(2)47 - Happy ending

11.1K 434 23
                                    

"Hati-hati abang."

Berhati-hati Aqisyah memapah suaminya berjalan masuk ke dalam rumah. Alhamdulillah,cederanya tidak terlalu parah. Nasib baik tak ada apa-apa kesan sampingan.

"Abang duduk dulu ya? Saya nak simpan barang abang dalam bilik,"kata Aqisyah. Nazrul hanya mengangguk.

"Fir.. Abang nak tanya ni."

"Ya,abang? Apa dia?" Nazril Firdaus menyimpan kunci kereta di atas meja kemudian dia mengambil tempat di sebelah abangnya.

"Huda macam mana sekarang?"soalnya.

"Abang ni.. Baru keluar hospital dah tanya pasal dia. " Nazril Firdaus mengerutkan dahinya. Tidak gemar betul dia dengar nma Huda.

"Bukan apa.. Abang cuma nak tahu. " Nazrul tersenyum.

"Dah sah-sah la dia masuk penjara. Fariz dengan Helmi yang bawa dia ke balai. Dua minggu lagi,kes dia akan dibicarakan. Abang tak payah la pening fikirkan dia. Kami semua dah selesaikan hal dia. Abang rehat je,okay?" Nazril Firdaus mengurut perlahan tangan abangnya.

"Terima kasih sebab tolong abang jaga keluarga kita. Walau dah banyak dugaan datang,Fir tetap tolong abang."

"Abanglong,kita ni satu keluarga. Mestilah kena tolong. Apa guna ada keluarga kalau tak menolong sesama sendiri,kan?" Nazril Firdaus tersenyum.

Senang hati Nazrul melihatnya. Adik bongsunya benar-benar dah matang!

"Anak bini kau mana?"soal Nazrul.

"Pergi pekan sekejap. Harini hari lahir Adira.Dia pergi belikan Adira hadiah."

"La ye ke? Kenapa tak bagitahu awal-awal? Boleh kita sambut sama-sama,"kata Nazrul.

"Tak apalah,abanglong. Keadaan tak mengizinkan. Lain kali je lah,"kata Nazril Firdaus.

"Mana boleh macam tu. Kesian Adira. Ni hari lahir pertama dia tau. Takde,kau pergi pekan. Pergi beli apa yang patut. Kejap lagi abang bagitahu ummi. Nanti minta tolong ummi masakkan mee goreng. Kita sambut sama-sama sekaligus boleh buat doa selamat lagi sekali. "

Nazril Firdaus menjadi serba salah.

"Betul ke ni,abanglong?"

"Betul. Pergi beli barang sekarang. Kita siapkan semuanya,nanti malam boleh potong kek." Nazrul mengeluarkan dompet daripada koceknya dan dihulurnya not RM100 kepada Nazril Firdaus.

"Pergi beli barang. Abang sponsor RM100."

Nazril Firdaus terus tersenyum. "Terima kasih!"

Nazril Firdaus bergegas mendapatkan kunci keretanya lalu keluar dari rumah. Tak sabar mahu menyambut ulang tahun pertama anak perempuannya.

Nazrul tersenyum. Dia faham perasaan Nazril Firdaus. Siapa je tak teruja mahu menyambut ulang tahun pertama anak,bukan?

Sebut tentang Adira,terasa rindu pula dekat si kecilnya.

"Sayang! Rayyan mana?"

Aqisyah bergegeas mendapatkan suaminya. "Ya? Rayyan? Dia ikut Myra pergi pekan."

Nazrul menepuk dahinya. "Nampaknya tak cukup la duit yang abang bagi dekat Fir tadi."

"Kenapa?" Aqisyah kebingungan.

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now