🎗️ 7 🎗️

684 47 25
                                    

"BAIKLAH , Izham. Apa masalah kamu sebenarnya?" Tanya Cikgu Tiena kepada Izham. Izham hanya menjeling ke arah kawannya yang berdarah teruk pada bibirnya.

  "Saya tanya kenapa kamu tumbuk kawan kamu?" Tanya Cikgu Tiena.

   Izham hanya menghela nafas sebelum berkata. "Tadi saya suruh dia bangun sebab dia terduduk atas buku saya. Pastu dia boleh pula kentut. Habis berwap buku saya."

  "Tapi tak sepatutnya kamu tumbuk dia. Nama kamu sapa?"

  "Nama saya Tong Sam Pah," kata budak lelaki berbangsa cina itu. Tanpa disedari, dia terkentut sekali lagi.

  "Astagfirullah , busuknya!" Cikgu Tiena menutup hidung. Izham sudah sedia dengan topeng jerebu. Tong Sam Pah hanya tersengih. Dia terkentut lagi.

  "Dah kamu berdua keluar! Nanti kita bincangkan perkara ini nanti. Esok, Tong Sam Pah, kamu lain kali bawa plastik hitam tong sampah nak isi kentut kamu tu," Cikgu Tiena menghalau dua pelajarnya.

   Segera dibuka tingkap luas - luas, membebaskan wap kentut yang dilepaskan pelajarnya tadi. Nanti ada juga yang pengsan terhidu gas 'radioaktif' tersebut.

  Izham dan Tong Sam Pah segera kembali ke kelas. Dalam perjalanan ke kelas, Tong Sam Pah sempat lagi melepaskan kentutnya.

  "Cikgu..."

  Cikgu Tiena memandang pelajar yang memanggilnya sebentar tadi, " Ehh--- kamu..."

  "Saya BoBoiBoy . Boleh tak adakan sesi kaunseling. Saya ada masalah dalam segi... persahabatan."

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

  Hisya bersenang - lenang ke Kedai Kokotiam Tok Aba. Dia tidak peduli mata - mata yang memandangnya kerana berpakaian mencolok mata. Hisya dengan pakaian ketat macam dibalut nangka. Begitu juga seluar pallazo yang disarungkannya.

  Seperti membawa aura menakutkan, Tok Aba kelihatan kelam kabut ingin mengemas dan menutup kedainya.

    "Hello bakal atuk mertua!" Hisya tergedik - gedik duduk tanpa diundang. Tok Aba sudah terlambat ingin mengemas.

   Sesal baik pergi kemas, sesal kemudian Hisya pun datang.

   " Waalaikumussalam , sotong sesat," kata Tok Aba, mendatar. Tok Aba sememangnya tidak suka akan Hisya kerana telah memutuskan persahabatan cucunya.

   " Ada - ada je Tok Aba ni. Jadi  saya minum air free lah ni? Kan saya  bakal cucu menantu atuk..." Hisya duduk di kerusi itu tanpa segan dan silu.

   "Banyaklah kau. Tu budak tu bayar je walaupun dia author  cerita ni," Tok Aba menjuihkan bibir ke arah seorang budak perempuan berjaket ungu yang sedang minum air ice chocolate  .

   Hisya memandang Nooroo. Nooroo hanya menunjukkan gaya peace .

  "Kau tak rasa berdosa ke putuskan persahabatan BoBoiBoy ?" Tanya Nooroo, menyampuk tiba - tiba.

  "Apa? Tak pun. Lagipun BoBoiBoy kan milik saya," kata Hisya dengan angkuh. Serta - merta Tok Aba menjadi stress ketika membuat air untuk pelanggan.

  "Aik, Hisya. Kau tak pergi sekolah ke?" Tanya Nooroo. Nooroo sekolah pada sesi petang, jadi dia bolehlah lepak di Kedai Kokotiam Tok Aba dulu.

  "Malaslah," jawab Hisya, ringkas sahaja.

   "Kenapa kau rasa tak berdosa, Hisya? Kau tahu tak selama ni cucu atuk selalu pertahankan persahabatan diorang. Senang - senang je kau putuskan persahabatan diorang dalam masa sehari " Tok Aba cuba menasihati Hisya dari hati ke hati. Tok Aba tahu yang Hisya sebenarnya budak yang baik, tapi keadaan memaksanya membuat begitu.

  "Tetapi...saya."

  "Nooroo, kamu tolong hantar air ni ke meja nombor 6."

  "Eh--- kenapa saya? " Tanya Nooroo, pelik. Dia seperti mahu angkat kaki pergi dari situ.

   "Kalau kamu hantarkan, atuk kasi kamu dua air ice chocolate  percuma," Tok Aba cuma membuat tawaran, supaya Nooroo mengalah dan membantu dirinya di kedai sekejap.

    "Okaylah..." Nooroo mengalah dengan tawaran percuma itu sebelum menghantar pesanan itu.

   Demi air percuma , aku sanggup turun mencemar duli menghidangkan air untuk pelanggan.

  Hisya mengetap bibir, cuba menghadam apa yang dikatakan oleh Tok Aba."Tapi, tok..."

  "Kau nak cakap apa lagi? Atuk tanya kau tak rasa berdosa ke putuskan tali silaturrahim serta - merta? Orang yang putuskan persahabatan ini takkan bau syurga."

  "Macam inilah perangai kau. Kau ingat ada orang nak kawan dengan kau"

  "Saya tahu..." Hisya sudah menangis teresak - esak. Dia tahu ini semua salahnya. Dia tahu itu.

  "Hisya, balik... minta maaf pada mereka."

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

  Saya tak tahu nak buat apa. Sekarang mereka dah bencikan saya..." BoBoiBoy menunduk. Sememangnya dia rasakan tidak boleh keluar dari segala masalah ini.

  "Apa kata..."

  BoBoiBoy memandang wajah Cikgu Tiena.

  "Apa kata ku buat persembahan untuk majlis esok?"

  "Persembahan?"

Geng Kuasa  Where stories live. Discover now