🎗️2🎗️

780 55 12
                                    

   "Saya sebenarnya girlfriend BoBoiBoy ,"  kata Hisya sambil tersenyum sinis.

    BoBoiBoy ketika itu sudah ternganga. Dasar perempuan dibaling bawang , ada hati mahu mengaku dia teman perempuan aku?

  Ketika itu, semua kelas sudah tergamam. Tidak tahu mahu memberikan reaksi apa. Apa yang hanya mereka tahu hanya berbisik dan ada juga yang ternganga.

  "Huhuhu ... Tak sangka kecik - kecik dah pandai bercinta - cintun! Kamu ingat ni sekolah bapak kamu ke hah?"  Cikgu Papa mula berdrama. Habus  air liur merecik terkena pada muka BoBoiBoy , " Sudah, Hisya. Duduk kat sebelah boyfriend kamu ni."

  Hisya tersenyum kemenangan. Dia segera duduk di tepi BoBoiBoy . Ikutkan hati, mahu sahaja BoBoiBoy mencampak Hisya ke luar tingkap.

  'Tak mungkin. Kenapa dia kembali?' Detik hati BoBoiBoy . Tangannya sudah rimas dipegang Hisya sepanjang sesi pembelajaran.

...

  "Kring!"

  "Yay, waktu rehat!" Suara Amardeep kedengaran. Selalunya itulah yang ayat yang Gopal  laungkan apabila waktu rehat menjelma tiba.

   Entah kenapa si Gopal itu tiba - tiba kurang bersemangat.

  "Hei, kau kenapa ni, Gopal? Diet ke?" Fang menjongketkan keningnya. Gopal mendatarkan mukanya. Nasib Fang adalah kawannya kalau tidak, ingin sahaja dicampak Fang ke pusat pemulihan landak.

  "Diet? Pigidah. Yang aku pelik, betul ke BoBoiBoy dah ada girlfriend ?"

  "Hey, dia tu popular. Eh--- aku lagi popular." Hidung Fang kembang sekejap, " Yalah en, Gopal?"

  Hidung Gopal sudah meleleh hingus. Fang menjauhi Gopal perlahan - lahan.

  "Kau okay tak, Gopal? Jangan sampai aku serang kau dengan harimau bayang!"

  "Tak sangka... tak sangka kawan baik aku dah ada girlfriend ... huhuhu ..."

  "HARIMAU BAYANG!"

  "APA SALAH AKUUUUUUHUHUHU?"

...

  BoBoiBoy mengambil tempat di bangku yang agak buruk rupanya. Dia sekarang berada di belakang bangunan sekolah. Sememangnya tempat itu jarang dilalui orang lain.

  Dia perlu jauh.

  Jauh dari semua orang.

  Jauh dari Hisya.

  BoBoiBoy menggeleng laju, tak boleh dibayangkan kalau dia masih bersama Hisya. Pasti sudah kecoh satu sekolah.

  "Hei , lu pikir apa tu? Sampai tergeleng - geleng kepala."

  "Warghhhh!" BoBoiBoy terkejut dan serta - merta memanjat pokok mangga sebelum jatuh ke bawah.

  "Y... Ying?"

  "Hari ini aku bertugas siram pokok bunga belakang bangunan ni maaa ... Lupa ke aku ahli Kelab Pencinta Alam?"

  "Ooo..."

  Ying mengambil penyiram lalu menyiram setiap pokok bunga yang ada. BoBoiBoy hanya memerhati kelakuan Ying.

  " Kau tak pergi rehat ke?"

  " Kau?"

  " Haiya , aku dah makan maa ... Entah - entah, kau fikir pasal Hisya , kan?" Tanya Ying selamba sambil menyiram pokok - pokok bunga yang harum baunya. BoBoiBoy mempamerkan muka terkejut.

  " Macam mana kau..."

  "Haiya , kau kan terkenal di sekolah ni. Sekolah ni ramai mak cik bawang maa ... Tapi aku tak membawang la," Ying meletakkn penyiram ke tempar asalnya. Ini kalau didengar Fang, mesti mengamuk si landak itu.

