🎗️18🎗️

516 39 22
                                    

" tenaga!"  Kaizo meluru ke arah Fiona. Fiona panik dan cuba menahan dengan tangan besinya.

  Pak!

  Tangan besi yang dipakainya pecah, hancur berderai. Fiona tergamam. Dia memandang muka Kaizo dengan penu rasa benci .

  "Tali cemeti! Hiarghhh," Fiona menyerang Kaizo tapi dapat dielak Kaizo berkali - kali. Fiona hampir sahaja rebah kerana terlalu penat.

  "Giliran aku pula. Pedang tenaga jingga!" Kaizo menghidupkan topengnya. Topengnya berubah menjadi warna jingga.

  "Aktifkan robot Kapal."

  Kapal milik Fiona berubah menjadi robot yang tinggi sepanjang lapan kaki. Kaizo hanya tersengih, tidak langsung berasa takut tetapi makin seronok dalam pertarungan ini.

Fiona masuk ke dalam robot itu dan mengeluarkan pedang berwarna hitam.

   "Sekarang ni kita lawan pedang dengan pedang." Fiona tersenyum sinis namun tidak nampak kerana berada di dalam robot.

"Pedang memang kemahiran aku," kata Kaizo , menghayun - hayunkan pedangnya.

"Berlagak."

  Perlawanan bermula. Kaizo cuba untuk merosakkan bahagian kaki robot itu tetapi Fiona lebih pantas menghalang menggunakan pedangnya. Fiona menghayunkan pedangnya ke leher Kaizo tetapi sempat dielak Kaizo.

Namun, tangan Kaizo terluka akibat terkena sedikit pedang itu.

"Tajamnya pedang tu," Kaizo menggumam perlahan.

  Fiona tidak memberi Kaizo rehat walau sesaat  pun. Dia sekali lagi cuba menghayunkan ke arah leher Kaizo (Nak buat sup kepala Kaizo ke?) tetapi Kaizo cepat - cepat menghalangnya.

"Tang!"

  Pedang mereka berdua berlaga.

  Amarah Fiona menguasainya apabila serangannya terhadap Kaizo semuanya tidak menjadi.

  Tetapi, Kaizo tenang dan cuba mengingati ajaran gurunya dahulu, Laksamana Maskmana untuk sentiasa tenang dalam apa - apa pertarungan.

  Fiona meluru ke arah Kaizo dengan perasaan marah. Kaizo melalui bawah Fiona macam permain bola sepak. Dia menikam robot sut Fiona dari belakang.

Bzzz. Bzzz. Robot Fiona hancur berderai. Fiona luka - luka kerana geseran besi - besi badan robot yang jatuh ke tanah. Fiona terus rebah.

Fang membuka mata perlahan - lahan. Kelihatan abangnya dengan seorang penjahat yang sedang rebah.

"A..bang.." Fang yang pengsan di belakang Kaizo cuba mendekati Kaizo.

  "Hati - hati, Fang!" Jerit Ying.

"Gotcha!" Fiona yang tadinya rebah, menangkap Fang. Fiona terus mengacukan pisau pada leher Fang, " Kau dekat, adik kau akan mati!"

  BoBoiBoy yang baru sedar, menjerit, " Fang! Lepaskan kawan aku!"

  "Tak selagi abang dia tidak maafkan aku. Kau, jangan dekat!" Jerit Fiona apabila melihat BoBoiBoy cuba mendekati mereka.

  Kaizo melutut, " Fiona, aku minta maaf sebab rampas populariti kau. Lepaskan adik aku. Aku dah berjanji dengan mak aku untuk jaga adik aku baik - baik. Please , Fiona ."

  Fang tergamam mendengar kata - kata abangnya.

  "Abang..."

  "Jangan harap!" Fiona mendengus nafas marah, " Jangan haraplah aku nak terima maaf kau tu."

  Fiona makin mendekatkan pisau itu dengan leher Fang hingga mengeluarkan cecair berwarna merah.

"Maaf, Fiona," Kaizo mengambil pedangnya dan menusuk ke dalam kaki Fiona. Aura pedang itu dihidupkan.

"Arghhhhhh!" Fiona melepaskan Fang. Dia menarik pedang Kaizo dan menjerit kesakitan. Pedang Kaizo penuh dengan darah. Kaki Fiona pula berlubang.

"Maafkan aku , Kaizo , " Fiona sesak nafas. Darah dari kakinya mengalir dengan deras seperti air hujan. Fiona tiba - tiba rebah ke dunia.

  BoBoiBoy kaku. Ying menutup mulut, sayu melihat keadaan Fiona. Kaizo memeriksa nadi Fiona.

Ya, Fiona dah meninggal dunia.

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

  Fiona sudah dikuburkan di planetnya. Kaizo tidak mendapat hukuman kerana dia mendapat alasan kukuh untuk berbuat begitu.

  "Abang betul ke yang mak pernah pesan tu?" Tanya Fang sambil menghirup sup lobak merahnya.

  " Hrm..." Kaizo mengangguk. Teh hijau itu dihirup sekali lagi.

  " I wish I can hear voice mum again , " kata Fang, perlahan tetapi masih mampu didengari oleh Kaizo.

  Kaizo tersenyum dan meletakan teh hijau di atas meja. Kaizo mengambil cd di dalam biliknya sebelum dipasang pada tv (jenama LG).

Terpapar muka ibu mereka di hadapan kaca tv itu.

"Mak nyanyi lagu ni untuk kau berdua, Kaizo dan Fang. Kot kot mak dah tak da. Kalau mak dah tak da, kau berdua jangan menangis sentiasa ya, sayang?

Kaizo terdiam. Fang pula mengalirkan air mata.

  " The world is full of mystery ," Kaizo turut ikut menyanyi sambil memandang Fang. Ya, mak. Kaizo janji jaga adik Kaizo baik - baik.

Geng Kuasa  Where stories live. Discover now