BAB 58

5.4K 238 35
                                    

Laura mengerutkan dahinya apabila tidurnya diganggu dengan usapan di pipinya. Tangan Laura naik memegang 'tangan' yang mengusap pipinya itu.

"Jangan lah, saya nak tidur." Zach tergelak kecil mendengar omelan isterinya itu.

"Sayang bangun, dah masuk waktu Subuh ni." Sekali lagi tangan Zach naik mengusap pipi gadis itu. Laura mengerutkan lagi dahinya. Suara jantan mana pula ni? Dengan perlahan Laura mencelikkan matanya, memebulat matanya memandang wajah Zach yang sangat rapat dengan wajahnya, hidung mereka hampir bersentuh. Lagi terkejut gadis itu apabila tangannya erat memeluk tubuh Zach.

'Bukan aku tidur peluk olaf ke semalam. Apahal olaf bertukar jadi Prince Hans pula ni? Tiberr.'

"Awak buat apa dekat sini?" Laura menjarakkan sikit wajah mereka. Mahu pengsan Zach kalau bau nafasnya, hahaha gurau.

"What do you mean by that? I supposed to balik kampung yesterday, remember?" Zach mengeratkan pelukan mereka, sudah lama dia tak bermesra dengan Laura begini.

"Haah lah lupa. Awak sampai pukul berapa semalam?"

"Around 10." Sebelah tangan Zach sibuk mengusap perut Laura yang sedikit membulat.

"Good morning anak papa." Zach duduk dari pembaringan lalu mencium lembut perut isterinya.

"Wake up, kita solat Subuh sama sama." Rambut Laura diusap perlahan.

"Ala, mengantuk lagi lah." Laura melabuhkan kepalanya di atas riba Zach. Pinggang Zach dipeluk erat, mukanya disembamkan pada perut Zach. Langsung dia tak ingat bahawa dia tengah melancarkan perang dengan Zach.

"Hey preggy mommy, manjanya lah sayang saya ni." Zach tersenyum lalu mencium pipi Laura. Mereka berkeadaan begitu selama 10 minit, masing masing diam melepaskan rindu.

"Okay time is up. Bangun." Zach membantu Laura untuk bangun apabila gadis itu masih bermalas malasan.

Setelah menunaikan solat Subuh yang diimamkan oleh Zach, Laura segera bangun lalu tangannya naik menyalam tangan Zach, tangan lelaki itu dicium.

"Awak, saya nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya tahu saya banyak buat salah dengan awak, saya tengking awak, marah awak, halau awak. Saya minta maaf, saya tak nak jadi isteri derhaka." Air mata Laura jatuh pada tangan Zach.

"Hey dear, awak tak ada salah pun dengan saya sayang. Dah lah tak nak minta maaf dah, saya dah lama maafkan awak sayang." Air mata Laura disapu menggunakan ibu jarinya.

Laura terkedu. "Kejap kejap, awak cakap apa tadi? Dear? Dear?! Zach awak dah ingat kan?! Awak dah ingat saya kan?!" Laura bersuara teruja. Zach tersenyum lalu mengangguk perlahan. Melihatkan anggukan dari lelaki itu, Laura segera memeluk erat leher suaminya itu.

"Zach saya!" Hampir mengalir sekali lagi air mata Laura akibat terlalu gembira dengan berita itu.

"Bukan lah." Laura melonggarkan pelukan. "Apa yang bukan?" Laura bertanya hairan. Kalau bukan Zach siapa? Zayn? "It's abang, call me abang." Zach berkata mengada, pelukan dileraikan bagi melihat reaksi gadis itu.

"Eyy tak nak lah, geli." Laura berkata selamba.

"Apa geli, cepat lah sayang. Say it, abang." Zach masih lagi ingin mendengar perkataan itu keluar dari mulut isterinya.

"A..a--" Laura masih lagi mencuba manakala Zach sudah teruja.

"Abah awak lah! Tak nak saya." Hidung Zach dipicit kuat oleh Laura. Mengaduh lelaki itu. "Aduh sayang!" Hidungnya dipegang. Laura tersengih memandang wajah Zach itu.

"Dah jom, tolong orang dekat luar tu." Laura sudah pun berdiri, membuka telekung. Setelah selesai melipatkan telekung, tudung disarung. Laura melihat Zach yang masih lagi duduk di atas lantai beralaskan sejadah itu bersama dengan muka masamnya. Merajuk lah tu!

"Awak jom lah." Laura mendekati Zach. "Tak nak." Zach memalingkan wajahnya. Tidak mahu memandang wajah Laura, nanti dia yang cair. "Okay kalau macam tu saya tunggu dekat luar." Laura berkata lalu menuju ke arah pintu, bersedia untuk keluar. Zach tercengang, takkan tak nak pujuk kot!

"Cepat siap abang sayang." Laura berkata lembut bersama senyuman lalu terus keluar dari bilik itu. Sempat dia melihat wajah Zach yang sudah tersengih lebar itu.

"Pandai betul pujuk orang, hish." Zach segera bangun dari duduknya lalu melipat sejadah. Kain pelekat yang dipakai ditukar kepada seluar. Setelah menyembur sedikit wangian, Zach pun keluar dari bilik itu.

Bilik Laura terletak pada tingkat dua, jadi keluar sahaja dari bilik, nampak dah pelamin yang hampir siap. Zach mencari kelibat Laura.

"Laura ada dekat bawah Zach, tengah isi telur dalam bunga telur. Pergi lah tengok dia dekat bawah." Mak long yang naik ke tingkat dua untuk melihat pelamin itu menegur Zach kerana tahu lelaki itu sedang mencari isterinya.

"Oh terima kasih mak long. Ni, mak long ada apa apa ke yang Zach boleh tolong?" Zach bertanya ramah.

"Tak ada apa pun kalau dekat tingkat dua ni, biar anak dara yang buat kerja. Dekat luar tu, mungkin ada kot. Diaorang tak habis lagi pasang khemah tu." Zach hanya mengangguk lalu segera meminta diri untuk turun ke tingkat bawah.

Laura yang sedang seronok duduk bergelak ketawa bersama saudaranya itu Zach dekati lalu duduk di sebelah Laura, rapat. Kepalanya dilentokkan di atas bahu Laura, langsung tak malu dengan orang sekeliling.

"Lapar tak? Jom pergi makan, diaorang semua dah makan. Saya tunggu awak tadi." Laura mengusap lembut tangan Zach yang berada di atas pehanya.

"Where's your abang?" Zach sengaja ingin menyakat gadis itu. "Ish mengada lah. Jom bangun, pergi dapur." Laura mengangkat kepala Zach yang berada di atas bahunya itu. Pandangan dari saudara maranya diendahkan, tahu lah dia bahawa mereka nak menyakat dia juga.

Dengan malas, Zach bangun juga, tangan Laura dicapai lalu digenggam erat. Mereka berdua pun berlalu ke dapur untuk mengisi perut yang kosong.

***

This bab special for those yang rindukan Zach dengan Laura. Hakhakhak. Thankyou for the vote and comment by the way. Seronok baca comment korang. Ehekkk. Jangan lupa tunggu for the next part! Stay tunee, babaiiii.~\(≧▽≦)/~

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now