🎗️12🎗️

565 48 50
                                    

"Soalan matematik tambahan ke apa ni?" Hisya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Soalan terakhir itu langsung tidak ada logiknya.

Sebuah bas bertolak dari Puchong pada jam 0825 dan tiba di Perai pada jam 1345. Jika jumlah jarak yang dilaluinya ialah 354 kilometer, apakah nama jalan yang dilalui oleh datuk moyang pemandu bas tersebut?

"SOALAN APA MACAM NI?!"

"Tenaga aku dah nak habis," Yaya mengeluh apabila melihat drone itu semakin lemah. BoBoiBoy juga sudah kembali menjadi BoBoiBoy biasa. Fang tiba - tiba mendapat satu idea.

"Rampas tablet dia."

Tiba - tiba, drone menembak Yaya tapi mujur dapat dielak. Yaya memandang tablet yang dipegang kemas Jennifer.

"Tapi macam mana?" Tanya BoBoiBoy .

"Kau ikut je rancangan aku," Fang memusnahkan drone - drone tersebut dengan sekali serangan oleh helang bayang.

"Okay, KUASA ELEMENTAL. BOBOIBOY DAUN!"

BoBoiBoy Daun berlari ke satu arah. Sepanjang BoBoiBoy Daun berlari ke arah tersebut, Yaya dan Fang melindunginya dari serangan drone - drone itu. Jennifer mula panik apabila BoBoiBoy Daun berlari menuju ke arahnya.

"Akar menjalar!" BoBoiBoy Daun mengikat Jennifer.

Tablet milik Jennifer itu dirampas BoBoiBoy Daun. Malang sungguh nasib Jennifer apabila dia terjatuh dan tergolek - golek terlanggar pintu kapal angkasa.

" Auch, mesti sakit," Yaya berbisik perlahan dan mengerutkan dahinya seolah merasakan kesakitan yang dialami Jennifer.

BoBoiBoy Daun bertukar menjadi BoBoiBoy normal dan membaling tablet itu ke tanah sebelum memijak tablet itu sehingga tablet itu pecah dan rosak teruk.

"Kenapa kau rosakkan? "Marah Fang.

"Kenapa?"

"Aku cakap RAMPAS , bukan HANCURKAN . Aku rasa kamera tablet tu mesti cantik. Sebab kaulah aku tak dapat selfie!" Fang menggoyang - goyangkan BoBoiBoy . BoBoiBoy membuat muka toya apabila badannya digoncang oleh Fang.

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

"Yay!" Hisya bersorak keriangan apabila berjaya jawab soalan Matematik tersebut. Beza markahnya dengan Fazy hanya 2 markah markah. Hisya mendapat 60 markah manakala Fazy pula mendapat 58 markah.

Fazy pula pengsan , tidak dapat menerima kenyataan.

Kertas soalan matematik itu disemak melalui robot komputer yang dibawa Fazy. Robot komputer pun pengsan seperti Fazy kerana tidak menerima kenyataan bahawa tuannya kalah dengan budak berusia 13 tahun.

"Kau kata soalan terakhir susah."

"Taklah senang je ," gelak Hisya.

"Apa kau jawab?" Tanya Tok Aba, ingin tahu.

Sebuah bas bertolak dari Puchong pada jam 0825 dan tiba di Perai pada jam 1345. Jika jumlah jarak yang dilaluinya ialah 354 kilometer, apakah nama jalan yang dilalui oleh datuk moyang pemandu bas tersebut?

Jawapan : Jalan raya ✔

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

"Argh!" Ying menjerit apabila badannya terkena bebola api. Ying tercampak dan terus pengsan. Tuan Dani tersenyum melihat Darkwabot dalam ketakutan.

"Wuhuuu, jangan tangkap aku." Tuan Dani merampas Darkwabot tanpa memperdulikan rayuan tersebut.

"PEDANG TENAGA!"

Tuan Dani merasa sakit seperti sesuatu menoreh belakangnya. Terlepas sekali lagi Darkwabot dari pegangannya.

Kelihatan Kapten Kaizo berdiri dengan penuh bergaya.

"Bila kau panggil abang kau?" Tanya BoBoiBoy sambil mencuit bahu Fang.

"Guna what's app lah akulah," jawab Fang, ringkas.

