• Special #final •

14.6K 710 33
                                    

Tidur Aqisyah terganggu dek kerana mukanya disentuh. Pipinya dicubit-cubit. Terdengar suara si kecil ketawa.

"Ibu dah bangun!"ucap Rayyan tatkala Aqisyah membuka mata. Aqisyah memandang di sekelilingnya.

Mana Nazrul?

"Rayyan.. Ayah mana?"soal Aqisyah.

"Ayah keluar,"jawab Rayyan dengan polos.

Aqisyah mengeluh. Terasa ingin menangis.

Terkebil-kebil mata Rayya melihat ibunya.

"Ibu menangis ke?"soal Rayyan. Wajahnya benar benar polos.

Aqisyah segera mengrsat airmata yg mahu jatuh. "Tak adalah. Mata ibu masuk habuk. Rayyan keluar sekejap. Ibu nak mandi. Tapi jangan main dekat tngga,okey?"

Rayyan hanya mengangguk.

"Goodboy."

Rayyan berlari anak keluar dari biliknya. Aqisyah menutup pintu. Dia berjalan lemah menuju ke arah katil. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Lantai ditenungnya lama.

"Sayang,jo--" Kata kata Nazrul terhenti tatkala memasuki bilik mereka. Aqisyah yang mendiamkan diri dan berpaling ke arah lain dipandang. Perlahan lahan Nazrul mengorak langkah ke arah isterinya.

Ingatkan dah tinggalkan anak bini dekat sini. Desis hati Aqisyah. Dia berpaling dari memandang wajah Nazrul.

"Sayang,kenapa ni?"

Aqisyah menggeleng. Dia tidak boleh lagi untuk tersenyum. Dia cuba bertahan agar tidak terlalu emosional.

"Abang tahu sayang menangis."

Aqisyah memandang wajah suaminya. Aqisyah terus memeluk Nazrul. Dia meledakkan tangisannya di dada bidang Nazrul.

Nazrul tersenyum. Perkara ini sememangnya sudah dijangka akan berlaku. Dia kenal dengan isterinya. Aqisyah seorang yang tidak pandai menyembunyikan perasaan.

"Abang sayang saya?"soal Aqisyah.

Kening Nazruk terangkat tatkala terdengar Aqisyah bertanya soalan begitu.

"Mestilah sayang. Kenapa?"

"Jangan kahwin dengan Lydia.." Aqisyah memandang tepat ke dalam anak mata Nazrul.

"Kahwin dengan Lydia?"

Aqisyah mengangguk. "Saya minta maaf kalau saya ada kekurangan. Tapi please.. Jangan kahwin lain. "

Nazrul mahu ketawa namun ditahannya.

Comelnya awak,Aqisyah!

"Sekarang ni,saya nak awak pergi bersiap. Cepat,"arah Nazrul. Dia beriak serius.

"K--kenapa? Nak pergi mana?"soal Aqisyah. Dia mengesat airmatanya.

"Jangan banyak tanya,Aqisyah. Pergi bersiap sekarang." Tegas kata kata Nazrul.

Dengan hati yang berat Aqisyah berjalan masuk ke dalam bilik mandi juga. Walaupun dia tidak tahu apa rancangan suaminya,tetapi dia sedih kerana Nazrul berubah. Dirinya tidk henti berdoa agar cinta Nazrul kepadanya tidak akan berubah.

Nazrul melihat Aqisyah masuk ke dalam bilik mandi. Sebaik saja pintu bilik mandi mereka ditutup,Nazrul tersenyum. Nak ketawa tak boleh. Nanti Aqisyah dengar. Huhu.

Nazrul berjalan keluar dari bilik dan mencari anak lelakinya di bilik sebelah.

"Rayyan buat apa?"soal Nazrul.

"Rayyan cari pensel. Rayyan nak melukis.. Pensel dah hilang."

"Kan ayah dah belikan sekotak pensel haritu. Mana pergi?"

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now