(2)29 - Cabar

7.4K 429 23
                                    

"Aqisyah,aku minta maaf sangat-sangat!"

Aqisyah hanya tersenyum nipis. Dia memandang Intan. Tangan Intan dicapai dan digenggamnya.

"Tak apa. Bukan salah kau. Aku tahu,kau nak bantu aku.. Tapi nak buat macam mana? Dah takdir aku macam ni. Tak boleh buat apa. Jangan risau okey?"kata Aqisyah.

"Tak! Semua ni salah aku. Aku yang buat abang Naz berubah hati.. Aku janji,aku akan tolong kau untuk bersatu balik dengan abang Naz,"kata Intan bersungguh-sungguh.

"Tak perlu. Aku rasa,dah sampai masanya aku lupakan dia. Sekarang,dia dah jadi kisah silam aku. Aku hanya nak tumpukan dekat Rayyan je sekarang. Aku nak jadi ibu yang terbaik untuk anak aku,Intan."

Aqisyah tersenyum walaupun matanya sudah dikaburi dengan airmata. Dia sudah penat disakiti. Dia juga manusia biasa yang mahukan kebahagiaan sebenar.

"Aqisyah.."

"Jangan risau. Aku tak pernah bencikan kau atau abang Naz. Aku tak cukup layak nak sandang jawatan isteri kepada abang Naz. Maruah suami pun aku tak jaga. Anak dalam kandungan pun boleh gugur,Intan. Tak mustahil dia boleh benci aku sampai macam ni sekali,"kata Aqisyah. Bergetar suara menahan tangis.

Intan memeluk sahabatnya. Semakin membuak-buak rasa bersalahnya kepada Aqisyah.

"Sabar,okey? Jangan putus asa. Aku yakin,abang Naz masih sayangkan kau. Kalau dia tak sayang,kenapa dia cemburukan kau dengan Alief kan?" Intan mengusap brlakang badan Aqisyah.

"Intan.. Tolong jangan bagi aku harapan lagi. Aku dah tak larat nak berharap dekat dia.." Akhirnya tangisan yang ditahan terhambur jua. Melepaskan segala rasa tekanan.

"Okey aku minta maaf.. Kau jangan menangis.Kau buat aku rasa bersalah.. " Intan turut terasa sebaknya.

"Kenapa aku kena duga sampai macam ni,Intan? Aku tak boleh.. Aku tak kuat.." Aqisyah menangis teresak-esak. Dah tak peduli dengan persekitarannya.

Dia akan berasa lega dan puas selepas menangis semahu-mahunya. Jadi,biarlah dia menangis sekarang dan dia akan mengumpul semula semangat untuk teruskan hidup.

Mungkin selepas dia dapat move on daripada Nazrul,dia tak akan menoleh ke belakang lagi yng mungkin boleh musnahkan hidupnya sekali lagi. Biarlah dia hidup dengan hati yang aman.

Dia lebih rela tidak berkahwin daripada terus disakiti dengan lelaki yang hanya tahu menghukumnya.

"Aku janji,aku akan tolong kau. Okey?"

Intan terus menenangkan sahabatnya.

"ABANG, taknak ke kerja sama-sama dengan Huda?"

Alief mwnjeling adiknya yang berada ditepinya. Kemudian,dia memandang semula televisyen.

"Kerja apa? "soalnya.

"Kerja yang memberi faedah untuk kita berdua." Huda mengangkat keningnya.

"Kerja apa? Abang dah ada kerja. Buat apa nak kerja lagi?"

"Apa salahnya? Kerja ni boleh buat abang bahagia seumur hidup tau,"kata Huda. Dia tersenyum.

"Taknaklah. Abang tak berminat,"ujar Alief. Dia hanya fokus kepada televisyen. Malas mahu melayan adiknya.

"Ala abang. Pleaseee.. "

"Ish,mengada betullah. Kau nak buat kerja apa sebenarnya ni?"soal Alief. Berkerut mukanya. Adiknya ni selagi tak ikut cakap dia,memang akan terus dipaksa.

