🎗️27🎗️

288 23 11
                                    

Fang's Pov

"BYE, Fang." Suara lelaki yang sering aku dengar ucapkan selamat tinggal. Ya, itu abangku.

   Abang nak pergi mana? Abang nak tinggalkan adik sama macam mak dan ayah ke? Aku dah cuba bangun tetapi ia menyakitkan.

   Aku harap semua ini hanya mimpi.

   Selang beberapa hari atau beberapa minggu, aku tidak tahu, aku terdengar suara rakan - rakanku.

   "Fang, selamat tinggal."

   " Nampaknya aku tak leh cari gaduh dengan kau lagi."

   "Haiya lu ni. Sempat buat lawak."

   "Mana ada lawak. *

  " Sudahlah. Korang ni. "

   Waktu tu aku terasa nak bangun. Tetapi, kepala aku berdenyut - denyut tidak terhenti. Air mata aku mengalir tatkala mengenangkan mereka semua akan meninggalkan aku.

Fang's Pov End

278 hari kemudian...

  " Fang, bangunlah landak. Aku dengan Tok Aba je jaga kau. Kalau kau tak bangun.aku hempap kau dengan seterika."

   Ayat itu diulang berkali - kali oleh Hisya. Setial haru berusaha dan memberikan Fang semangat untuk terus bangun.

   Hisya mengeluh apabila usahanya tidak berjaya. Dia berkata sambil memejamkan matanya.

  " Abang dan kawan kita semua dah tinggalkan kau Fang. Kenapa kau masih tak bangun? Mesti selalu makan donat lobak merah dan jadi berat badan nak bangun."

   Makan donat lobak merah?

   Hisya terkejut melihat alien berambut ungu itu bangun secara tiba - tiba. Gaya Fang bangun seperti baru mengalami mimpi buruk.

  " Donat lobak merah! "Itu ayat pertama Fang apabila bangun daripada tidur yang lama. Ketika itu, Hisya terasa mahu menepuk dahi sehingga lebam dan kebiruan!

   Hisya menekan loceng kecemasan untuk memanggil doktor berkali - kali apabila melihat Fang menanyakan soalan tentang donat lobak merah.

   "Mana donat lobak merah?"

   "Diam! "

   "Mana donat lobak merah?"

   "Diam! "

   "Mana donat lobak merah, Hisya?"

   "Diam, landak."

   "Man..."

   "DIAMLAH!"

...

   Tok Aba duduk di sebelah Hisya yang sedang mengunyah keropok keping dengan ganas. Kruk krak kruk krak bunyinya. Nasib Tok Aba tidak cabut lari.

   "Hai atuk. Hai akak... Akak okay tak?" Tanya Emyra apabila melihat Hisya bermasam muka seperti nenek kebayan.

   "Tak. Tak langsung!" Hisya kemudian meneguk air dengan sekali teguk. Emyra tersenyum kekok. "Oh okay."

   "Rasanya atuk nak melawat Fang dudulah." Tok Aba bangun dari tempat duduknya. Emyra mendengar kata datuknya terus mengangguk.

   "Akak nak la---" Hisya memotong kata - kata Emyra. "Tak nak akak melawat landak yang obses donat lobak merah yang bla bla bla..."

   Tok Aba mencuit bahu cucunya. "Biarlah dia. Mari kita melawat Fang."

   Emyra terlopong melihat Fang sedang bersenang - lenang memakan donat lobak merah. Fang melambai mesra apabila terlihat kelibat adik kawannya.

   Mata Fang tiba - tiba kelihatan meliar mencari sesuatu. Tok Aba hairan dengan kelakuan Fang.

  " Apa kamu tengok - tengok itu Fang?" Tok Aba berpaling ke belakang. Kelihatan seorang jururawat yang cantik melambai ke arah mereka. Tok Aba dengan muka tidak tahu malunya, melambai kembali.

   Emyra yang melihat menyiku si atuk apabila Tok Aba berperilaku pelik. Dasar lelaki🙄.

  " Kamu pandang jururawat itu ya, Fang? Jangan pandang begitu, tak selesa dia nanti." Emyra menjeling Tok Aba yang memberikan ' ceramah' kepada Fang. Cakap tidak serupa  bikin!

   "Mana abang?"


🔥 💧 🔥

Fang dan donat lobak merah tidak dapat dipisahkan :P

Geng Kuasa  Where stories live. Discover now