46;Raya pertama

14.8K 705 24
                                    

Hati terasa berdebar tiba-tiba. Berdetak dengan laju.

Nazrul menghulurkan tangannya kepada Aqisyah untuk bersalaman di pagi raya.

"Saya minta maaf atas segala salah silap saya. Saya minta abang halalkan semua makan minum saya. Terima kasih atas segalanya abang. Kasih sayang abang pada saya..

Layanan yang pernah abang berikan pada saya selama ini.. Saya bersyukur dan bahagia dapat suami macam abang.Andainya lepas ni kita dah tak berjumpa lagi,saya minta tolong abang buat kali yang terakhir.Jaga diri abang. Jaga ummi dan abah. Jaga ibu dan ayah saya.. Jaga keluarga.

Saya akan sentiasa doakan yang terbaik buat abang dan keluarga kita. Dan anak kita juga. Abang doakan anak kita sihat ya? Doakan juga supaya saya senang nak bersalin nanti. Terima kasih atas segalanya,abang."

Aqisyah menyalami tangan suaminya lalu dikucupnya tangan Nazrul dengan perasaan hiba.

Nazrul turut terasa,namun dia segera pinggirkan perasaannya itu.

"Abang maafkan. Abang halalkan makan minum sayang. Abang doakan yang terbaik buat semua. "

Aqisyah hanya tersenyum. Dia tahu,semua itu hanya lakonan. Perkataan sayang disebut hanyalah dituturkan di bibir. Tiada niat langsung dihati.

"Dah,lap airmata tu.Jangan nak buat drama lebih lebih. Aku tak suka,"bisik Nazrul.

Bukan tak suka apa,risau dirinya juga akan terjebak sama dalam drama airmata itu.

Risau jika ahli keluarga yg lain nampak. Apa pula yg mereka fikir nanti.

Aqisyah pantas mengelap airmatanya. Dia tergelak kecil. Terasa segan pula apabila menyedari ibubapanya memandang mereka.

"Feeling sungguh ya kamu minta maaf. Haa banyak buat dosa ni."usik ayah.

Aqisyah tergelak. Nazrul pula tersenyum.

"Aqisyah ni memang ayah.. Dia selaku emosi kalau bab macam ni,"kata Nazrul.

Mereka ketawa.

Selepas sesi bersalaman di sebelah keluarga Aqisyah selesai,Aqisyah dan Nazrul pergi pula ke rumah Ummi dan Haji Rahman.

Nasib baik mereka sempat untuk menyertai sesi bersalaman di keluarga belah Nazrul.

"Hai akak! Nah. Lemang dengan rendang tok ! Ummi masak sedap tau!"kata Nazril Firdaus. Dia tersenyum lebar.

"Terima kasih. Oh ya. Boleh akak tanya sesuatu tak?"

"Apa dia?"

"Makwe Fir orang mana? Perak juga ke? Kalau orang Perak,akak nak jumpa dia lah. Boleh?" Aqisyah tersengih.

"Eh,sibuk je! Tunggu la Fir habis sekolah nnti. Dah habis semuanya.. Fir jemput la akak ke majlis Fir nanti. Masa tu,akak akan tahu siapa orangnya." Nazril Firdaus tersengih.

"Eleh,nak rahsia konon.."

"Of course!"

Aqisyah ketawa. Namun,tawanya terhenti tatkala matanya terpandang sesuatu.

Nazril Firdaus turut memandang orang yang sama.

"Akak,relax kak.. Jangan marah,kak.."

Dahi Aqisyah berkerut ."Marah? Kenapa?"

"Ye la, kan kak Jasmine rapat sangat dengan abang long. Mestilah akak cemburu kan? Fir risau je. Mana tahu kot kot akak nak pergi serang kak Jasmine tu. Haa naya je,"jara Nazril Firdaus.

Terus Aqisyah ketawa.

"Akak nak serang Jasmine? Buat apa?  Bukan akak dapat manfaat pun. Agaknya,suami akak tu bertambah benci dengan akak nanti. Eyy,taknak akak."

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now