55;Ikut kata hati,badan binasa

16.8K 707 34
                                    

"Awak buat apa dekat sini?"soal Aqisyah. Dia berdiri betul-betul di hadapan Nazrul.

"Abang nak jumpa isteri abanglah,sayang."

Nazrul mahu mengusap kepala Aqisyah,namun tangannya segera ditepis kasar.

Terkilan Nazrul dibuatnya.

"Buang masa. Awak susah payah datang dari KL sampai ke Pahang ni.. Semuanya sia sia,"tajam anak mata Aqisyah menusuk ke anak mata suaminya.

"Sayang,abang mi--"

Aqisyah mengangkat tangannya menandakan dia tidak mahu mendengar apa apa penjelasan.

"Baliklah. Saya taknak jumpa awak. Muka saya ni buat awak rasa sakit hati aje,kan? Baik awak balik. Oh lupa. Awak nak kahwin dengan Jasmine kan? Go on!  Saya tak halang." Aqisyah tersenyum sinis.

Helmi dan Myra juga terdiam apabila melihat Aqisyah berkata sedemikian.

"Aqisyah,abang tahu abang salah. Maafkan abang,sayang.." Berair mata Nazrul. Dia mencapai tangan isterinya.

"Jangan sentuh saya! Saya ni perempuan jijik bagi awak kan? Saya ni dianggap sampah pada awak kan? Kenapa awak nak sentuh sampah? "

Myra mahu Aqisyah menghentikan perbuatannya itu,namun dia buntu.

Dia seharusnya menghentikan kawannya daripada terus menyakiti hati suami. Kalau tidak,risau dianggap derhaka nanti!

"Baliklah. Saya tunggu lama. Bila awak nak beri tarikh penceraian kita dekat mahkamah? Bila? "Soal Aqisyah seperti manusia tiada perasaan.

"Abang takkan lepaskan sayang!"tegas kata kata Nazrul walaupun matanya sudah basah dek airmatanya.

Biarlah orang lain nampak,nak mengata pun mengatalah! Apa yang pasti,dia mahu membaiki kesilapannya.

"Kenapa awak suka seksa saya? Bila saya kejar cinta awak,awak ignore saya. Awak abaikan saya. Awak buang saya! Tapi bila saya nak lupakan awak.. Awak kembali untuk meraih semula rasa cinta dalam hati saya.
Kenapa awak buat semua ni? "Kata Aqisyah. Airmatanya tidak dapat ditahan. Merembes rembes keluar mengalir di pipi gebunya.

"Maafkan abang."

Tak disangka,Nazrul jatuh terduduk. Dia melutut di hadapan isterinya sendiri.

"Naz.." Helmi memegang bahu Nazrul.Kemudian,dia memandang Aqisyah.

Perlukah dia masuk campur ketika itu?

"Abang tahu,abang dah salah nilai orang. Abang salah atas segalanya!"

Aqisyah tidak memandang muka Nazrul.

"Abang baliklah. Please. "

Aqisyah terus masuk ke dalam rumah. Nazrul menangis di hadapan rumah sewa Myra dengan teresak-esak. Merah mukanya akibat menangis.

Kasihan Myra dan Helmi melihatnya. Tidak pernah mereka melihat Nazrul menangis teruk sebegitu rupa.

"Nanti kita datang lagi,Naz.. Dah bangun."kata Helmi. Dia membantu Nazrul untuk berdiri.

"Maafkan saya bagi pihak Aqisyah,ya?"ucap Myra.

Helmi hanya mengangguk.

"Nanti kami datang  lagi. Pastikan Aqisyah tak lari ke mana-mana lagi."pesan Helmi.

"Okey."

"Jom,Naz."

Berat hati Nazrul mahu meninggalkan tempat itu. Lebih labih lagi dia nampak muka isterinya yang agak pucat itu.

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now