8;Annoying

17.2K 906 28
                                    

Pagi pagi lagi,Aqisyah sudah tidak maniskan muka.

Mana tidaknya?Crushnya itu la yng membuatkan moodnya ke laut!

Waktu Subuh pagi tadi,Aqisyah tiba tiba mahu mngikut ayah ke masjid untuk solat Subuh berjemaah.

Maklumlah,Aqisyah jarang solat berjemaah dekat masjid kerana masjid agak jauh dari rumahnya.

Ayah rajin pergi ke masjid kerana kata ayah,boleh bersenam juga sambil berjalan kaki ke masjid.

Tapi,selepas habis solat Subuh,dia ternampak Nazrul.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" Nazrul memandang Aqisyah.

"Aqisyah nak ucap..terima kasih sebab sudi bawa Aqisyah ke KLCC haritu"kata Aqisyah sambil tersenyum.

"Oh,sama sama.Saya pergi dulu ya.Assalamualaikum" Nazrul terus beredar.

"Waalaikumsalam.."

Alahai,kau ni encik crush.Aku tak faham betul.Sekejap kau layan aku okey,sekejap kau layan aku macam tunggul aje dekat sini.Desis hati Aqisyah.

"Aqisyah,jom"kata ayah.

Aqisyah berjalan beriringan dengan ayah.

Hari sudah mulai terang.Lama juga Aqisyah dan ayah pergi ke masjid.Lepas solat Subuh,dengar takzirah daripada imam.Tu yang jadi lama duduk di masjid.

Sedang Aqisyah berjalan sambil memandang pemandangan kampungnya,dia ternampak seseorang yang dia kenal sedang berbual dan ketawa mesra.

Abang Naz? Dia tengah ketawa? Series? Apasal dengan aku tadi,dia macam kayu aje? Dengan orang lain,boleh pula dia bermesra.Dengan aku,dalam mulut dia tu bagaikan ada emas banyak sampai tak boleh nak sedekahkn senyuman pada aku.Huh,kedekut senyuman! Desis hati Aqisyah.

Sejak dia ternampak 'babak sweet' crushnya dengan perempuan lain tadi,moodnya terus hilang.Makan sarapan pun nak taknak aje.Hatinya sedang panas.Minum air sejuk pun belum tentu boleh sejuk hatinya!

"Aqisyah..kamu nak kemana?"soal ibu.

"Nak keluar sekejap ibu.Jangan risau,kejap je."kata Aqisyah lalu terus berjalan keluar dari rumah.

"Pagi pagi lagi dah merayau budak ni.."kata ibu.

Aqisyah pergi ke kandang kambing milik Pakcik Azmi,ayah kepada Intan Melisya.

"Ketot,apasal dia sombong sangat dengan aku?Dengan perempuan lain,dia boleh je mesra! Dengan aku,muka ketat memanjang.Tak puas hati betul la! Sengaja nak bagi aku sakit hati ke apa? Dah la aku hantar mesej,dia jawab salam aje.Jawab soalan aku pun tidak.Bagi bluetick plak tu! Eyy geramnya aku"

Aqisyah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada kambing paling kecil dekat kandang itu,iaitu ketot.Kambing tu menjadi kambing kesayangan Aqisyah juga sebab bak kata Aqisyah, kambing tu comel!

"Entah entah,dia bawa aku pergi KLCC haritu pun tak ikhlas"kata Aqisyah lagi.

"Amboi marahnya."tegur seseorang.

Aqisyah menoleh.

"Assalamualaikum"perli Aqisyah.Intan Melisya tersengih.

"Waalaikumsalam.."

"Kenapa ni beb? Ada problem ke? Ada apa apa yang aku boleh bantu?"soal Intan Melisya.

"Macam biasa lah.Tapi kali ni,dia lebih annoying"kata Aqisyah sambil bermain ranting.

"Abang Naz lagi? Haih..aku tak tahu nak kata apa.Nak kata dia terlalu poker pun,tak boleh sebab dia ada jugalah senyum dekat makcik makcik,pak imam.Tapi kalau dengan kau,dia poker habis.Pelik betul "kata Intan Melisya.

