BAB 60

5.4K 198 4
                                    

"Myra! Cantik sangat lah!" Laura duduk di hadapan Amyra yang sedang di make up kan oleh mak andam.

"Eleh kau, ni cantik dari aku ni kenapa? Dah lah langsung tak pakai make up." Amyra menjeling Laura yang kelihatan cantik dengan baju kurung dan tudung bawal berwarna soft pink. Nampak ayu je.

"I don't know, seri ibu mengandung mungkin?" Laura dan Amyra sama sama tertawa." Sarah yang entah datang dari celah mana tiba tiba masuk ke dalam bilik Amyra.

"Laura, suami kau cari lah." Sarah mengambil tempat di sebelah Laura. "Dekat mana?" Laura sudah berdiri melangkah menuju ke pintu. "Dalam bilik kau lah kot." Sarah menjawab.

Laura menganggukan kepalanya lalu terus jalan melangkah ke biliknya. Pintu bilik yang ditutup rapat dibuka. "Awak?" Laura menjengukkan sedikit kepalanya, terlihat Zach yang sedang duduk di atas katil dan hanya berseluar.

"Kenapa tak siap lagi ni? Sekejap lagi majlis dah nak mula." Laura mendekati Zach lalu duduk di sebelah lelaki itu. "I don't know what to wear." Zach melabuhkan kepalanya di bahu Laura.

"What do you mean? Awak dah bawa kemeja tu kan? Pakai lah kemeja tu." Laura menarik tangan Zach lalu diusap lembut tangan lelaki itu.

"Dear why are you wearing pink? Awak tahu kan saya tak ada baju pink? I want to match dengan sayang." Zach berkata manja.

Laura tergelak kecil, halah halah manjanya! Suami siapa ni. "Awak pakai lah kemeja tu, warna putih pun okay apa, saya dah gosok dah awak. Go and wear your baju, right now." Laura mengangkat perlahan kepala Zach lalu dia berdiri.

"Pergi mana?" Zach meraih perlahan tangan isterinya. "Nak keluar lah." Laura memandang wajah Zach. "Pakai kan baju untuk saya, please?" Zach memandang tepat ke dalam mata Laura, meminta simpati. "Ya Allah, gediknya. Suami siapa ni?" Laura bergerak ke almari untuk mengambil kemeja Zach yang sudah siap digosok. "Suami Laura Hannaniah." Zach berkata lembut yang membuatkan Laura tersenyum.

"Stand up." Zach berdiri, mengikut arahan yang diberi oleh isterinya. Dengan cermat Zach memasukkan lengannya, lalu Laura pun membutangkan kemeja yang dipakai Zach. Mata Zach tidak lepas dari memandang wajah bersih dan cantik milik isterinya.

"Kenapa tenung saya macam nak tembus ha?" Setelah siap, Laura mendongakkan sedikit kepala memandang wajah Zach. Zach tergelak kecil. "Saja, nak tambah pahala." Laura tergelak. "Eyy gedik tau." Laura menolak perlahan pipi Zach. Tangan Zach naik memeluk pinggang Laura erat. Tubuhnya dirapatkan lagi dengan tubuh isterinya, lalu kepala disembamkan di leher Laura.

"Kenapa manja sangat ni?" Sebelah tangan Laura memeluk tubuh Zach manakala sebelah lagi mengusap lembut kepala Zach. "I don't know, terasa macam lama sangat kita gaduh." Zach bersuara cukup perlahan, terbuai dengan usapan lembut Laura di kepalanya.

Mereka berkeadaan sebegitu untuk beberapa minit sebelum mereka dikejutkan dengan bunyi ketukan di pintu. "Laura, cepat keluar bilik. Pengantin lelaki dah sampai ni." Suara Nek Yah jelas kedengaran. Laura meleraikan pelukan. "Jom." Tangan Zach dicapai lalu digenggam dan mereka bersama sama keluar dari bilik itu.

