58;Ibu Ayah

14.3K 645 17
                                    

Aqisyah menarik nafas sedalam-dalamnya.Dia melangkah keluar daripada perut kereta.

"Ibu."

Aqisyah terus mendapatkan ibu dan ayahnya. Didakap orang tuanya dengan erat.

"Mana kamu pergi,Aqisyah? Ibu ayah rindu kamu!"

"Maafkan Aqisyah ibu ayah. Maafkan Aqisyah.."ucap Aqisyah. Dia mencium berkali-kali tangan ibu dan ayahnya.

"Ibu rindu anak ibu ni.."

"Aqisyah pun rindu ibu.."

Nazrul tersenyum. Lega hatinya apabila dapat menyatukan semula Aqisyah dengan keluarganya.

"Cucu ayah ni okey tak? Nakal?"soal ayah pula.

"Haha,cucu ayah ibu baik. Dia tak nakal-nakal pun. Dia jaga ibu dia ni.." Aqisyah mengesat airmatanya.

"Dah,jom naik. Ibu dah masak banyak tu. Naz,kamu panggil la ummi dengan abah kamu datang ke mari. Ibu ada masak banyak tu,"ujar ibu.

"Okay ibu."

Aqisyah berjalan masuk ke dalam rumah sambil memeluk lengan ibunya.

"Naz,terima kasih ya."ucap ayah.

"Tak apalah,ayah. Itu tanggungjawab saya. Saya minta maaf juga sebab tak jaga Aqisyah dengan baik. Saya janji,lepas ni saya akan berubah untuk jadi lebih baik."

Ayah tersenyum.

"Kamu tak perlu minta maaf. Kamu dengan Aqisyah tu mangsa keadaan. Ayah dah tahu semuanya. Ayah cuma boleh nasihatkan supaya lepas ni.. Kamu berdua lebih berhati-hati. Kepercayaan dalam rumahtangga ni penting. Faham?"pesan ayah.

Pantas Nazrul mengangguk.  Dia benar-benar insaf dengan perbuatannya!

"Naz nak jumpa ummi dengan abah kejap. Bawa diorang ke sini."

"Ha ye lah. Jangan lupa,cakap dengan abah kamu.. Jangan lupa bawa buah durian yang ayah pesan dekat abah kamu tu,ya?"kata ayah lagi.

"Insyaa Allah,ayah.."

"AKU nak kau settlekan terus perempuan ni. Sekarang dia ada dekat kampung Chempedak,Ipoh,Perak. Tapi kau kena hati-hati. Dekat sana ramai "bodyguards" dia. "

Jasmine menghulurkan sekeping gambar Aqisyah. Gambar yang pernah dia seludup ambil di dalam bilik pejabat Nazrul.

"Jangan risau. Aku tahu kerja aku. Aku akan pupuskan dia dengan sekali cubaan je,"ujar seorang lelaki berjaket hitam dan bertopi putih. Dia mencapai gambar yang dihulurkan kemudian ditenungnya gambar tersebut.

"Bagus. Duit kau akan dapat lepas kerja kau selesai. "

Lelaki itu mengangguk faham seraya menyimpan gambar tersebut di dalam poket jaket hitamnya.

"Dah,kau boleh pergi."

Lelaki itu keluar daripada restaurant mamak yang dia bertemu janji dengan Jasmine disitu.

Sebaik saja lelaki itu keluar,lelaki itu memandang ke arah sebuah kereta Proton Wira berwarna silver yang jaraknya selang beberapa buah kedai daripada kedai mamak tersebut.

Dia memberi isyarat anggukan kepala kepada beberapa orang yang sedang bersandar pada kereta Proton Wira tersebut.

Kemudian,lelaki berjaket hitam itu terus beredar dari kawasan tersebut.

"BAGUSLAH semuanya dah selesai. Lega hati ummi tengok anak menantu ummi dah berbaik semula."

Aqisyah tersenyum tatkala mendengar kata-kata tersebut daripada ibu mertuanya.

Ummi Wahidah sememangnya seorang yang baik dan penyanyang. Tidak pernah sekalipun dia salahkan Aqisyah atas segala yang terjadi.

