24;kejutan

17.3K 857 30
                                    

Nazrul melangkah masuk ke dalam sebuah kedai kek.Kek coklat menjadi pilihannya.

"Tulis "Happy anniversary 200th days" ya? "Pinta Nazrul kepada penjual kek tersebut.

"Baiklah,encik"

Nazrul tersenyum. Dia mahu memberi kejutan kepada isterinya ketika dia pulang ke rumah nanti.

Moga-moga Aqisyah suka akan kejutannya ini.





AQISYAH pulang ke rumah awal harini. Jadi,sebelum suaminya pulang,dia sempat untuk memasak dan mengemas rumah.

Ketika dia mengemas meja kerja milik Nazrul,sebuah kotak terjatuh. Dahinya berkerut.

"Kotak apa ni?"gumam Aqisyah.Dia membelek kotak yang berwarna merah jambu itu.

"Nak buka ke tak eh?"

Akhirnya,Aqisyah mengambil keputusan untuk buka.

Saat dia membuka kotak tersbut,jantungnya seolah-olah terhenti seketika.Terasa sukar untuk bernafas.

Aqisyah menjadi kaku sebentar apabila ternampak gambar-gambar Nazrul bersama seorang gadis.

Mereka kelihatan bahagia di dalam gambar tersebut.

Selepas Aqisyah melihat semua gambar tersebut,dia terjumpa sehelai kertas di dalam kotak itu.

Dia membaca isi kandungan surat itu dengan hati yang berdebar.

Assalamualaikum abang Nazrul.

Abang apa khabar ? Dah seminggu kita tak jumpa sejak abang balik kampung,jumpa abah dengan ummi abang.

Abah dengan ummi abang sihat?
Nad doakan abang sekeluarga sihat ya.

Tujuan Naz tulis surat ni,Nad cuma nak bagitahu abang yang Nad sayang abang.

Nad tak boleh lupakan,waktu kita mula-mula jumpa dulu. Abang tolong Nad daripada budak budak nakal.

Waktu tu,hanya Allah saja yang tahu perasaan Nad. Nad rasa bersyukur sangat bila abang tolong Nad.

Nad rasa selamat bila dengan abang. Abang selalu ada dengan Nad bila Nad kesusahan.

Terima kasih,abang.

Sekarang.. Nad bagaikan tak percaya yang Nad dah jadi tunangan abang. Lagi 2 bulan je kita nak kahwin.

Haha.. Sangat sangat tak sangka kita boleh sampai ke level ni.

Nad nak pesan dekat abang..

Kalaulah satu hari nanti Nad dah takde,abang masih sayangkan Nad?

Kalau abang sayangkan Nad,abang carilah pengganti Nad jikalau Nad dah takde pada waktu tu..

Jangan marah ya kalau Nad cakap macam ni. Nad cuma pesan aje..

Abang,Nad sayangkan abang.
Nad rindukan abang.

                                          Salam sayang,
                                           Nurul Nadia

Aqisyah termenung,memandang surat itu buat seketika.





"YOU,kereta you ada dekat bengkel kan? Jom I hantar you balik"ujar Helmi kepada Jasmine.

"Tak apalah.. I boleh balik sorang.."Jasmine tersenyum hambar.

"Bahaya la you balik sorang.. Jomlah I hantar" Helmi masih berdegil,mahu hantar Jasmine pulang.

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now