Aqisyah hanya mendiamkan diri.

"Macam ni lah,biar aku minta tolong abang Naim untuk coverline kau dengan abang Naz.Okey?"kata Intan Melisya.

"Aii..abng Naim? Sejak bila dah tak malu nak minta tolong dia ni?selama ni nak sebut nama dia pun kau malu.Ada apa apa ke ni??"

Intan Melisya tersenyum sipu.

"Dia dah..bagi greenlight kat aku"kata Intan Melisya.

"Wow! Untungnya! Crush dah bagi greenlight.Yang aku ni,sampai sekarang..haih.Bukannya redlight,malah blacklight terus dia bagi!"kata Aqisyah.

"Hodoh sangat ke muka aku ni? Aku mengaku jugaklah yang aku ni pemalas.Tapi takde la sampai tahap pemalas tahap babun,yang sampai tk mandi,tak pandai uruskan diri semua tu.Apa aku ni teruk sgt ke pada dia?" Sekali lagi Aqisyah meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"Sabar beb.Aku rasa,dia tu tak perasan lagi kelebihan yang kau ada.Tu yang dia ignore aje kau.Atau pun.."

"Atau apa?"

"Dia layan kau lain dari orang lain kan? Kau sorang je kan yang dia buat muka poker dan tak ikhlas?"soal Intan Melisya.Aqisyah mengangguk.

"Entah entah,kau special bagi dia! Dia buat macam tu,sebab dia suka kau.Dia layan kau lain daripada yang lain kot!"

Serta merta kepala Intan Melisya disekeh.

"Theory apa lah kau guna ni.Agak agak lah.Dia tu,tengok muka aku ni pun nak tak nak aje.Mesej? Dia seen je beb! Dia sakitkan hati aku adalah.Lagi nak dia suka aku? Dalam mimpi pun belum tentu dia suka aku."kata Aqisyah

"Dah tu? Aku tengok dia layn kau sorng je lain.Tu yang aku terfikir,dia suka kau sebab kau lain dari yang lain pada diri dia"kata Intan Melisya.

"Habis tu,kalau abang Naim jeling jeling kau,tapi tidak pada orang lain..maknanya abang Naim suka kau la.Gitu?"kata Aqisyah.

Intan Melisya tersengih.

"Lebih kurang"

"Dah lah,aku tak tahu nak buat apa.Aku rasa dah putus asa.Terima kasih pada dia jugalah sebab dia,aku belajar masak.Huhu"

"Kau tak boleh putus asa beb! Aku tak kira,selagi plan kau untuk pikat hati abang Naz tak berjaya,selagi tu kau kena usaha.Aku taknak kau putus asa macam tu aje."kata Intan Melisya.

"Kalau dia dah taknak,dia dah bagi signal awal awal yang dia tak suka,kenapa aku nak teruskan lagi? Buat sakit hati je"kata Aqisyah.

"Jangn risau.Nanti aku minta tolong abang Naim.And..bf Hani."

"Bf Hani? Eh bila dia bercinta? Dengan siapa?"soal Aqisyah.

"Dengan geng abang Naz juga.Abang Naim dengan Remy kan geng muka poker kat kampung ni.So,abang Naim dengan aku,Remy dengan Hani.Haa gitu.Abang Naz pula dengn kau.Kan secocok tu!"kata Intan Melisya.

"Macm macam lah.Hmm,kau tolong la aku apa yang patut.Aku dah buntu."kata Aqisyah.

"Ingat jangan putus asa.Kau sorang aje perempuan dalam kampung ni yang berani takcle crush sendiri.Perempuan takcle lelaki pulak tu! Abang Naz pun satu,patut hargai la.Dah ada orang suka,bukannya nak hargai.Ni tidak.Kalau takda sapa sapa suka dia lagi,padan muka.Mau jadi bujang terlajak nanti"

"Oii mulut kau.Habis aku ni apa? Apa gunanya aku lahir dekat dunia ni kalau aku tak kahwin dengan dia?"kata Aqisyah.

"Aii...chia chia chia!"

Intan Melisya dan Aqisyah ketawa.

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now