(2)34 - Jaga

8.3K 410 39
                                    

"Semua barang dah kemas ya?"

Aqisyah hanya mengangguk. Dia melihat di seluruh bilik tersebut. "Barang Qisy tak banyak sangat.. "

Ummi tersenyum lantas mengangguk. Dia menolong memapah Aqisyah berjalan keluar daripada hospital tersebut.

Nazrul pula tolong membawa beg baju Aqisyah sambil memegang tangan anak lelakinya. Terpancar wajah gembira Rayyan apabila melihat ibunya sudah sihat.

"Kita balik kampung ya? Aqisyah duduk dekat kampung. Ibu,ayah,ummi,abah boleh tolong tengokkan kamu dengan Rayyan."

Aqisyah tersenyum. "Okey.."

"Ummi,Naz cuti."

Ummi memandang anak lelakinya. "Cuti?"

Haji Rahman tersenyum. Tahu sangat kenapa Nazrul cuti.

Nazrul mengangguk. Dia memandang Aqisyah sekilas. Tahulah Ummi yang Nazrul mahu menjaga Aqisyah walaupun daripada jauh.

"Berapa lama cuti?"sampuk ayah pula.

"Em,sebulan."

"Uish,lamanya."

Terkejut juga Aqisyah mendengarnya. Nak buat apa cuti lama-lama? Nak buat persediaan kahwin ke? Ceh.

"Helmi tak marah ke kamu cuti lama?"soal Haji Rahman.

"Helmi okey je,abah. Dia yang suruh Naz cuti sebenarnya. Alang-alang cuti lama,Naz ingat nak duduk kampung. "

Aqisyah hanya menjadi pendengar setia.

Ah,nampaknya memang takkan lepas lah daripada lelaki ni. Aku duduk kampung,dia pun sibuk. Bisik hati Aqisyah.

"Baguslah tu. Boleh tolong abah dekat dusun tu nanti."

Nazrul tersenyum. Dia mengangguk. Wajah Aqisyah dipandang.

Walaupun Aqisyah membuat muka,kecomelannya tetap terserlah.

Haih,macam manalah aku boleh terlintas nak menduakan dia dulu?

Aqisyah memandang tempat lain. Dia tahu,Nazrul sedang memerhatikan gerak-gerinya.

Ah,sudahlah! Semua tu lakonan je! Kononnya ambil berat padahal hati suka tengok aku sakit macam ni. Mesti dia bertepuk tangan suka tengok semua bala terjadi dekat aku. Bisik hati Aqisyah. Dia mencebik.

Nazrul perasan,Aqisyah mencebik seorang diri. Dia tergelak kecil.

Mesti tengah kutuk aku dalam hati. Macamlah aku tak kenal. Tak apa,kutuklah aku sekarang. Aku akan pikat balik hati kesayangan aku tu. Wait and see!


"SAYA tahu apa yang jadi,abang Naz. Aqisyah macam mana?"

Nazrul bersandar pada kereta. "Alhamdulillah,dia okey."

Tersenyum Intan mendengarnya. "Abang Naz macam mana?"

Berkerut dahi Nazrul. Kenapa pula dengan dirinya?

"Saya? Saya okey je. Kenapa? "

"Maksud saya,abang Naz dapat lepaskan rindu tak dekat dia? Takkan masih perang dingin kut?"soal Intan dari dalam corong telefon.

"Oh.. Pasal tu.. "

Nazrul menggigit bibir. Intan menanti jawapan Nazrul.

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now