"Halah, halah yang dua orang ni. Dah serupa pengantin baru." Sarah yang ternampak kelibat suami isteri itu berpegang tangan terus menyakat mereka. "Apa salahnya nak sweet macam tu. Kamu tu kalau jeles, pergi kenalkan mak ayah kamu dengan menantu mereka. Nikah cepat." Nek Yah mendengar itu mempertahankan Laura. Mereka yang berada di situ tergelak mendengar ayat Nek Yah.

"Apa lah nenek ni, calon pun tak ada suruh kita nikah pula." Sarah memuncungkan mulutnya, sedih kerana masih tidak berpunya, ceh! "Ha kalau macam tu elok lah, boleh nenek kenal kan kamu dengan anak tok ketua tu. Bujang lagi rasanya." Nek Yah bergurau. "Hish tak nak lah, baik nenek jodohkan dia dengan si Julia ni ha." Sarah dengan selambanya menunding jari ke Julia.

"Lah aku pula, heh aku belajar lagi tahu. Tak ada masa nak fikir kahwin kahwin ni, Laura jom. Kita pergi tengok diaorang akad nikah, tak payah layan Sarah ni." Lengan Laura dipaut lalu di bawa gadis itu pergi, Zach pula sudah mencari saudara lelaki yang lain.

Laura yang sedang menyaksikan bakal suami Amyra sedang berjabat tangan dengan tok kadi itu tersentak apabila telefonnya berbunyi. Segera Laura turun ke tingkat bawah untuk menjawab.

"Hello abang?"

"Hey Laura, abang baru sampai ni, dekat luar. Majlis dah mula ke?"

"Baru je mula, abang tunggu kejap, Laura keluar. Abang parking dekat mana?" Laura segera menuju ke pintu rumah, kelihatan ada sesetengah tetamu yang berada di halaman rumah.

"Dekat tempat biasa."

"Okay." Laura mematikan panggilan. Selipar dipakai, tetamu yang melihat kearahnya dihadiahkan senyuman. Laura melangkah sehingga lah dia tersenyum apabila terlihat kelibat abang Nadeem bersama Iyad yang sedang menungguk kehadirannya.

Senyuman Laura semakin melebar apabila bayi itu melompat kecil di dalam dukungan daddy nya kerana teruja melihat Laura.

"Iyad sayang." Iyad diambil dengan berhati hati, cepat sahaja bayi itu melentokkan kepalanya di leher Laura. Wajah maskulin milik Nadeem dipandang. "Lambat tahu tak." Laura memukul perlahan lengan Nadeem. Lelaki itu tersengih.

"Nak buat macam mana, abang ada flight ke Jepun." Kepala Iyad yang terlentok di bahu Laura itu diusap lembut. "Haih lah kapten sorang ni, sibuk aje memanjang. Kenapa tak hantar Iyad dekat rumah mak teh?" Belakang tubuh Iyad Laura usap perlahan, bayi itu hampir terlelap.

"Si Fariz tu nak jaga, tu yang abang hantar dia dekat rumah Fariz. Jom lah masuk, abang nak jumpa nenek dengan atok." Laura menganggukkan kepalanya lalu mereka bersama sama melangkah menuju ke rumah.

Masuk sahaja ke dalam rumah, mereka diserbu oleh Sarah dan Julia. "Alololo baby boy ni dah sampai." Sarah segera mendekati Laura, ingin mengambil bayi itu dari dukungan Laura, manakala Nadeem pula hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Baru sahaja Sarah ingin mengambil Iyad, bayi itu terus menangis.

"Ha sudah Sarah. Kau tahu kan Iyad memang tak nak dengan orang." Julia memukul perlahan lengan Sarah. Laura pula memujuk bayi itu.

"Eh dah selesai ke?" Laura bertanya, apa entah dua orang ni buat dekat bawah. "Dah, diaorang baru nak sarung cincin. Nenek suruh kitaorang turun sebab kejap lagi tetamu nak makan. Pergi lah naik." Julia berkata sambil tangannya sibuk mengusap kepala Iyad.

"Jom." Laura dan Nadeem sama sama menaiki tangga untuk melihat sesi sarung cincin.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now