(2)2- Bercerai

10.1K 410 1
                                    

"You're too much! "

"What? Me? You yang buat hal ! Jangan salahkan i! i nampak you pegang perempuan tu! "

Langkah Nazrul terhenti. Dia mendekatkan diri ke pintu bilik pejabat Helmi. Jelas kedengaran suara orang sedang bertengkar.

Takkan Helmi dengan Lydia bergaduh? Selama ni,sweet je .

"Berapa kali i nak explain? Dia klient i! Dia nak terjatuh, jadi i tolonglah! Yang you jadi cemburu buta ni kenapa?" Kedengaran Helmi mulai bengang.

"Tipu! Lelaki semua sama! All men are trash!i letak jawatan! Bye!" Pantas Lydia berjalan ke arah pintu dan membukanya. Terkejut jugalah dengan kemunculan Nazrul dekat depan pintu.

Tapi apa dia kisah? Dia dah berhenti kerja. So,goodbye

Helmi meraup wajahnya. Jelas ketegangan di wajahnya.

"Helmi,boleh aku masuk?"soal Nazrul.

Helmi memandang Nazrul yang berdiri di depan biliknya. Dia hanya mengangguk.

"Kau ada masalah ke dengan Lydia? Sampai ke luar dengar suara korang berdua. " Nazrul menapak masuk dan menutup pintu.

"Dia cemburu lagi. Kali ni,lebih teruk dia cemburu. Dia pergi serang kita punya klient . Habis rosak semuanya. "

Nazrul menggeleng kepala perlahan. Dia menepuk bahu sepupunya perlahan.

"Sabarlah bro. Dugaan dalam hubungan. Tapi kau dengan dia sekarang ni..?"

"Yes,i'm totally give up . Kitaorang break up. "

Terkejut Nazrul. Setahunya,Helmi dengan Lydia dah merancang nak bertunang bulan depan. Tapi sekarang?

"Tak boleh ke berbincang baik-baik? Kan bulan depan korang nak bertunang.."

"Aku dah cuba. Tapi dia taknak bagi kerjasama. Salah tetap dituju pada aku. Aku tak boleh,Naz. Sabar aku ada hadnya juga. Mungkin dia bukan jodoh aku . Biarlah. Kalau dia jodoh aku sekalipun, aku akan bersatu juga dengan dia nanti. "

Nazrul mengangguk faham . Kasihan dia melihat nasib sepupunya. Asyik gagal dalam hubungan percintaan. Moga-moga lepas ni Helmi dapat gadis yang betul-betul ditakdirkan untuknya.

"Dah. Jangan stress sangat . Jom aku belanja kau Mc Cafe. "

Helmi hanya tersenyum nipis.

INTAN berjalan keluar dari pejabat agama Islam. Wajah Shahzuan langsung tidak dipandangnya.

Hatinya sudah sakit. Sudah perit ,banyak kali disakiti. Mungkin ini adalah yang terbaik buat mereka .

Ya,Intan dan Shahzuan bercerai. Mereka berdua dilanda dugaan rumahtangga sejak 3 bulan lalu. Sepanjang 3 bulan tersebut, mereka hanya bertekak tatkala mahu mula berbincang.

Jadi,Intan mengambil keputusan untuk bercerai. Walaupun Shahzuan tak setuju,namun Intan tetap berkeras.

"Intan,tunggu. "

Pantas Shahzuan berlari anak ke arah bekas isterinya. Intan hanya berdiri tegak di sebelah keretanya. Tak menoleh sedikit pun.

"Intan,betul ke apa yang awak nak ni? Tak menyesal ke kita bercerai?"soal Shahzuan.Kedengaran sayu pada suata Shahzuan.

"Saya tak menyesal dan saya yakin,ni yang terbaik untuk kita. "

"Awak taknak rujuk semula dengan saya?"soal Shahzuan.

"Selagi awak masih ego , selagi awak tak berubah , selagi tu jangan pernah terfikir nak rujuk semula dengan saya. " Pantas Intan masuk ke dalam keretanya. Laju saja keretanya meluncur keluar dari perkarangan pejabat agama Islam tersebut.

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now