   Dia sempat menjeling ke arah BoBoiBoy yang muram seperti hilang sedozen coklat dalam peti ais, "Kau  dah kenapa?"

  "Aku risaulah..."

  "Risau? Kenapa?"

  "Mesti orang sangka aku ada girlfriend  padahal bukan, Hisya tu ex - girlfriend aku," BoBoiBoy mengeluh. Ying  menanyakan soalan, " Cuba cerita bila kau dan Hisya couple ?"

  Niat Ying ingin membantu. Dia tidak boleh melihat kawannya dalam kesedihan. BoBoiBoy menarik nafas sebelum bercerita, " Sebenarnya..."

31 Mei 2017

  BoBoiBoy sedang membelek telefonnya. Sekejap scroll ke atas dan ke bawah. Ibubapanya keluar bekerja dan akan balik lewat malam. Dia balik ke Kuala Lumpur demi untuk berjumpa dengan ibubapanya.

  "Eh, apa ni?" BoBoiBoy membuka direct message. Nampaknya dia menerima satu message dari satu akaun ini. Mungkin peminatnya.

  @hisya_2005

@hisya_2005
Hai saya tau awak Boboiboy. Awak superhero terkenal di Pulau Rintis. Awak hensem juga. Muahhhh💘💋

@boboiboy
Okay, terima kasih?

@hisya_2005
Boleh kita berkenalan?

  Perbualan menjadi semakin rancak. 'Persahatan' mereka juga sudah level up. BoBoiBoy seakan sudah jatuh hati dengan Hisya. Mereka bercouple sampailah---

13 Disember 2017

  Sekeping gambar diletakkan ke atas meja dengan kuat. BoBoiBoy menunduk. Wajah si ayah sudah merah padam kerana marah.

  "APA NI BOBOIBOY? JIRAN KITA BERITAHU YANG KAMU PEGANG TANGAN PEREMPUAN! MEMALUKAN MARUAH SAJA! KALAU PEREMPUAN YANG KAMU ANGKUT TU MENGANDUNG? MACAM MANA?" Ayah BoBoiBoy, Amato sudah mengamuk macam Abang Kassim tak dapat cuci kapal. Ibu BoBoiBoy  mengusap belakang suaminya untuk menenankan kemarahan suaminya.

  "AYAH TAK KIRA! AYAH NAK KAMU CLASH DENGAN DIA!"

  "Baik, ayah..."

  Sejak daripada itu, BoBoiBoy sudah block akaun insta Hisya. Gambarnya yang wefie bersama Hisya di Kuala Lumpur, dia akan menjauhinya macamlah Hisya tu kategori najis - najis mughallazah.

  Namun...

26 December 2017

  " Sudahlah, Hisya. Saya tak sukakan awaklah!" BoBoiBoy kini memandang gadis bernama Hisya. Hisya menangis seperti sakit sangat. Mengada.

  "What? Saya kan girlfriend awak. We don't have a first kiss right?" Hisya itu sudah terlentok - lentok seperti sotong terkena garam.

   BoBoiBoy memandang keji ke arah Hisya, " WE ARE NOT COUPLE ! STOP RIGHT NOW! NOW YOU ARE MY EX-GIRLFRIEND ! "

  Sebab itulah dia tidak ingin balik ke Kuala Lumpur. Mesti akan terjumpa perempuan ini. Dia mengayuh basikal dan segera pulang ke rumah, meninggalkan Hisya yang sedang tergedik, menangis teresak - esak.

  "Kring!"

  Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah tamat. Ying tadi bersila terus bangun, " Aku masuk kelas dulu. Nanti lu masuk kelas."

   Ying sudah berlari ke kelas. Sekelip mata sahaja, Ying hilang dari pandangan.

  "Lajunya." BoBoiBoy berjalan dengan perutnya yang menyanyikan lagu Tapops. Ya dia tidak makan apa - apa sejak tadi. Lapar.

Geng Kuasa  Where stories live. Discover now