🎗️24🎗️

503 49 22
                                    

"YUMMY!"

  Fang memejamkan matanya, menikmati donat lobak merah yang sedapnya tidak terkira. Kaizo memandang pelik ke arah adiknya yang asyik mengunyah sahaja kerjanya .

  "Apa tengok adik? Adik dah buat semua kerjalah. Sup lobak merah dengan teh hijau adik letak kat meja dapur." Kata Fang, tidak selesa dipandang begitu. Dia menyambung kunyahannya yang terhenti tadi.

  Kaizo menggelengkan kepalanya melihat kerenah adiknya.

  'Aku harap adik aku seorang jelah yang taksub dengan donat lobak merah.' Kaizo mengeluh, perlahan.

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

  "Wuah!" Mata Razwan Aryz bersinar apabila merasa donat lobak merah buat kali pertama.

  Yangbu tersengih melihat pelanggannya memakan makanan yang dicadangkan oleh Fang untuk diletakkan di kedainya.

NOOROO : -_-

KAIZO : -_-#

FANG : A--- pa?

  "Saya nak pesan satu lagi!" Pinta Aryz. Sememangnya bila rasa sekali, pasti nak lagi!

  "Maaf , dik. Dah habis." Kata Remey Shak setelah melihat stok untuk donat lobak merah itu sudah habis. Wajah Aryz berubah menjadi hampa.

  "Tapi, dekat bumi ada banyak lagi." Yangbu memberikan maklumat tambahan kepada Aryz. Tidak mahu remaja muda itu tidak sedih lagi.

  "Bumi?"

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

  "Mana Fang?" Tanya Yaya apabila Fang tidak berada di kedai Kokotiam seperti kebiasaan. Ying mengangkat bahu. Janji nak ulangkaji!

  "Gopal pun lambat juga." Sampuk BoBoiBoy yang sedang sibuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

  Ini semua kerana rungutan adiknya, Emyra kerana dia asyik membuang masa dengan melepak dan tidak menolong Tok Aba. Akhirnya dia kembali 'bekerja'.

    Nasib kaulah BoBoiBoy 😂.

  "Maaf, lambat." Fang tiba dengan donat  lobak merah di mulut. Yaya mengangkat kening hingga bercantum membentuk huruf ' N '. Wah, kalah Ziana Zain!

  "Kata nak ulangkaji tapi terlebih dari waktu!" Ying mencekak pinggangnya. Dia pantang kalau ada orang tidak menepati masa dengannya.

  "Maaflah, aku beli donat lobak merah tadi. Eik, kenapa BoBoiBoy buat kerja?" Fang mengubah topik supaya dia tidak terus dimarahi.

  "Aku kan memang tolong Tok Aba." BoBoiBoy tersenyum sekilas.

  "Sorry, aku lambat." Gopal menghempaskan begnya pada meja kaunter Tok Aba.

  "Woi , runtuh kedai atuk!" Tok Aba mengurut dadanya kerana terkejut apabila Gopal menghempaskan begnya tadi.

  Gopal mengesat peluh di dahi. Keadaanya seperti orang yang baru selesai lari secara bermarathon.

  "Kenapa lambat?" Tanya Yaya melihat Gopal yang masih berkeluh - kesah.

  "Aku lalu depan kedai donat tadi. Dia buat tawaran. Memang terbaik!" Gopal berhenti sekejap, mungkin mengambil nafas manakala BoBoiBoy yang sedang 'bekerja' melihat mereka pelik apabila terdengar kata slogannya disebut.

  "Dia buat tawaran kepada 50 pelanggan terawal untuk memberikan donat lobak merah secara percuma!" Kata Gopal seperti nada pengacara dan juruacara majlis.

  "Eh, mana Fang?" Tanya Gopal setelah sedar ketiadaan Fang.

  " Haiya ... Dia terus ke kedai donat tu selepas dengar cerita kamu maa ..." Ying mengeluh. Gopal mengambil alih jawatan kerang busuk , hanya tersengih - sengih.

  "Jomlah ikut Fang. Nanti dia menggila lagi." Ujar Yaya lalu mengekori Fang diikuti Ying dan Gopal. Risau Fang akan menjadi landak tidak siuman bila bertemu donat lobak merah?

  BoBoiBoy mengeluh apabila tidak dapat mengekori mereka. Tak pa , BoBoiBoy . Inilah masa nak tolong atuk kau!

  Fighting !

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

  "Apa? Habis?" Aryz memandang muka jurujual itu. Penat dia tergesa - gesa ke bumi semata - mata untuk membeli donat istimewa itu.

  "Budak tu yang dah beli donat terakhir tu." Jurujual bernama Thijoom menunjukkan ke arah Fang dan yang lain baru keluar dari kedai tadi.

  "Budak tu, adik Kapten Kaizo!" Gumam Aryz, terkejut.

Geng Kuasa  Donde viven las historias. Descúbrelo ahora