🎗️1🎗️

1.1K 54 47
                                    

 "ABANG!" Suara itu memecahkan ketenangan Pulau Rintis. Kapten Kaizo yang menghirup teh hijau yang masih panas - panas suam  itu hanya memerhati adiknya dengan penuh tanda tanya.

  "Kenapa tak kejutkan adik?" Fang menggembungkan pipinya sambil menggalas beg sekolahnya. Selepas Hari Raya Aidilfitri, Fang berazam untuk datang ke sekolah setiap hari. Tapi  tengok sekarang pukul berapa, 7:10 pagi!

  "Kau tertinggal tanda nama kau, Pang," Kapten Kaizo menghulurkan tanda nama pada Fang ketika Fang keluar dari rumah. Fang kembali tergesa - gesa dan mengambil tanda namanya sebelum berlari ke sekolah.

  "Pang... Pang... kau memang terlupa sampai aku rasa nak lempang."

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

  "Aik, kau pula yang lambat? " Tanya BoBoiBoy sambil tersenyum hairan ke arah Fang. Tadi , di baru sahaja menghantar Emyra ke sekolah rendah yang bersebelahan dengan sekolah mereka.

  "Ejek lagi, ejek lagi." Fang memusingkan bola mata 360° darjah atau bahasa orang putih, rolling eyes .

   Fang duduk di tempat duduknya lalu mengeluarkan buku ceritanya yang belum habis dibacanya semalam. Tidak lama kemudian, Gopal sampai dengan berpeluh - peluh.

  "Huh."  Gopal nampak lelah seperti baru dikejar harimau buas.

  "Kau dah kenapa, Gopal?"Tanya BoBoiBoy boy. Gopal hanya menunjukkan tangannya yang penuh dengan kesan cakaran. Darahnya pada tangan sudah kering.

  "Aku teka, kau terlalu dekat Lorong Pak Senin Koboi, lagi?" Fang cuba meneka. Gopal menggeleng dan mengambil tempat di sebelah Fang.

   " Aku terjatuh dalam longkang sekolah. Tapi badan aku tak cedera cuma tangan aku je."

  BoBoiBoy  dan Fang terus terjatih seperti anime jepun fall .

  Oh, lupa mahu beritahu, Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Rintis (SMKPR) mempunyai 6 kelas. Pada tahun ini, Yaya dan Ying berbeza kelas dengan mereka. Berikut merupakan kelas - kelas tingkatan 1.

👻 1 Lestari
- Yaya
- Ying

👻 1 Bitara

👻1 Holistik
- BoBoiBoy
- Fang
- Gopal

👻1 Sinergi

👻1 Intelek

👻1 Obligasi

  "Eh , aku dengar kita ada cikgu matematik baru," kata Gopal mirip gaya pak cik bawang . Sememangnya Gopal memang layak menjadi  wartawan dan penggosip tidak bertauliah dalam persahabatan mereka.

  "Oh, itu mungkin cikgu yang gantikan cikgu pratikal hari itu," kata BoBoiBoy , menongkat dagu . Sememangnya dia rindu akan cikgu praktikal , Cikgu Iman Nadzirah yang pernah mengajar mereka dahulu.

  "Harap jelah tak garang." Gopal menggigil ketakutan. Sekali lagi, Gopal berjaya menakutkan diri sendiri.

  "Garanglah best  fokus sikit kau dalam pelajaran," kata Fang dengan selamba. Matanya masih tertumpu pada soalan matematik tingkatan lima. Sememangnya Fang mengumpul buku soalan darjah 6 hingga tingkatan  5. Alien pandai katakan 😎.

   "Tak palah, nanti kita cuba tengok waktu matematik ini," kata BoBoiBoy , tersenyum tenang. Fang hanya membuat rolling eyes melihat kelakuan BoBoiBoy . Gopal mengangguk. Waktu matematik bermula selepas rehat. Harap -  harap cikgu  baru itu tidaklah garang.

...

Waktu rehat...

  "Wah, hari ini ada tiga kerja sekolah!" Kata Yaya dengan dengan gembira. Dia memang gembira kalau ada kerja sekolah , sama dengan kawan baiknya. Kalau ada Hari Kerja Sekolah Sedunia , sememangnya dia bersyukur.

  "Peliknya diorang ni," kata Gopal sambil menyuap mi goreng ke dalam mulutnya.

   Fang pula tengah merapu dengan donat lobak merahnya, " Oh, donat lobak merahku. Kaulah cinta hatiku. Kalau abang aku benarkan aku membeli mu setiap hari, mesti aku bahagia tidak terperi."

