BAB 57

5.2K 217 26
                                    

"Ha Laura, hari ni dah hari Khamis, suami kamu sampai hari ni kan? Siang ni ke malam karang?" Nek Yah yang baru selesai menunaikan solat Zohor itu duduk di sebelah Laura yang sedang menyiapkan doorgift bersama saudara maranya yang lain.

"Malam karang kot nek abang Zach sampai, tengahari ni dia kerja lagi. Dia datang lepas kerja rasanya." Laura menjawab, sebenarnya dia pun tak tahu bila Zach sampai sebab dia langsung tak telefon suaminya itu. Zayn pun dia tak telefon. Hentam je lah.

Nek Yah hanya mengangguk, tidak mahu bertanya lebih kerana tahu akan keadaan cucunya itu.

"Nek, abang Nadeem balik bila? Rindu lah dengan Iyad, rindu nak gomol gomol pipi budak kecil tu." Julia yang merupakan anak kedua mak ngah itu bertanya. Julia berumur 18 tahun, tengah tunggu keputusan SPM katanya.

"Itu lah, semalam mak teh cakap dia balik masa hari pernikahan Amyra, sibuk katanya. Terbang ke Jepun." Nek Yah memasukkan beberapa biji gula gula di dalam beg kecil untuk diberikan kepada budak budak yang datang pada hari Sabtu nanti.

"Ala, lambat lah nak jumpa dengan Iyad. Rindu lah budak tu." Laura memuncungkan mulutnya, dia memang rapat dengan anak abang Nadeem, Iyad Ilhan bayi yang baru berusia 4 bulan.

"Eleh Laura, kau rindu Iyad ke, rindu daddy Iyad?" Amyra menaik naikkan keningnya, menyakat Laura.

"Ish kau ni, mengarut tau!" Sebiji gula gula dibaling tepat mengena wajah Amyra yang menyebabkan mereka di situ tertawa. Tak pelik pun kalau nak padankan Laura dengan abang Nadeem kerana mereka memang rapat pun, lagipun abang Nadeem tu duda, memang Laura pun yang tolong menjaga Iyad kalau mereka sama sama berada di kampung.

"Ha sudah, tak payah nak main baling baling, itu nak bagi orang tau! Siapkan cepat, banyak lagi kerja yang nak dibuat." Nek Yah menggelengkan kepalanya sedikit menyaksikan perangai cucu cucunya. Nek Yah bangun dari duduk lalu berlalu ke dapur.

"Kau lah ni!" Laura mengacah seperti hendak membaling lagi sebiji gula gula pada Amyra tetapi cepat gadis itu mengelak. "Jangan lah aim muka Myra wey, buruk nanti nak bersanding muka calar. Hahaha." Sarah menegur Laura lalu tertawa kuat, yang membuatkan mereka yang berada di situ juga turut tertawa.

"Heh kau ni gelak tu cuba kawal sikit, mampus kena marah dengan mak mak saudara nanti! Gelak kau tu boleh roboh rumah nenek tahu." Julia pula memukul perlahan lengan Sarah menggunakan bunga telur.

"Dah, dah sampai esok tak siap ni. Macam macam betul lah korang ni." Mereka kembali menyambung melakukan tugas mereka. Ruang tamu itu kecoh dengan mereka yang menyiapkan doorgift. Di tingkat dua, orang sibuk memasang pelamin, manakala di luar pula orang sibuk memasang khemah. Memang riuh rumah Nek Yah dan Tok Yah jika ahli keluarga mula berkumpul.

+++

"Berapa hari you duduk kampung Hanna?" Bella memandang Zach yang baru turun bersama dengan bagasinya.

"None of your business." Pintu rumah Zach buka, sudah bersedia untuk bertolak, kalau lambat nanti Zach takut sampai tengah malam pula.

"Zach please. Majlis tu hari Sabtu kan? Tak boleh ke you teman kan i untuk hari ni dengan esok? Zach mama baru je pergi kelmarin. I sedih, tak boleh ke you tenang kan i?" Air mata Bella mengalir, ya mamanya telah pun pergi meninggalkan dia. Tidak dijangka Bella secepat ini. Bella berdiri di hadapan Zach, memandang wajah lelaki itu, meminta simpati.

"Ask Daniel to do it for you. I nak pergi jumpa my wife." Zach menolak perlahan Bella ke tepi supaya tidak menghalang dirinya.

"Tapi you suami i." Bella masih lagi berkeras, mencuba. Mana tahu Zach termakan dengan kata katanya.

"Celah mana lagi yang you tak faham ni Putri Bella? I told you before untuk hargai Daniel. Stop tagih kasih dari i." Telefon yang berada di dalam poket Zach keluarkan, nombor Daniel ditekan. Bella hanya memandang kelakuan Zach itu.

"Daniel, datang rumah Bella. She need you." Selepas mematikan panggilan, Zach memandang wajah Bella yang sepertinya terkejut apabila Zach menelefon Daniel.

"Kejap lagi dia sampai." Tanpa menoleh ke belakang, Zach segera menuju ke arah keretanya, bagasi diletakkan di seat belakang. Setelah itu, kereta Zach laju meluncur keluar dari kawasan rumah Bella itu. Bella hanya melihat. Menunggu kehadiran Daniel.

+++

"Laura, kalau kamu mengantuk, penat, pergi lah masuk tidur. Ibu mengandung tak elok penat penat ni, nak lagi kandungan kamu tu masih baru." Mak teh menepuk perlahan peha Laura yang sedang duduk di atas tangga, melihat saudara maranya sedang membakar sate di halaman rumah.

"Itu lah mak teh, Laura mengantuk tapi takut nanti ada yang perlukan bantuan Laura pula." Laura memandang wajah mak tehnya.

"Alah tak apa, ramai ni boleh tolong. Pergi lah masuk tidur." Mak teh sekali lagi menepuk perlahan peha milik Laura itu. Laura mengangguk lalu segera bangun dan menuju masuk ke dalam biliknya. Baru pukul 9 malam tapi dia dah pun mengantuk. Bak kata nenek, biasalah ibu mengandung cepat penat.

Laura segera merebahkan dirinya. Langsung dia tidak ingat yang sebentar lagi Zach akan sampai. Tak sampai 10 minit, Laura terus terlelap.

"Assalamualaikum!" Zach yang baru sahaja sampai itu memberi salam, jam dikerling, 10 malam, tetapi di halaman rumah itu masih riuh dengan saudara Laura.

"Alhamdulillah dah sampai dah dia. Meh masuk meh." Nek Yah menyambut kedatangan cucu menantunya itu dengan teruja. Zach memberi kan senyuman manis kepada orang orang yang berada di dalam rumah itu. Cair mak mak saudara kau!

"Lambatnya kamu sampai Zach." Mak long bertanya.

"Itu lah mak long, siapkan kerja sikit sampai petang tadi, lepas tu jammed pula tadi. Itu yang lambat tu." Zach menjawab mesra. Matanya melilau, mencari kelibat isterinya.

"Laura dah masuk tidur, penat katanya. Kamu pun, pergi lah masuk bilik, mandi, rehat. Sekarang ni tak ada apa dah yang nak dibuat. Esok pula." Nek Yah yang perasan akan cucu menantunya itu segera memberitahu.

"Saya masuk bilik dulu lah ya." Setelah memberi salam, Zach pun menuju ke masuk ke dalam bilik Laura.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now