BAB 24

3.6K 160 0
                                    

"Dah, dah Laura Hannaniah, lupakan niat kau nak pujuk guna cara Mia, mengarut je perempuan tu. Now, kau just keluar and back hug him and cakap yang kau minta maaf. Thats it." Nafas ditarik panjang lalu dihembus. Dengan perlahan Laura membuka tombol pintu bilik air, kelihatan Zach masih setia berdiri di balkoni.

Nafas ditarik sekali lagi lalu Laura menuju ke arah Zach. Belakang tubuh Zach dipeluk perlahan agar tidak memberi kejutan kepada lelaki itu.

Zach yang merasakan Laura memeluk dirinya itu hanya membiarkan apa yang dilakukan oleh gadis itu. Dirinya hanya kaku dan fokusnya seratus peratus terhadap isterinya.

"Saya minta maaf, tak ada niat pun nak abaikan suami kesayangan saya ni. Janji lepas ni tak buat dah." Laura berkata sambil mengeratkan pelukan.

Zach memusingkan badannya lalu membalas pelukan Laura. Malah Zach makin mengeratkan pelukan.

"Nak merajuk dengan kau ni lama lama pun tak boleh. Memang kau pandai eh, nak buat aku risau, fikir pasal kau, tak tenang aku tahu. Kau okay tak ni? Kenapa menjerit dalam toilet tadi?" Zach melonggarkan pelukan lalu memandang wajah Laura.

"Saya okay lah, dah cakap kan tadi. Tak ada apa pun. Saya tak jatuh pun. Tengok ni, okay je kan isteri awak ni."

"Okay then kalau kau okay tak apa lah. Jom buat research."

"Jom!" Zach menarik tangan Laura dan membawa gadis itu ke atas katil. Mereka duduk dalam keadaan berpelukan sambil keduanya bersandar di kepala katil. Laptop diletakkan di atas peha milik Laura.

"Dear kejap, aku nak pergi toilet." Setelah satu jam menghadap laptop membuat mata Zach menjadi sakit, jadi Zach pun meminta diri ke bilik air dan membiarkan Laura membuat pencarian sendiri.

Masuk sahaja ke dalam bilik air, mata Zach terus tertumpu ke arah satu kotak hadiah dan kotak itu menarik minat Zach.

"Laura punya ke ni?" Dan tanpa menunggu dengan lama Zach pun membuka kotak hadiah tersebut. Besar matanya apabila dia mengangkat lingerie yang dihadiahkan oleh Mia untuk Laura itu.

Zach menggelengkan kepalanya lalu meletak kembali lingerie itu dan meneruskan urusannya yang tergendala.

Sementara Laura pula masih belum sedar dan terlupa akan 'hadiah' yang diberikan oleh Damia itu. Laura masih fokus mencari tempat tempat menarik yang boleh mereka kunjungi pada hari esok dan hari hari seterusnya.

"Dear." Zach duduk di sebelah Laura rapat.

"Hm?" Mata Laura masih fokus pada laptop milik Zach.

"Pandang aku kejap." Zach menutup laptop tersebut.

"Kenapa?" Laura kini menumpukan tumpuannya seratus peratus pada Zach.

"Ehem, lingerie dalam toilet tu kau beli untuk goda aku ke macam mana?" Zach bertanya dengan selambanya.

Laura yang baru sedar akan kewujudan hadiah itu terus membulat matanya.

"Awak, awak tengok ke benda tu?"

"Tengok lah dah ada dalam toilet." Zach masih dengan wajah tidak berperasaanya. Wajah Laura pula sudah naik kemerahan akibat daripada menahan malu.

"Aku tanya ni, kau beli untuk goda aku ke?" Zach masih lagi ingin tahu kebenarannya.

"Ma-mana ada lah! Bukan saya yang beli benda alah tu, Mia yang belikan, saya tak tahu apa apa pun eh. Tak ada maknanya saya nak goda awak guna benda tu bagai." Laura menekup kedua belah pipinya menggunakan tapak tangan.

'Macam mana lah kau boleh lupa kewujudan barang tu wahai Laura Hannaniah. Tengok! Zach dah fikir yang bukan bukan dah. Kau tengok lah aku balik nanti Mia! Memang habis lah kau aku kerjakan!'

"Hey dear. Kau okay tak ni? Berkerut je muka tu. Kutuk aku lah tu."

"Mana ada saya kutuk awak lah. Awak tak tahu ke berdosa kalau kutuk suami sendiri?" Laura memandang tepat ke dalam mata milik Zach.

"Ha lepas tu aku tanya kan. Jawab lah."

"Apa dia?"

"Sebab ni ke kau menjerit tadi?"

"Iya lah sebab benda tu lah. Saya bukan nak pun. Tak minta pun. Mia yang pandai pandai belikan untuk saya." Laura sudah memuncungkan mulutnya.

"Tapikan dear kalau kau pakai lingerie tu untuk goda aku, aku okay je. Kau akan nampak lagi sexy." Seusai berkata begitu, Zach mengenyitkan matanya.

"Zach!" Laura memukul perlahan lengan sasa milik Zach.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now