BAB 52

4.7K 205 37
                                    

"Duduk rumah elok elok tau. Aku pergi sekejap je majlis Zach lepas tu aku balik." Zayn duduk di birai katil milik Laura. Laura yang sedang bermain telefon itu memandang wajah Zayn.

"Iya Zayn, awak dah pesan banyak kali." Laura tersenyum kecil, dia tahu Zayn risaukannya, hari ni hari pernikahan Zach dan Bella. Laura beritahu Zayn yang dia tak nak datang.

"Betul ke kau okay ni? Baby okay ke, hmm?" Perut Laura yang masih tidak kelihatan itu dipandang, ingin sahaja Zayn mengusap perut gadis itu. Iya, Laura disah kan mengandung, akibat Zayn yang risau sangat tengok kakak iparnya asyik muntah muntah, Zayn paksa juga Laura untuk ke klinik, dan alhamdulillah gadis itu mengandung 1 bulan. Dan perkara ini dirahsiakan dari semua orang termasuk Zach, suaminya.

"Iya Zayn, sayang tengok uncle Zayn ni risau sangat dekat kita." Laura mengusap perutnya lalu tergelak kecil apabila Zayn menjelingnya.

"Gila tak risau, okay lah aku gerak dulu, jaga diri okay." Zayn bangun, lelaki itu kemas berpakaian baju melayu, macam dia pula nak kahwin. Hensem! Laura hanya mengangguk lalu melihat Zayn yang berlalu pergi itu.

"Kejap lagi kita pergi tengok papa okay sayang." Laura mengusap perutnya, dia nak pergi merayu dekat Zach buat kali yang terakhir agar lelaki itu tidak memberi dia madu.

Setelah memastikan kereta Zayn sudah berlalu pergi, Laura segera masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Kehadirannya ke majlis Zach dan Bella tidak diketahui oleh siapa siapa.

Laura mengemaskan tudung bawal yang dipakainya. "Korang nak sangat kahwin kan, biar aku malukan korang berdua!" Setelah siap, Laura segera turun ke bawah, teksi yang di pesannya tadi dah pun sampai. Rumah keluarga Bella dituju.

Setelah sampai, Laura menjenguk di luar sebentar, kelihatan Daniel di luar rumah sedang duduk di bawah khemah. "Dia ni tak ada perasaan sedih ke? Macam mana dia boleh datang majlis kahwin tunang dia?" Laura bercakap seorang dan perlahan.

"Erm pak cik boleh tunggu sekejap tak? Saya janji kejap je saya dekat sini, pak cik jangan risau saya bayar lebih." Laura meminta izin kepada pak cik teksi itu.

"Boleh cik." Pak cik teksi itu tersenyum mesra pada Laura dan gadis itu membalasnya. Turun sahaja dari kereta, Laura terus menuju laju untuk masuk ke dalam rumah itu.

"Eh Hanna." Daniel menahan lengan gadis itu yang berjalan laju tak pandang kiri kanan. Laura memandang lengannya yang di pegang. Dahinya berkerut.

"Ish lepas lah abang!" Laura merentap lengannya dan Daniel lepas kan lengan gadis itu.

"Hanna nak buat apa ni?" Daniel memandang Laura dengan dahi yang berkerut.

"Hanna nak halang diaorang." Laura berkata selamba.

"Hanna, tak boleh." Daniel melarang. Gila, malu lah keluarga Zach dan Bella nanti.

"Kenapa? Abang, Zach tu suami Hanna, Hanna ada hak nak halang diaorang. Hanna tak kuat lah macam abang, yang senang senang je nak terima orang kesayangan abang kahwin dengan orang lain." Daniel sekali lagi ingin menahan lengan Laura tetapi cepat gadis itu mengelak dan menuju ke pintu rumah. Daniel tidak mampu buat apa apa melainkan hanya ikut langkah Laura.

Masuk sahaja dalam rumah itu, Laura terus nampak yang Zach tengah bersalam dengan tok kadi.

"Aku terima--"

"Nanti!" Laura bersuara tegas, Zach yang baru sahaja ingin melafaskan akad itu terhenti, terkejut dirinya melihat isterinya. Orang yang berada di situ semua melihat Laura terkejut, Zayn yang duduk di sebelah Zach itu segera berdiri.

"Laura." Zayn bersuara perlahan. Suasana yang sepi itu kembali kecoh dengan suara suara mak cik bawang.

"Zach Alexander ikut saya. Right now." Tanpa mempedulikan pandangan sinis sesetengah orang itu, Laura bergerak keluar ke halaman rumah itu. Bella sudah pun terkedu. Tanpa membuang masa Zach mengikut langkah isterinya.

"Just what are you doing sayang?" Zach bersuara lembut dan perlahan. Langsung tak marah Laura yang sudah membuat kecoh itu.

"Halang suami saya dari kahwin lain?" Laura berkata selamba lalu memeluk tubuhnya.

"Now choose, saya atau Bella?" Laura memandang dalam tepat ke anak mata milik Zach.

"Sayang not now." Zach mengerutkan dahinya. Zayn yang berada di belakang Zach hanya diam mendengar, orang sekeliling tertumpu pada mereka berdua.

"Apa yang not now, just answer my question. Saya atau Bella?" Laura masih berkeras.

"Sayang, you know yang saya tak boleh lari dah kan? Majlis dah mula, tok kadi pun dah sampai sayang, saya kena jaga air muka semua orang. I've got no choice." Zach masih lagi bersuara lembut, serba salah dengan soalan Laura.

Air mata yang ditahan Laura kini perlahan lahan jatuh. "Now i got your answer, tak apalah pergi lah masuk."

"Sa-sayang balik dulu, nanti saya pergi rumah Zayn, i promise you, habis je majlis, saya pergi jumpa awak. Okay sayang?" Zach terkedu melihat air mata isterinya yang mengalir, ingin sahaja dia mengusap pipi gadis itu yang dibasahi air mata.

Tanpa menjawab soalan Zach dan tanpa menghiraukan pandangan orang lain, Laura kembali menuju masuk ke dalam teksi yang dinaikinya tadi. Dan teksi itu pun bergerak untuk pergi ke rumah Zayn semula.

"Zach, masuk semua tengah tunggu kau." Bahu Zach Zayn tepuk perlahan. Tidak dia sangka yang gadis itu akan datang.

Dengan langkah yang sangat lemah, Zach kembali masuk ke dalam rumah, dan acara kembali diteruskan. Setelah dua kali lafaz, kini Bella sudah sah menjadi isterinya. Mama Bella tersenyum lebar, suka kerana impiannya tercapai.

Kalau lah dia tahu di sebalik kegembiraannya itu terdapat beberapa orang yang bersedih. Semuanya semata mata untuk menunaikan impiannya itu.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now