"Aku nak sambung minum teh hijau ni jadi apa kata kau mengalah jelah. Lagipun dua konco kau dah dikalahkan," kata Kaizo, serius.

Sememangnya dua pengikut setia Tuan Dani sudah kalah teruk. Jennifer sudah pengsan dengan benjol di dahi. Fazy dan robot komputernya pula seperti pengsan dalam iman kerana dua makhluk ini sedang pengsan sambil tersenyum.

"Tak semudah itu," Tuan Dani menyerang Kaizo dengan serangan bebola api. Nasib menyebelahi Kaizo, Kaizo sempat mengelak.

Tatkala Tuan Dani sedang leka , Kaizo memberi isyarat pada BoBoiBoy , supaya menyerang Tuan Dani dari belakang.

BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Petir dan cuba menyerang Tuan Dani dari belakang.

Tetapi Tuan Dani bukanlah bodoh seperti yang disangka, dia dapat menghidu pergerakkan BoBoiBoy Petir dan menghadiahkan serangan bebola api kepada musuh. Boboiboy bertukar menjadi normal.

"Argh!" BoBoiBoy terbaring dan memegang perutnya yang terasa sakit.

"BoBoiBoy !" Semua menjerit apabila melihat Boboiboy dicederakan.

Fang dan Gopal cuba mendekati BoBoiBoy tetapi dihalang oleh Tuan Dani . Tuan Dani menyerang dari belakang, menghembuskan serangan api ke arah Gopal dan Fang.

"Abang!" Fang kaku melihat Kaizo melindungi mereka dari serangan Tuan Dani. Belakang badan Kaizo melecur teruk. Kaizo terus pengsan setelah menerima serangan Tuan Dani.

Gopal sempat lagi buat lawak, "Kapten Kassim, saya akan balas dendam atas kematian Kapten Kassim."

"WOI ABANG AKU HIDUP LAGILAH!" Fang memarahi Gopal apabila mengatakan abangnya sudah mati. Dia lega setelah memeriksa nadi Kaizo masih berdenyut lagi.

"Kapten Kaizo...kalah?" Yaya terkejut melihat Kapten Kaizo telah kalah. Kekuatan Tuan Dani nampaknya melebihi kekuatan Kapten Kaizo.

Kapten Kaizo : Okay, cut! MELEBIHI KEKUATAN AKU? AKU NI ADA PEDANG TENAGA. AKU CUMA LINDUNGI SI PANG NI, LAGIPUN AKU bla bla bla...

Fang : Aku pula

Nooroo : *pakai earphone dan sambung menulis*

"Sekarang kau," baru sahaja Tuan Dani ingin mendekati Darkwabot, Ying sempat menghadiahkan tendangan padu ke muka Tuan Dani.

"Berdebah! " Tuan Dani sudah mula naik angin. Dia mengelap hidungnya yang berdarah. Memang tendangan Ying sangat padu!

"Kau..." Tuan Dani mencapai kaki Ying menggunakan kuasa bayang. Tuan Dani ada dua kuasa iaitu kuasa bayang dan kuasa api. "Ini bayaran kau lepas tendang muka aku!"

Ying dicampakkkan ke pokok. Kepala Ying terhantuk pada batang pokok dan dia pengsan serta - merta.

" Ying!" Yaya terdiam seketika, "Tak guna kau. TUMBUKAN PADU!"

Yaya terkesima apabila seranganya dihalang dengan satu tangan saja.

"Jangan nak mimpilah , budak mentah!"

Hisya ketakutan melihat 'peperangan' itu. Darkwabot sayu melihat Riz yang masih pengsan. Fang dan Gopal sudah 'dikerjakan' oleh Tuan Dani.

Darkwabot memandang Hisya. Dia akhirnya mendapat satu idea.

Setelah puas membelasah Yaya sehingga pengsan, Tuan Dani melihat ada suatu cahaya biru masuk ke dalam matanya, " Ca... cahaya apa ni?" Tuan Dani menutup matanya yang silau. Tok Aba dengan bergayanya memakai spek mata hitam.

Kelihatan Hisya memakai power sphera Darkwabot dan mengawal air.

"HISYA! Nama aku Hisya, dan di mana cahaya datang , aku akan campak kau dalam kegelapan!"

Geng Kuasa  Where stories live. Discover now