(2)5 - Anak siapa?

8.8K 414 6
                                    

"You nak apa sebenarnya daripada I,Huda?"

Nazril Firdaus memeluk tubuh. Wajahnya dipalingkan ke arah lain. Tak sudi memandang wajah gadis tersebut.

"You tanya I nak apa? I nak you bertanggungjawablah! Dah dua kali you mengelak daripada jumpa dengan I. Nak kena ugut baru dapat jumpa you. Kalau tak, sampai bila-bila you takkan jumpa I!"marah Huda. Dia menyelit rambutnya ke belakang telinga.

"I tak pernah sentuh you,Huda . Jangan merepek boleh tak? "ujar Nazril Firdaus. Malas dia mahu melayan Huda. Membuang masa!

Tapi kalau tak di layan, Huda ni buat perkara yang tak sepatutnya pula.Dia mengugut mahu beritahu tentang hubungan mereka pada Nazrul.

Nak tak nak, terpaksa juga lah Nazril Firdaus menghadapnya sekarang.

"You jangan buat-buat lupa. Kita pernah pergi club and both of us are drunk! Lupa?"

Nazril Firdaus meraup wajahnya.

"Dengar sini. Yes waktu tu memang I mabuk . Tapi I sedar lagi yang I tak pernah sentuh you! Kalau betul ni anak I, buktikan . I bawa you pergi hospital , buat DNA test baby ni . "

Berubah wajah Huda.

"Baby belum lahir,mana boleh buat DNA test! Nonsense! "kata Huda.

"Kalau I kata boleh? You nak buat apa? If you disturbing me again , I akan heret you bawa ke hospital and do DNA test . Sekarang banyak alatan canggih. Sekarang zaman moden . Everything is possible . So jangan sesekali berani cabar I."  Tajam saja Nazril Firdaus mencerlung wajah Huda.

Huda terdiam .

"Cabar apa,Fir?"

Nazril Firdaus menoleh . Terasa mahu luruh jantungnya.

Mati aku! Abanglong dengar! Desis hati Nazril Firdaus.

Nazrul berjalan ke arah Nazril Firdaus. Wajah Huda di pandang sekilas.

"I think, you owe me an explaination for now . Jelaskan semuanya apa yang abang dengar tadi. And don't ever lie to me. I'm not deaf yet . "

Melihat wajah Nazrul yang tidak tersenyum membuatkan hatinya berdetak laju. Huda pula hanya menunduk.

"F-Fir.. "

"Jelaskan pada abang semuanya. Atau kau nak abang tanya sendiri dekat Huda?"soal Nazrul. Dia berpeluk tubuh.

Tanya Huda sendiri? Hell no! Nanti dia putar belit cerita!

"Okay,Fir jelaskan semuanya. "

Nafasnya ditarik dalam-dalam.

"Semua ni salah faham. You need to trust me,abanglong. Anak tu bukan anak Fir! Fir tahu mana halal, mana haram lagi!"nafi Nazril Firdaus.

"Kau jangan sebut pasal halal haram kalau kau masih sentuh arak walaupun kau tahu, arak tu haram!"jerkah Nazrul. Terhinjut sedikit bahu Huda dibuatnya. Terkejut!

"F-Fir .. Fir tak sengaja.. Fir.."

"Tak sengaja? Fir, kau dah sekolah sejak umur berapa? Kau pergi sekolah agama juga kan dulu? Abah hantar kau pergi sekolah agama dulu. Tapi kenapa kau masih buat perangai? Tak cukup dengan perangai playboy , kau tambah lagi dengan dosa minum arak? "soal Nazrul. Dia sudah mula naik angin.

Tak sangka adiknya sanggup menyentuh benda haram!

"Tapi Fir tak sengaja,abanglong! Fir stress! Kawan Fir yang pengaruh Fir,"kata Nazril Firdaus.

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now