Malah,dia mempertahankan Aqisyah daripada segala tuduhan yang dilemparkan kepada menantunya itu.

"Alhamdulillah ummi. Aqisyah pun rasa bersyukur sebab abang Naz dapat terima Aqisyah semula. Dia dah sedar kesilapan dia.. Aqisyah bersyukur sangat sebab doa Aqisyah selama ni termakbul."

Ummi tersenyum.

"Kandungan Aqisyah ni dah 9 bulan kan? Bila due datenya?"soal Ummi sambil mengusap lembut perut Aqisyah.

"Due date minggu depan. Tapi tak tahulah kalau cucu Ummi ni nak keluar cepat atau lambat,"kata Aqisyah.

Berdebar rasanya mahu berdepan dengan saat-saat melahirkan. Teruja bercampur risau. Ah,semua perasaan bercampur baur!

"Ummi doakan semuanya baik-baik saja ya. Insyaa Allah. Urusan melahirkan nanti berjalan lancar,"kata Ummi.

"Nanti nak bersalin dekat mana?"soal ummi.

"Rasanya dekat sini kot.. Sebab senang. Ibu kata,ibu nak jaga Aqisyah waktu pantang nanti. Abang Naz pun suruh duduk kampung. Senang sikit ada pemantauan dari ibu dengan ummi,"ujar Aqisyah.

"H baguslah tu. Ummi boleh tolong jaga kamu sekali nanti. Boleh main dgn cucu ummi selalu.."kata Ummi.

"Terima kasih ummi. Ni yang sayang sangat dengan ummi ni!" Aqisyah memeluk Ummi.

Mereka berdua ketawa bersama. Tak lama kemudian,ibu turut bersama-sama dengan mereka berdua untuk berbual tentang anak Aqisyah dan Nazrul yang bakal lahir tak lama lagi.

Hmm,apabila dua orang bakal nenek sudah mula membuka cerita tentang pengalaman mereka melahirkan anak,memang susah mahu berhenti! Hahaha.

NAZRIL Firdaus menutup buku add mathnya. Telefonnya dicapai lalu didail nombor seseorang.

"Assalamualaikum!"sapa Nazril Firdaus dengan ceria.

"Waalaikumussalam! Ada apa call ni? "Soal orang yang berada di dalam corong telefon.

"Tak ada. Saja je telefon. Rindu! Bila nak balik sini lagi? Rindu la."

"Ey gedik! Saya ni dah nak final exam. Lepas saya habis practical.. Baru saya balik sana. Okey?"

Nazril menghempaskan tubuhnya di atas katil.

"Ala,lama lagi la. Awak,saya nak video call la! "

"Eh tak payah mengada! Saya malas nak capai tudung. Saya baru je balik dari kelas ni ha. Ala,tunggu je la. Nanti saya video call awak bila saya free,okey?"pujuk orang yang berada di dalam corong telefon tersebut.

"Hmm,ye la.. Janji tau! "

"Iye manja.. Saya janji."

"Isy,jangan panggil macam tu! Tak gentleman !"arah Nazril Firdaus.

"Kenapa pula? Betullah awak manja kan? Salah ke?"

"Tak salah,tapi panggil la abang ke.. Sayang ke.. Sweetheart ke.." Nazril Firduas tersengih seorang diri.

"Amboi. Gatal ya! Tu semua lepas kita dah halal okey! Okey,saya nak rehat. Bye. Assalamualaikum!"

Talian terus diputuskan. Nazril Firdaus mengeluh.

"Waalaikumussalam.. Haih,susahnya hubungan jarak jauh. Rindu gila wey!"

Nazril Firdaus menumbuk-numbuk bantal peluknya.

Ehem,bantal peluk ya! Bukan bantal busuk! Nazril Firdaus seorang yang gentleman tahu! Bukan manja! Huh!






Hai!!!  I'm back! 💓
PT3 dah habis!  Yahoo!!! 😂😂❤❤
So, i hope you guys enjoy chapter ni. Chapter seterusnya sedang diproses.😂
Lepas aje siap part seterusnya,I terus update okey!❤
Abaikan typo and ayat babun!●△●

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now