RAYA SPECIAL ; 3

3.7K 159 3
                                    

"Kenapa ni? Termenung dari tadi. Orang sibuk dekat dapur, yang kau duduk termenung dekat sini kenapa?"

Nazrul menegur adiknya. Dia duduk di sebelah Nazril Firdaus dan melihat bungkusan baju yang dipegang Nazril Firdaus.

"Apa tu?"soal Nazrul.

Nazril Firdaus mencebik. "Seller tu la. Waktu nak raya pergi buat hal. Fir beli samping,dia pergi bagi baju raya. Fir dah ada baju raya, nak buat apa dengan baju ni lagi? Dah la tak ada samping. Samping yang satu set dengan baju ni tak sepadan warna dengan baju raya Fir."

"Dia tersilap bagi la tu. Kan dah nak raya. Mestilah penjual tu banyak pelanggan nak kena urus. Tak apalah,pakai baju ni pun okey apa? Kau bayar bukan mahal sangat,tapi dapat baju raya satu set." Nazrul membelek bungkusan tersebut.

"Nama dah betul dah. Isi bungkusan je salah ya?"kata Nazrul. Nazril Firdaus mengangguk.

"Tak apa,tahun ni kau je yang ganjil. Semua warna merah,kau warna biru. Istimewa sikit." Nazrul tergelak.

"Tapi,baju ni ada set dengan anak sekali. Siapa punya baju agaknya? Kesian tak dapat beraya pakai baju warna biru."

Nazrul membaca alamat yang tertera pada bungkusan tersebut.

"Abang rasa,ada orang kampung kita beli dari seller ni juga. Itu sebab seller tu tertukar kau punya. Dia keliru sebab alamat dekat kampung yang sama. Cuma nombor rumah je berbeza."

"Ish,apa-apa jelah. Fir pakai je baju merah tu. Baju biru ni tahun depan baru pakai. Tahun ni tak ada samping pun tak apalah. Nampak bujang sikit,"kata Nazril Firdaus.

"Amboi.. Hati-hati bila bercakap. Isteri kau dengar nanti,habis kau."

Nazril Firdaus tersengih.

Haih,aku beraya tak ada samping la tahun ni!


DANIAL duduk menunggu sementara lemang mahu siap dimasak. Sesekali dia bermain dengan ranting kayu yang dipegangnya.

"Abang." Rosalinda mendekati suaminya bersama sepasang baju melayu.

"Ni baju melayu ayah yang lama. Warna biru. Cuma,warna dia dah kusam sikitlah. Warna biru lembut. Abang boleh pakai ni. Saiz pun lebih kurang sama dengan abang." Rosalinda menunjukkan baju tersebut pada suaminya.

Danial melihat baju bapa mertuanya. Keluhan dilepaskan.

"Bolehlah daripada tak ada. Tapi,baju Hariz?"

"Baju Hariz tak apa. Saya ada beli baju spare untuk dia sekali hari tu. Tapi,baju dia warna dusty pink. Ala,Hariz bukan kecoh sangat pasal warna. Tak apa." Rosalinda tersenyum.

"Hm,yelah. Abang ikut je lah. Tapi,samping yang abang dapat tu macam mana?"

"Itu boleh pakai hari lain. Tak semestinya raya je nak pakai,kan?"

Danial mengangguk. "Okey."

Rosalinda mencuit hidung suaminya.

"Dah,jangan masam muka dah. Tak handsome. Kita nak raya ni kena gembira. Senyum banyak-banyak okey!"

Danial ketawa kecil. Comel betul isterinya. Ey,geram!

"Ye,abang senyum. Biar abang senyum banyak-banyak. Nanti biar adik Hariz dengan Aira ni ikut sebiji muka abang,"kata Danial sambil mengusap perut Rosalinda yang membulat itu. Lebih kurang sebulan lagi,mereka bakal menimang cahaya mata lagi.

"Ikut muka babah dia tak apa. Jangan ikut perangai nakal babah dia sudahlah,"usik Rosalinda.

"Ey,sayang ni. Abang mana ada nakal!"

"Ye ke? Bukan ke abang kena buang sekolah dekat LA dulu sebab nakal sangat?"

Danial mencebik.Tergelak Rosalinda dibuatnya.

"Okey,maaf. Saya gurau je. Ey,sensitif la babah ni."

"Nanti baby keluar,kita buli ibu! Baby jadi geng babah tau!" Danial mengucup perut isterinya.

"Eh,dia geng ibu lah."

"Geng babah la.."

"Geng lemang tu siapa pula? Tengok-tengok sikit,nanti hangus. Tak dapat nak makan waktu pagi raya nanti,"tegur Tuan Idris.

Rosalinda dan Danial menoleh kemudian lemang yang dibakar terus dipandang.

Danial tersengih.

"Tak.. Tak hangus lagi,ayah.." Danial tersengih. Segera dia mengangkat lemang yang siap dimasak dan diletakkan ke tepi.

Tuan Idris tersenyum. Bila dah bahagia,macam ni lah. Hari-hari macam pengantin baru!

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now