  "Nampaknya Ah Pang tu sah tak betul," kata Ying, menggelengkan kepalanya.

   BoBoiBoy hanya tersengih melihat Fang menari - nari keriangan dengan donat lobak merahnya itu.

  "Biarkan dia sukakan donat tu sangat," Yaya mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya, " Aku ada biskut, nak rasa?"

  "TIDAKKKKKK!"  Gopal melarikan diri. Magik bin pelik. Pinggan mi Gopal telah dibedalnya dan diletakkan ke dalam besen. Nampaknya Gopal memang takut akan biskut Yaya.

  "BoBoiBoy , Ying, korang nak?" Tanya Yaya sambil menyuakan biskutnya. Boboiboy dan Ying berpura- pura sendawa seperti baru makan banyak sangat. Yaya mengerutkan dahi.

  "Tak palah, Yaya. Aku---aku.. dah kenyang. Gopal, tunggu aku!" BoBoiBoy mengejar Gopal dengan tergopoh - gapah sehingga dia tidak sengaja melanggar Fang.

  Fang membeliakkan matanya. Donat lobak merahnya jatuh dengan penuh dramatik ke atas lantai kantin." Donat--- donat--- TAK GUNA KAU BOBOIBOY! LARIAN BAYANG!"

  Ying memandang Fang sebelum memandang Yaya. Ying meneguk air liur .

  "Kau nak? Sedaaaaaap..."

  "Tidakkkkkkk!"

XxxxxxxxxxxX

  Gopal mengintai ke luar  kelas. Kepalanya menoleh sekejap ke kanan, sekejap ke kiri kemudian ke kanan kembali. Seperti sedang baru belajar peraturan mematuhi jalan raya pula.

  "Apa yang kau tengok tu , Gopal?" Tanya BoBoiBoy . Suara BoBoiBoy agak tidak jelas kerana penggosip utama, Nana, Suzy, Iman dan Moon membawang melampau.

  "Aku perhati cikgu baru tu. Mana tahu wa rotan buluh ke, " kata Gopal dengan penuh saspen. BoBoiBoy tergelak. Masakan tidak, Gopal sudah bersedia dengan  buku Matematik.

   Mana tahu, cikgu tiba - tiba datang, boleh terus duduk di tempat duduk dan buat lagak seperti sedang kusyuk  mengulang kaji pelajaran. Yalah tu, Gopal 🙄.

  "Cikgu baru?" Iwan pengsan satu saat serta merta.

  Kelihatan kelibat cikgu baru berjalan dari jauh. Apa lagi? Kelam kabutlah si Gopal.😂 Terus ke tempat duduk dan pura - pura baca buku.

   BoBoiBoy terus duduk dan pura - pura membuat latihan matematik walhal dia tengah tulis atas buku matematiknya, " Takut... takut... takut...

  Iwan yang pengsan tadi serta - merta bangun. Malang buat beliau kerana terhantuk pada dinding kelas. Tak pasal - pasal dapat first kiss dengan dinding kelas pula.

Keletak.. keletuk..

Keletuk.. keletak

  Semua murid 1 Holistik menanti penuh debaran. Siapakah cikgu baru tu?

  "SELAMAT PAGI KEBENARAN!"

  Apabika semua orang terlihat Cikgu Papa, semua orang jatuh seperti anime fall .

  "Buat aku takut je" keluh BoBoiBoy .

  "Menyesal aku buka buku matematik tadi, "keluh Gopal pula.

  "Eh, kenapa anak muda semua ni pengsan? Ada gempa bumi ke apa?" Kata Cikgu Papa, kecoh.

  "Bukanlah cikgu. Macam mana cikgu boleh masuk mengajar sekolah ni?" Tanya Fang. Dia betullkan spek mata ala ala anime jepun yang terkenal, Ditektif Conan.

  "Macam ni ceritanya, wahai anak - anak muridku---"

  "Dah mula dah.." kata Stanley sambil menongkat dagu.

  "Tak payah ceritalah cikgu!" Kata semua murid kelas 1 Holistik.

  "Hehehe, harini kita akan menerima kebenaran lagi membenarkan, murid baru. Silakan masuk!" Cikgu Papa berposing bergaya sebelum mengalu- alukan pelajar itu masuk.

  Ketika itu...

  BoBoiBoy tergamam, terkejut bercampur terkesima. Apa makna semua ni? Pelajar perempuan itu tersenyum penuh manja ke arahnya, seolah - olah berkata ' hai BoBoiBoyku sayang'.

  "Hisya?"

Geng Kuasa  Where stories live. Discover now