🎗️25🎗️

596 45 38
                                    

ARYZ mengekori Fang. Dendam yang lama kembali bertakhta di hati apabila berjumpa dengan adik pemberontak lagenda dan kempunan donat lobak merah.

    " Akhirnya!" Fang menjulang donat lobak merahnya ke langit. " Donat lobak Merah!"

   " Kita kena jauhkan 'benda' tu dari Fang." Kata Gopal separa berbisik kepada BoBoiBoy yang baru habis menghantar pesanan. BoBoiBoy mengangguk , setuju.

   "STANG!"

   Fang memegang kepalanya. Ya, kepala dia berdarah. Fang memegang kepalanya yang berdenyut - denyut.

   " Fang, lu okay tak?" Tanya Ying , risau.

   Aryz mematikan mod halimunannya. Terpapar wajahnya yang sangat  marah.

   Dan kesunyian.

   " Kenapa kau serang Fang, huh?" BoBoiBoy bengang apabila kawannya diserang tampa sebab. Pelanggan di situ melarikan diri apabila suasana ingin menjadi kecoh.

    'Kenapalah kedai aku yang selalu jadi mangsa?' Kata hati Tok Aba, mengenangkan kedainya selalu menjadi medan petempuran.

   Agaknya Tok Aba perlu membuka banner 'INI BUKAN DEWAN PETEMPURAN' agaknya, barulah kedainya itu tidak menjadi sasaran tempat perlawanan.

   "Kenapa? Dia rampas donat lobak merah aku!" Kata - kata Aryz membuat semua di situ menepuk dahi kecuali Fang. Nampaknya bukan Fang sahaja gilakan donat lobak merah sekarang ini.

   "DAN ABANG DIALAH PENYEBAB MAK DAN AYAH AKU DIGANTUNG SAMPAI MATI!" Aryz menangis mengenangkan peristiwa itu.

   Fang terkedu. Betulkah apa yang Aryz cakapkan ini?

   "Apa kata kita berbincang. Mana tahu boleh perbaiki?" Tanya Tok Aba cuba masuk campur apabila emosi Aryz mula tidak terkawal.

   "Bincang? Perbaiki? Takkan." Aryz mengeluarkan pedangnya.

   "Dah terlambat."

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

   Hisya berjalan senang hati ke kedai Tok Aba. Kelihatan BoBoiBoy Gempa cuba memerangkap Aryz tetapi Aryz terlepas dari cengkaman golem. Hairannya, Fang hanya berdiri kaku seperti sudah disumpah memjadi batu.

   BoBoiBoy Gempa cuba pertahankan Fang daripada Aryz dikala Fang masih berdiri kaku. Hisya terlopong sekejap melihat pertarungan itu.

   Lebih - lebih lagi, Tok Aba masih lagi tenang membuat air kepada pelanggan seperti tiada apa - apa terjadi di sekelilingnya.

   " Wah, hari ini kedai tutup!" Hisya segera balik ke rumah seolah - olah tiada apa berlaku hari ni.

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

   Kaizo termenung di atas sofa. Entah kenapa firasatnya mengatakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku pada hari ini.

   Sedang berjalan ke dapur, dia terpijak seutas loket. Kaizo terkedu melihat loket itu. Terketar - ketar tangannya mengutip loket itu.

    Gambar di dalam loket itu merupakan kenangan paling manis dia ada. Bahkan sejuta ringgit pun tidak boleh membeli kenangan itu.

   Kelihatan gambar keluarga mereka. Ayahnya mendukung adiknya manakala bahunya dipeluk ibunya. Tanpa sedar, sebutir mutiara mengalir di pipi.

   Kaizo rindu mak ayah.

   Bila korang mahu --- balik?

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

   "Kapten Kaizo!" Gopal mengeluh apabila panggilannya tidak dijawab. Situasi begitu cemas sekarang ini.

   BoBoiBoy tercampak apabila cuba mengelak dari serangan Aryz. Aryz tersenyum sinis. Baru sahaja ingin mendekati Fang, dia menerima tendangan dari Ying.

   " Jangan sentuh kawan aku!" Ying memberi isyarat supaya Yaya menyerang. Yaya menggunakan kuasa gravitinya dan menerapungkan Aryz.

   "Cuba terangkan apa yang Kapten Kaizo buat sampai ibu bapa kau digantung sampai mati?" Yaya cuba berlembut dengan Aryz. Seboleh - bolehnya, elakkan pertarungan.

   Aryz memandang wajah Yaya. " Kenapa aku kena percayakan kau?"

   Yaya tersenyum menjawab. " Sebab kitaorang nak tolong kau."

   Aryz mengetap bibirnya. Tangannya menggeletar tetapi tidaklah seperti penghidap penyakit Parkison . Dia mengeluarkan pedangnya dan menghentak bebola graviti itu sehingga pecah.

   "Penipu!"

   "Argh!" Yaya dan Ying tercampak kerana serangan Aryz tadi.

   " KAU TAKKAN FAHAM!" Aryz menghentak - hentak kakinya, marah. Dia jatuh terduduk.

   "Aku faham."

   Aryz memandang susuk tubuh Fang itu. Hijan menitik, mula membasahi bumi. Fang masih lagi memandang Aryz tetapi bukan penuh dendam tetapi ianya seolah perdamaian.

   " Mak dan ayah aku pun dah 'mati'. Aku bukan simpati tapi aku faham situasi kau sekarang ni. " Fang menghulurkan tangannya.

   Aryz teragak - agak menyambut huluran Fang. Aryz tersenyum, kemudian...

   " ARGH!"

   Darah membuak - buak keluar apabila Aryz menikam perut Fang. Fang jatuh rebah ke tanah tatkala darahnya membasahi rumput - rumput di sekitarnya.

   "FANG!" Kaizo menghampiri Fang yang ditikam. Dia datang bersama - sama T.A.P.O.P.S setelah menerima banyak panggilan dari Gopal .

   Tok Aba mendekati Kaizo yang meraung. BoBoiBoy tidak mampu menahan tangis, terus menangis teresak - esak. Begitu juga Gopal. Ying dan Yaya serentak menutup mulut, terkejut dan sedih menguasai jiwa.

   Aryz cuba melarikan diri tetapi ditangkap oleh T.A.P.O.P.S. Aryz meronta - ronta minta dilepaskan namun tidak dilayan. Nampaknya penjaralah tempat tinggalnya selepas ini.

   Sementara itu, Kaizo dan yang lain meratapi Fang. Tok Aba segera menelefon hospital. Kaizo masih lagi menangis melihat darah yang tidak berhenti mengalir dari tubuh adiknya.

   " Fang..."

   " Apa aku dah buat?"

   "Kaizo dah gagal, mak."

Geng Kuasa  Where stories live. Discover now