34 : suprising hologram

Start from the beginning
                                    

"Hey." sebaik sahaja skrin tadi berjaya diaktifkan , hologram besar yang memamaparkan diri Akeira ditayangkan dan ianya seoalah-olah Akeira turut berada bersama mereka. Terkejut Akeira dan Jimin dibuatnya. Bukan setakat mereka berdua , suara Akeira yang keluar dari corong speaker jet tersebut juga berjaya membuatkan yang lain terjaga dari lena.

"Akeira.." J-ae berjalan menuju ke arah hologram tersebut. J-ae pandang hologram tersebut , nampak seperti Akeira sedang tersenyum kepadanya. Hoseok , Jungkook , Areum , Seokjin , Julian , Astrid serta Namjoon yang terjaga dari tidur itu juga turut mendekati hologram yang memaparkan diri Akeira.

"Tahniah kerana korang survive." kata Akeira lalu tergelak kecil. J-ae senyum , air matanya tak mampu keluar lagi dan dia juga sudah penat untuk menangis.

"Kalau korang semua sedang lihat hologram ini , maksudnya..." Akeira terhenti seketika. Janice dan semua yang berada di dalam bilik tadi juga sudah keluar kerana suara Akeira , cuma Joanne sahaja yang dibiarkan tidur bersama Hazel.

"Aku dan rakan-rakan aku yang lain mungkin sudah tinggalkan dunia ini buat selama-lamanya." Akeira menyambung ayatnya yang terhenti tadi dengan senyuman yang pahit.

"Maafkan kami. Disebabkan kami , korang semua kehilangan ramai orang yang tersayang dan disebabkan kami juga korang semua merana...." Akeira menunduk.

"Bermacam cara kami fikir untuk selamatkan kamu semua , bermacam cara kami fikir untuk selamatkan penduduk glade... tapi semua sia-sia dan semua idea tu tak boleh dipakai. Dan cuma korang sahaja yang dapat selamatkan keadaan ini , hanya korang sahaja yang dapat selamatkan dunia dari terus nazak. Aku tahu yang korang berdendam dengan kami semua tapi tolonglah percaya yang kami cuba sedaya upaya untuk membantu. Jadi , tolonglah maafkan kami." pinta Akeira. J-ae hanya mengangguk.

"Jadi , korang semua bersedia untuk selamatkan dunia? Sedia untuk menempuh cabaran yang akan datang? " soal Akeira lalu dia tersenyum akibat teruja.

"Cabaran? Kita kena lawan dengan cranks ke?" soal Jungkook dengan sinis lalu mereka semua ketawa.

"Tak perlu pun berlawan dengan cranks untuk selamatkan dunia." kata Akeira lalu dia pula yang tersenyum sinis.

"What the fu—"

"Language." tegur Akeira. Terkejut? Sudah semestinya mereka semua terkejut dengan balasan Akeira.

"Wow.." Kiara kebelakang dan begitu juga dengan yang lain.

"Macam mana pula kau—"

"Boleh menjawab?" soal Akeira. Membulat mata mereka. Bagaimana pula hologram Akeira boleh menjawab seoalah-olah dia faham dan hidup? Canggih sangatkah Cittá sampaikan hologram orang yang mati boleh bercakap?

"Maafkan aku , tapi korang betul-betul melucukan." Akeira tergelak kecil.

"Jadi kau masih hidup lagilah? Kau dan yang lain ada di mana? Kami akan patah balik , cuma ba—" ayat Hoseok terhenti saat Akeira memotong percakapannya.

"Data." Semua memandang Areum yang berada di belakang sekali bersama Namjoon itu. Namjoon menoleh kearah Areum sebentar lalu kembali memandang hadapan.

"Ya , ini cuma data aku." kata Akeira lalu tersenyum. Mata J-ae mula kemerahan. J-ae melepaskan keluhan yang berat. Begini rupanya bagaimana rasanya harapan palsu yang selalu dikatakan oleh orang lain. Ayat Hoseok tadi benar-benar buat J-ae berharap yang sahabatnya itu masih hidup.

"Data?" Haera menyoal.

"Ya , segala data aku ada di dalam hologram ini. Canggihkan teknologi kami?" sunyi. Tiada siapa yang ingin bersuara.

"So , korang semua perlu cari the cure yang dapat pulihkan dunia kita." kata Akeira.

"The cure?" Astrid menyoal. Akeira mengangguk.

"Aku yakin kami boleh dapatkan tapi dekat mana?" soal Seokjin.

"Jangan risau , jet ini akan bawa korang semua ke destinasi seterusnya." balas Akeira.

"destinasi?" Julian pula menyoal setelah lama mendiamkan diri.

"Yeah , your next destination." semua tekun memandang Akeira yang seperti ingin menyambung ayatnya itu.

"Malaysia."

— ⚛ —

kita kena bangga dengan negara sendiri ehek. sorry buat korang semua lama menunggu. aku tak ada mood nak update or type sebab tu menghilang.

btw disebabkan ramai makin menghilang so aku nak check siapa yang still active , pls respone dekat username masing masing kalau tak memang aku bunuh character korang (╯°□°)╯︵( .o.)

aku tak suka nak marah atau tegur orang , so sementara tengah baik ni janganlah pijak aku ya hehehe
(灬ºωº灬)♡ bukan apa korang , aku semangat nak tulis part korang and for part masing-masing aku memang dah susun cantik dah. tapi bila korang tak ikut rules aku kena potong scene korang sebab nanti tak adil la untuk orang yang ikut rules , tambah² pulak af ni jalan cerita ikut slot masing² so bayangkanlah slot yang sepatutnya lead scene tu heroin dia tak ikut rules and slot yang sepatutnya kecundang tu heroin dia ikut rules , ha serabut otak aku nak karang balik story.

kalau hiatus atau malas nak baca af ni or nak tunggu update banyak baru baca korang just inform aku. aku tak maki pun larh ಠ⌣ಠ at least aku tahu la kenapa tak vomment hiks.

dahla aku bebel pun dah separuh chap dah , so respone cepat.

₊❏❜ ⋮ confirm your status
⊙❜ hiatus
online

   ⁞ ♕. syabunny
   ⁞ ⊙. VICT0RY-
   ⁞ ❏. filtergguk
   ⁞ ❏. taenuty
   ⁞ ❏. minyoongrin
   ⁞ ❏. naralee__
   ⁞ ❏. thyngboi
   ⁞ ♕. alienEatkookie_
   ⁞ ❏. D0W00NS-
   ⁞ ❏. takeioyaki
   ⁞ ♕. enapis

[C] 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 : 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐆𝐈𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆. btsWhere stories live. Discover now