6;Keputusan SPM

18.5K 966 39
                                    

Beberapa bulan kemudian..

Hari yang ditunggukan telah tiba.Hari yang cukup mendebarkan!

"Harap haraplah aku lulus.."gumam Aqisyah.

Ya,hari ni dia mengambil keputusan SPM.Dari malam tadi,dia tidur tidak lena kerana terlalu nervous.

Setelah mendapat keputusannya daripada guru kelasnya,dia berkumpul ke sekumpulan pelajar.

"Beb,kau dapat berapa? Lulus tak? Nasib baik aku lulus! Alhamdulillah,ada jugalah A."kata Intan Melisya.

Perlahan lahan Aqisyah tengok slip keputusannya.

"Ya Allah! Syukur!" Hampir saja menitis airmatanya kerana gembira.

Dia lulus dan mendapat 7A 2B.

"Alhamdulillah..aku kurang satu A aje dari kau.."kata Intan Melisya.

"Aku pulak lebih satu A..haha"kata Hani Sofea.

"Weh,korang! Senyum!"ujar Aidil selaku ketua kelas 5Bakti.

Mereka semua tangkap gambar bersama.

Usai sahaja ambil keputusan,dia terus pulang ke rumah.

"Ibu,ayah! Look at this!"

Ayah melihat slip keputusannya.

"Alhamdulillah..bangga ayah dengan ibu.."ujar ayah.

"7A pun dah bagus..Pandai anak ibu ni" Ibu memeluk Aqisyah.Aqisyah tersenyum lebar.

Kemudian,Aqisyah teringat sesuatu.Pantas dia mengambil telefonnya dan membuka Whatsapp.

Dia menulis mesej kepada seseorang.

'Assalamualaikum,abg Nazrul.'

Dada Aqisyah berdebar.

Ting! Satu mesej masuk ke dalam telefon Aqisyah.

'Waalaikumussalam'

Aqisyah menggigit bibirnya.

'Keputusan SPM keluar hari ni.Awak ada pergi sekolah tadi?'

'Takda sebab saya ada hal di KL.So,macam mana dengan keputusan awak?'

Hati Aqisyah menjadi semakin teruja untuk berkongsi kegembiraannya ini.

'Alhamdulillah,walaupun tak dapat straight A,tapi 7A 2B dah cukup banggakan ibubapa saya.'

'Alhamdulillah.Tahniah ya.Saya doakan awak dpat kerja yang bagus bagus :)'

Aqisyah tersengih sendirian.Beginilah kalau mesej dengan crush sendiri.Tersenyum seorang diri.

"Mesej dengan abg crush dia la tu.. "usik ayah.

Aqisyah tersengih lagi.

'Terima kasih.Oh ya,selamat pergi dan selamat pulang ya abg Nazrul ;) '

Lama Aqisyah menunggu jawapan Nazrul,namun tiada reply dari Nazrul.

Mungkinkah dia tidak suka aku panggil dia abg Nazrul? Tapi dia kan lagi tua.Wajarlah aku panggil dia abang.Hmm,dia busy kot.Rasa bersalah pula kacau dia.huhu .. Desis hati Aqisyah.

"Aqisyah nak sambung belajar dekat mana?"soal ibu.

"Erm..Universiti Malaya kot..Kalau dapatlah.Kalau tak dapat,Aqisyah masuk kolej biasa ajelah."

Ibu mengangguk faham.

PANGKIN di bawah pokok rambutan milik ketua kampung menjadi pilihan untuk melepak.

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now