"Ada lah. Abang setuju tak? Kalau abang setuju,adik bagitahu info-info kerja tu."

Alief mengeluh. Macam-macam betullah kerenah budak ni!

"Yelah,yelah! Asalkan bukan kerja yang mengarut okey!"

Huda tersengih. "Trust me. Kalau kita berjaya,abang akan bahagia!"

NAZRUL menelefon adiknya. Dia melihat Rayyan yang sedang berseronok bermain air.

"Helo,Fir. Kau kat mana?"soalnya.

"Fir dekat pejabatlah. Kenapa?"

"Abang nak minta tolong ni. Urgent."

Nazril Firdaus mengerutkan dahinya. Dia meletakkan pen di atas meja dan bersandar di kerusi.

"Tolong apa? Hal pejabat ke? Kalau hal pejabat,sorry. Fir banyak lagi kerja ni,"kata Nazril Firdaus.

"Bukan. Abang nak minta tolong kau tolong awasi keluarga kita. Keluarga kau,ummi,abah,kak Aqisyah kau tu paling penting."

Nazril Firdaus menjadi pelik.

"Kenapa?"

"Buat je lah. Kau buatlah apa yang patut. Jaga diorang elok-elok. Kalau ada apa-apa,terus bagitahu abang. Faham?"pesan Nazrul.

Nazril Firdaus menjadi semakin pelik.

"Cuba abang bagitahu. Kenapa sebenarnya ni?"

"Haih. Huda nak buat hal lagi lah.."kata Nazrul. Dia mengusap tengkuknya. Stress!

"What? Huda? Dia nak buat apa?"

"Itu yang abang tak tahu. Tu sebab abang suruh kau jaga keluarga kita elok-elok. Abang jauh ni. Tak boleh tengokkan diorang. Abang dengan Rayyan dekat Port Dickson ni sampai lusa."

Nazril Firdaus mengangguk perlahan. "Yalah. Nanti Fir tengokkan diorang semua. Abang jangan banyak fikir pula. Enjoy holiday tu. Jangan 'mencuba' pula perempuan dekat sana,"perli Nazril Firdaus.

"Ye,abang tahulah.Dahlah,bye. Assalamualaikum."

Nazrul memutuskan talian. Dia menyimpan telefonnya di dalam poket.

Entahlah,tiba-tiba hatinya jadi risau. Menyesal pun ada sebab mencabar Huda tu.

Buatnya Huda jadi 'gila' macam Jasmine dulu? Tak ke naya?

Lagi naya kalau dia kacau Aqisyah!

"Serabut kepala aku. Jangan benda yang lepas ulang balik sudah.. Kesian pula Aqisyah nanti,"gumamnya.

Nampak macam dia risaukan Aqisyah ke?
Tak kan?

"Ayah,Rayyan sejuklah. Taknak mandi dah."

Nazrul memandang anaknya. Pantas dia mencapai towel dan membalut badan Rayyan.

"Kesiannya anak ayah ni. Sejuk ya? Tu lah.. Mandi lama-lama lagi. Jom balik bilik. Bilas badan,lepas tu makan. Lepas makan,tidur okey? Petang ni Rayyan tak tidur pun."

Rayyan hanya akur.

Nazrul tersenyum. Dia mendukung anak lelakinya. "Uish,beratnya anak ayah ni!"

Rayyan tersengih. "Berat macam ayah!"

"Amboi! Ayah pula yang kena ya!"

Dua beranak itu ketawa. Mereka berjalan masuk ke dalam lif dan masuk ke bilik hotel mereka.

Tanpa mereka sedari,ada sepasang mata yang sejak tadi fokus kepada Nazrul dan Rayyan.

"Nampaknya,awal-awal kau dah buka langkah ya? Lepas ni,turn aku pula untuk buka langkah."

Senyuman sinis terukir di bibir.

[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2Where stories live. Discover now