BAB 29

3.6K 154 0
                                    

"So maknanya kau tak payah risau lah dah kan." Damia menyedut sedikit air sirap bandung di hadapannya.

"Kenapa pula tak payah risau dah?" Laura memandang dengan pandangan hairan.

"Iya lah, perempuan tu dah ada tunang. Maknanya kau dengan Zach boleh bahagia tanpa gangguan dari perempuan tu kan?"

"Tak semestinya. Mia, orang yang kahwin pun boleh bercerai, ini kan pula bertunang je, mesti boleh putus. Tapi, aku doa yang baik baik je untuk perkahwinan aku ni." Laura meletakkan dagu di atas tapak tangan sambil merenung Damia.

"Faham. Tak apa lah Hanna. Selagi kau dengan Zach bahagia, aku pun tumpang bahagia. Tapi ingat pesan aku, kalau bergaduh ke apa, selesaikan dengan cara yang elok, kalau tengah marah, jangan sesekali buat keputusan. Takut nanti kau yang tak boleh terima keputusan yang kau buat."

"Baik lah Mia ku shayang."

"Eh kejap, Hanna baju apa kau pakai ni? Dan sejak bila lah pula Laura Hannaniah tukar cara pemakaian dia? Hoodie kau banyak banyak tu, mana?" Damia perasan dengan pakaian Laura yang agak keperempuanan, selalunya Laura hanya akan memakai hoodie dan topi sahaja.

"Eh kejap, Hanna baju apa kau pakai ni? Dan sejak bila lah pula Laura Hannaniah tukar cara pemakaian dia? Hoodie kau banyak banyak tu, mana?" Damia perasan dengan pakaian Laura yang agak keperempuanan, selalunya Laura hanya akan memakai hoodie dan...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Zach tak suka aku pakai macam tu. Dia suruh aku touch up sikit muka aku cover parut aku ni. Ini pun dia beli baju aku banyak banyak dan hampir semuanya macam ni, tak ada pun hoodie." Laura memuncungkan bibirnya.

"Bagus lah tu, dia tak nak tengok isteri kesayangan dia ni macam tomboy sangat."

"Aku nampak tomboy ke kalau pakai macam tu? Aku rasa comel je."

"Sudah lah kau. Dah lah, aku dah nak kena gerak ni. Kau pastikan kau balik rumah eh, jangan mengada nak merayap, nanti aku yang kena bebel dengan suami kesayangan kau tu." Damia sudah pun berdiri dan ingin beredar.

"Aku nak pergi pejabat dia, nak buat superise, jadi kau jangan risau, okay." Laura juga turut berdiri.

"Okay lah aku pergi dulu tau. Bye."

"Bye."

+++

Laura segera masuk ke dalam bangunan syarikat milik Zach setelah sampai. Tingkat paling atas dituju kerana disitulah terletaknya pejabat milik Zach.

"Eh miss Hanna." Setiausaha Zach iaitu Stellar, gadis kacukan itu sudah berumah tangga jadi Laura tidak ada masalah dengan setiausaha Zach.

"Hai, Tuan Zach ada dekat dalam?" Laura bertanya sambil tersenyum.

"Tuan Zach tak ada lah miss, tuan ada mesyuarat. Lagi 30 minit habis."

"Oh kalau macam tu kalau saya tunggu dalam bilik dia boleh kan?"

"Boleh." Stellar memberikan senyuman kepada isteri tuannya itu.

"Terima kasih. Oh jangan bagitahu tuan awak tau yang saya ada dekat dalam."

"Baik miss. Miss nak saya buatkan air? Air apa?"

"No need. Thank you by the way." Dan Laura pun terus menuju ke dalam pejabat milik Zach.

"Apa kata erm, baring dekat sofa dan tidur sementara tunggu Zach." Segera Laura menuju ke arah sofa yang terdapat di dalam pejabat Zach.

30 minit kemudian...

Zach yang baru sahaja selesai mesyuarat itu membuka pintu pejabatnya dengan perlahan lalu terus sahaja menuju ke arah meja dan terus duduk di atas kerusi, keluhan dilepaskan, penat.

Apabila Zach membuka matanya, dia terus ternampak tubuh seorang gadis yang sedang lena dibuai mimpi. Zach terus mengukirkan senyuaman saat ternampak isteri kesayangannya itu.

Zach berdiri dan menuju ke arah isterinya. Zach mencangkung di hadapan wajah cantik milik Laura. Kepala Laura yang ditutupi oleh shawl itu diusap perlahan.

Laura yang terasa seperti ada sentuhan di kepalanya segera membuka mata walaupun dia masih mengantuk.

"Awak?" Terkeluar suara serak basah milik Laura.

"Kenapa datang tak bagitahu?" Zach masih lagi setia mengusap kepala milik Laura.

"Nak suprise kan awak. Tapi saya mengantuk sangat lah." Laura mengiringkan badannya menghadap Zach.

"Kalau mengantuk tidur lah atas katil tu, kenapa tidur atas sofa? Sakit badan nanti."

"Awak dukung lah saya, saya malas lah nak berjalan." Laura membuat muka sedihnya itu.

"Ish dear aku ni, manja betul." Hidung Laura ditarik lembut lalu segera diangkatnya Laura bridal style menuju ke arah katil. Laura pula sudah tersenyum gembira lalu tangannya erat memeluk leher milik Zach dan wajahnya disembamkan di leher milik Zach.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now