"Tapi--"

"Dua hari sebelum majlis pernikahan saudara Laura memang kau nak balik kampung kan? Balik masa tu, but for now jalankan tanggungjawab kau dekat Bella dulu, she is your wife, remember. Kau kena adil." Zayn dengan matangnya menasihati abangnya. Zach hanya mendiamkan diri, menerima segala apa yang dikatakan oleh Zayn.

+++

"Jauh betul kamu termenung Laura, teringat dekat suami lah tu." Laura memandang Nek Yah yang selamat duduk di sebelahnya di atas pangkin itu.

"Ish nenek ni, tak adalah." Laura menafikan pernyataan Nek Yah itu walaupun betul dia memang sedang fikirkan Zach, dah makan kah lelaki itu, ke tengah tidur atau tengah gembira dengan isteri baru?

"Kamu bergaduh dengan Zach ya?" Nek Yah yang tersangatlah kenal dengan perangai cucunya itu sudah boleh mengagak kenapa gadis itu pulang berseorangan.

"Tak adalah nek." Laura melabuhkan kepalanya di atas bahu wanita tua itu, lengan Nek Yah dipeluk Laura erat.

"Kamu boleh tipu semua orang, tapi kamu tak boleh tipu nenek. Kamu cucu kesayangan nenek, nenek kenal sangat dengan kamu. Suami kamu tu tak akan izinkan kamu balik kampung seorang melainkan dia sendiri yang hantar kamu." Belakang tapak tangan Laura diusap lembut, terlalu sayang dengan Laura kerana gadis itu mengingatkan dia kepada arwah anaknya.

"Gaduh biasa je nek, biasa lah tu." Laura masih lagi tidak ingin berkongsi masalahnya bersama Nek Yah, biarlah dia simpan semuanya sendiri.

"Biasa tak biasa, Zach tahu tak kamu ke sini?" Nek Yah bertanya, bukan dia tidak tahu gadis itu tidak meminta izin suami untuk ke kampung. Laura pula sudah terdiam.

"Kamu tahu kan berdosa kalau tak minta izin suami bila kita nak keluar rumah? Biar pun bergaduh teruk macam mana sekali pun, tetap kena minta izin dari suami. Lagi satu, tak elok lah kita nak merajuk lama lama dengan suami, walau besar mana pun kesalahan suami tu, kita kena belajar untuk memaafkan, jangan peragungkan sangat ego tu, takut tak cium bau syurga je nanti." Nek Yah memberi sedikit nasihat kepada Laura.

"Tapi nek, besar sangat ujian Laura, Laura tak kuat." Air matanya mengalir di pipi memikirkan perkara yang berlaku.

"Laura sayang, dekat luar sana banyak lagi orang yang diuji, malah lagi teruk dari ujian Laura, Allah tak akan uji hambaNya melebihi kemampuan kita, Allah uji sebab sayang, Dia nak kita merayu denganNya, minta pertolongan. Allah uji sebab Dia rindu dengan kita. Perbanyakkan berdoa, minta Allah permudahkan segalanya, minta Allah beri pertunjuk. Jangan terlalu ikut kan hati dan perasaan, nanti Laura juga yang akan menyesal. Nenek cuma mampu bagi nasihat, selebihnya nenek nak Laura fikir." Kepala Laura yang dibaluti tudung itu diusap sayang. Laura menyapu air matanya, terasa sayu sahaja mendengar nasihat Nek Yah.

"Dah nenek nak masuk dulu, kamu pun jangan lah duduk luar lama lama, sejuk ni, kamu tu mengandung." Laura tersenyum lalu mengangguk dan hanya memandang Nek Yah yang sudah masuk ke dalam rumah itu.

"Saya minta maaf Zach." Laura mengeluh perlahan.

+++

"You pergi mana? Dari tadi i call, kenapa tak angkat?" Zach yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu ditegur oleh Bella. Kecewa Bella apabila Zach hanya mengabaikan persoalannya.

"Zach i'm talking to you, bukan dinding." Lengan Zach dicapai perlahan, Zach yang baru sahaja hendak masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri itu terhenti. Zach mengeluh sebelum badan dipusing menghadap Bella, wanita itu tidak memakai tudung, pertama kali dia melihatnya, tetapi tiada rasa, hatinya kosong.

"Let me go, i nak mandi." Zach masih lagi berlembut, suaranya jelas kedengaran sangat lemah ketika ini.

"I tanya you pergi mana sayang? Kenapa i call, you tak angkat?" Zach mengerutkan dahinya apabila perkataan sayang laju keluar dari mulut wanita itu.

"Mind your own business Bella, i nak mandi." Tangan Bella yang memegangnya itu dilepaskan.

"Tapi i isteri you, i berhak untuk ambil tahu." Air mata Bella hampir mengalir tetapi ditahan, tidak betah apabila Zach melayannya acuh tak acuh.

"Ini perkahwinan idaman mama you, i dengan Laura adalah mangsa, so please stop dreaming around. I tak akan tuntut hak i as a husband dekat you, sebab perkahwinan kita akan masuk ke ambang penceraian. I dah pernah warning you, i tell you yang i tak akan jamin you bahagia hidup dengan i. Lepas semua selesai, kita bercerai. Full stop." Setelah berkata panjang lebar, Zach terus menuju masuk ke dalam bilik air. Bella sudah terduduk, menangis.

"Kenapa you buat i macam ni Zach? Tak akan takde sikit pun perasaan sayang you pada i after all this 5 years. You tak ingat your wife tapi kenapa i yang dapat layanan macam ni, kenapa bukan dia?" Bella menekup mulutnya agar tangisannya tidak kedengaran oleh Zach.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now