🎗️17🎗️

555 49 22
                                    

"ABANG---"

  Kaizo tiba di kedai Tok Aba. Kelihatan BoBoiBoy sedang terbaring lemah. Gopal pula pengsan di atas bumbung kedai Tok Aba. Nasib tidak pecah bumbung itu. Hisya pengsan di atas pokok manakala Ying pula memapah Yaya yang masih lemah.

  Dan Fang pula, sedang dicekik oleh seorang penjahat yang mengikat rambutnya dua toncang.

  "PANG!" Kaizo menggunakan pedang tenaga melibas perempuan itu. Rambut perempuan itu terpotong. Bagus juga. Kaizo mencipta fesyen terkini kepada perempuan itu. Tahniah! Sekarang anda berambut pendek.

  "Pang..." Kaizo memandang muka Fang yang biru wajahnya. Tanpa sedar, air mata Kaizo mengalir.

  "Apa aku dah buat?"

  "Hahaha. Ada. KAU RAMPAS POPULARITI AKU BILA KAU TUKAR RAMBUT KAU JADI STYLE ITIK AUSTRALIA!"

  "Fiona?"

  "Fiona! Tunggulah aku!" Kaizo mengejar Fiona yang berambut toncang itu. Fiona mencebik apabila Kaizo mengejarnya dengan perlahan sekali.

  " Ala, kau tu yang lambat sangat!" Fiona menjelirkan lidahnya.

  Ya, Kaizo dan Fiona ialah kawan sekolah rendah. Fiona juga kawan baik kepada Kaizo. Fiona merupakan gadis popular di sekolah mereka. Mereka berkawan sejak darjah 4 lagi.

  "KAU KATA AKU LAMBAT?" Kaizo berlari sekuat hati mengejar Fiona. Fiona terkejut segera berlari laju apabila melihat Kaizo mengejarnya bagai dirasuk hantu.

  "Aduh! Sakitlah!" Fiona menjerit kesakitan apabila Kaizo menarik rambutnya. Fiona terus menangis di situ.

  "Sorrylah. Kau kata aku lambat sangat kan? Bangun. Dah darjah 6 tapi masih lagi nangis macam budak kecil," pujuk Kaizo acuh tidak acuh. Fiona mencebik apabila Kaizo tidak memujuknya ala ala sweet seperti teman lelaki memujuk teman wanita mereka.

Keesokkan harinya, Fiona pelik apabila semua pelajar tidak tertumpu padanya tetapi tertumpu pada seseorang...

"KAIZO?!"

  Kelihatan Kaizo menukar style rambutnya. Selama ni gaya rambut budak skema je. Budak skema tengok pun tak mengaku tu geng dia.

Tapi...

STYLE ITIK MACAM NI?!

STYLE ITIK MACAM NI BOLEH JADI POPULAR?!

" Aku benci kau Kaizo..."

  "Aku benci kau. Aku akan rampas segala apa yang kau rampas dari aku dengan bunuh adik kau..." Fiona mengeluarkan tali cemetinya.

  'Sama tak betul macam adik aku rupanya' kata hati Kaizo mengenangkan perangai Fiona sama macam adiknya.

  Fiona menghempaskan tali cemetinya ke tanah menyebabkan tanah itu terbakar. Kaizo sempat membawa adiknya ala bridal style ke tepi.

  "Fuhh, nasib baik."

  Kaizo meletakkan adiknya ke bawah. Dia mula mengeluarkan pedang tenaganya.

  Kaizo menendang perut Fiona namun Fiona masih tegak berdiri. Kaizo sedar siapa lawannya kali ini. Dia tidak lagi menahan diri daripada menyerang. Dia akan menyerang habis - habisan.

Kaizo cuba memotong tali cemeti Fiona tetapi terkena pada seluar Fiona.

". Habis koyak seluar aku," Fiona memegang lututnya. Seluarnya koyak di bahagian lutut. Fiona berdecit melihat lututnya luka.

  "Tak sangka kuat juga kau en?"

  Fiona mengeluarkan tangan besinya dan menyimpan tali cemetinya. Dia menekan satu butang pada tali cemeti itu dan serta merta tali cemeti itu bertukar menjadi klip rambut.

"Aku baru panaskan badan. Marilah!"

  Kaizo  menyerang Fiona. Saat Kaizo cuba menyerang Fiona menggunakan pedang, tapi Fiona menghalangnya dengan menggunakan...

  Sebelah tangannya yang disarung besi tadi.

  "Tak mungkin..."

  "Giliran aku pula ," Fiona serta merta memegang tanah. Kaizo hanya diam , kaku. Pelik melihat Fiona. Fiona hanya tersenyum sinis sambil berjalan perlahan ke arah Kaizo.

  'Tak ada apa apa yang berlaku pun?' Detik hati Kaizo, ' Kenapa dia berjalan sahaja ke arah aku dan tidak melakukan serangan? Dia mahu menyerang aku semasa berjalan? Lagi pelik!'

  Fiona mengangkat tangan, mahu menumbuk Kaizo. Kaizo baru sahaja ingin mengelak tetapi...

'Kaki aku tak boleh bergerak!'

  Fiona menumbuk dada Kaizo sebanyak dua kali. Kaizo hanya tergamam dan hanya mampu menunggu mukanya dibenam dengan penumbuk Fiona.

  Fiona  berupaya mengekspoitasi graviti mengikut kemahuannya apabila memakai sarung tangan besi ini. Dia memusatkan tarikan yang kuat di bawah kaki Kaizo sehingga terpasak kukuh di tanah.

   Hikmat ini hanya boleh digunakan sekali saja dalam tempoh 48 jam. Jika diguna secara berlebihan akan merisikokan nyawa penggunannya.

   Kaizo bagaikan terpukau dan hanya menerima saja serangan tanpa mampu untuk mengelak.

  "Kenapa Kapten Kaizo tak elak macam sebelum ini?" Tanya Ying. Kakinya sakit kerana sedikit libasan tali cemeti Fiona.

  'Mampu berdiri lagi? Hmm, memang boleh tahan hebat anak kau ni, gabenor. 'kata hati Fiona. Fiona tersenyum melihat Kaizo masih lagi mampu berdiri walaupun ditumbuk berkali - kali.

  Fiona memegang leher baju Kaizo. Kaizo masih lagi lemah. Badannya sakit sakit ditumbuk tangan besi Fiona.

   "Hendak berdiri pun kau sudah tak bermaya lagi. Tak mengapa, biar aku lepaskan kau."

  Tiba- tiba kaki yang dipasak kuat ke bumi tadi terlepas. Dapat dirasakan Fiona meningkatkan auranya untuk serangan kali ini.

  Fiona menumbuk Kaizo sepenuh hati membuatkan Kaizo terdorong ke belakang.

Kaizo terbatuk - batuk. Dia sedar lawannya bukan calang  calang orang.

"Kaizo , jaga adik kau baik - baik." Visual ibunya terbayang di hadapan mata. Kemudian muncul visual adiknya pula.

"Abang, abanglah abang yang terhebat! Abang akan jaga adik kan?"

"Ya, abang janji," kata Kaizo kepada dirinya sendiri.

  "Apa kau merapu tu? Nak kena belasah lagi, ya?" Fiona tersengih sambil merenggangkan otot. Berbangga kerana dapat perlakukan Kaizo, pemberontak lagenda seperti budak kecil sebentar tadi.

"Fiona, aku baru je panaskan badan je  tadi," Kaizo mengeluarkan pedang tenaganya sambil tersenyum sinis.

  " Let's start the new game."

Geng Kuasa  Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz